Thursday, September 26, 2013

Hari Jadi TYT dipinda...




Cuti TYT yang sepatutnya jatuh pada hari sabtu 12/10/13 telah dipinda pada tarikh 11/10/13 bersamaan dengan hari jumaat.

Company ak kerja ni kalau cuti jatuh ari sabtu dia akan pinda pada ari isnin dan secara kebetulan hari selasa raya haji.

So memang dah plan la nak g jalan2. Dan tiba2 terbaca pulok yang TYT ni tukar pada ari jumaat so management ak pun baru tau pasal benda ni.

So diaorang tengah discussion sama ada cuti isnin atau cuti jumaat. Hmmm mintak2 la cuti isnin.. Syok sikit.

Untuk info leh jenguk sini Cuti TYT...

Thanks to Yana Aina untuk info ni. :-)

Sunday, September 22, 2013

Yang sempurna atau menyempurnakan..

Kebanyakkan orang lebih suka mencari pasangan yang sempurna. Cantik, sopan, menghormati dan dengar cakap. Tapi tau tak korang mencari pasangan itu adalah lebih penting yang dapat menyempurnakan kita.

Dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna. Walaupun luaran kelihatan sempurna tetapi dalaman tak siapa yang tahu.  Namun begitu masih ada yang mencari kesempurnaan.

Kita pun kenalah tau jika pasangan kita cuma memilih kita kerana kesempurnaan adakah kasih sayang akan hilang jika kesempurnaan semakin luntur. Tubuh badan, muka, segala yang fizikalnya akan semakin kurang seiring dengan usia.  Manakala sifat dalam yang kita tidak ketahui juga mungkin akan berubah walaupun sukar nak berubah.

Jadi bersyukurlah dengan pasangan yang telah ditakdirkan oleh ilahi. Kerana pasangan itu mungkin seseorang yang tidak sempurna namun mampu mencintai, menyayangi dan memahami. Itulah yang terbaik.

Jauhi sifat merungut kerana tidak suka dengan sifat pasangan kita. Sebaliknya tegurlah pasangan kita untuk memperbaiki sifat mereka itu. :-)

Jangan sesekali mengata pasangan sendiri pada orang lain. What will people judge you when you talk about your own wife/husband. Cuba bayangan kalau pasangan korang buat macam tu. Depan punya la baik, i luv you la, sayang la tapi hakikatnya belakang cakap "aku tak selesa sangat la dengan perangai dia cam ni.". Just accept it!

It's your own choice don't blame other because you're the one who agreed to married. Your own decision!

Jadi terimalah dia, cintailah dia, apa yang kurang itu lengkapkanlah.


Note : Kalau ak nak cari pasangan ak pun nak yang sempurnakan, yang boleh menerima ketidaksempurnaan ak. Yang menerima ak seadanya ak. Nak suh ubah sikit2 boleh la.. hehehe :-)

Saturday, September 14, 2013

Berbaloi... Baloiiiiii.........


Bantal ini ditempah dari...




Bantal dibuat untuk kawan ak yang berkahwin pada 15.9.13..

Korang boleh tengok kat bantal tu ada tulis date...

Bantal ni memuaskan hati ak...

Since ak minta pun last minit sib baik cik Yana nak buatkan...

Cantik kan...

Wednesday, September 11, 2013

Sandiwara Cinta ~ Lirik

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis


Alasan yang sering kali ku dengar

Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku


Chorus

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati


Mungkin ini jalan yang engkau mahu

Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati

Sunday, September 8, 2013

Blueberry Cheese Cake...


Hari ini ak buat cheese kek sebab adik ak nak makan...

Sebelum dia balik KL ak buatkan la... kang kempunan plak adik ak..

Dan hasilnya seperti yang kamu semua lihat di atas...

Aku memang suka makan cheese kek ni...

Dah alang2 dia nak makan ak buatkan sekali...

Dia bawa bekal sikit dan sparuh lagi kat rumah...

So malam ni kita makan kek jerk....

Tuesday, September 3, 2013

Ops... Harga Minyak Naik!!!

Sumber : Google

Selamat pagi~~

Buat semua yang sudi membaca blog ak...

Tengok gamba di atas je dah tau kan kisah apa akan diceritakan hari ni...

Hmmm... Minyak naik...

Apa yang ak perasan kalau harga minyak naik..

Paling ketara >>>

Stesen-stesen minyak penuh dengan kereta...

Cuba nak jimatkan duit pada saat-saat akhir...

Hehehe...

Dalam keadaan macam ni semua ayat-ayat politik akan keluar...

Tapi ak takkan mengulas apa-apa mengenai perkara 'politik' ni...

Sebab kalau ak cakap apa-apa pun 'tiada apa yang berubah'...

Harga tetap naik...

Ak cuma sedih kalau harga barang macam beras, gula etc yang naik...

Dengar GST dah nak start...

T_T

Monday, September 2, 2013

Meminta maaf & Memaafkan...

Jika kamu di pihak yang meminta maaf

Maka

Minta maaflah seikhlas hati...

Kerana keikhlasan itulah menyebabkan kita lebih tenang..

Buangkan perasaan 'malu' yang tidak sepatutnya ada pada saat itu..

Untuk apa kita malu kerana sepatutnya kita bangga yang kita sedar akan kesilapan kita..

Secara tidak langsung kita tidak mengulangi kesalahan tersebut atau 

tidak hanyut dalam apa kesilapan yang kita lakukan...

Saat perlunya malu adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain...

Jadi jangan lah rasa malu @ menpunyai ego saat ingin mengucapkan maaf...

Jika kamu di pihak yang memaafkan

Terima lah seadanya kerana manusia itu tidak sempurna...

Tidak ada satu orang pun yang terlepas dari perkataan kesilapan@kesalahan...

Kerana kita manusia biasa..

Andai kita menyimpan dendam kerana sesuatu perkara fikirlah..

Untuk apalah dendam itu...

Tidak ada faedah nya dalam perkataan dendam..

Sebaliknya cuma sakit hati dan tiada ketenangan..

Andai seseorang yang pernah sakiti kamu menghampiri kamu dan meminta maaf...

Maafkan lah mereka dengan hati yang redha...

Ketahui segala yang berlaku tidak akan mengikut kehendak kita..

Sebaliknya mengikut keadaan yang kita boleh terima dengan aturan dari yang Esa...

Maafkan lah dengan ikhlas..

Memang kita takkan tahu samaada mereka meminta maaf secara ikhlas atau tidak...

Tapi sekurang-kurangnya kita maafkan dengan ikhlas..

Untuk kebaikkan kita juga... :-)


Friday, August 23, 2013

When women say nothing its means everything...

Ak tertarik dengan kata-kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der.... Hmm bila dia on topik perempuan memang apa yang dia cakap tu betul <pd pdapat ak la>.

Sebab ak pun macam tu... Bila tengah marah dan orang tanya kenapa mesti ak akan cakap tak ada pape.  At first memang la cakap tak ada pape...

Tapi dah lama-lama mesti akan tanya direct dan ak kalau tak puas ati mesti akan tanya lagi dalam versi yang berlainan.

Kenapa ak akan tanya dalam versi yang lain sebabnya dengan cara begitu ak blh trace yang dia cakap betul  ke bohong...

Dan juga berdasarkan kata hati.. Hmm kalau korang nak tau perempuan ni macam ada sixth sense sikit... Dan sensitif terhadap persekitaran... Sebab tu la kalau orang yang kita sayang tipu mesti kita dapat rasa...

Macam ada yang tak kena la dapat lagi kalau rasa macam situasi masa bercakap tu lebih pelik... Tak tau la nak cakap macam mana tapi memang hakikatnya perempuan macam ak ada kata hati yang akan membuatkan kita yakin atau was-was dengan apa yang orang cakap dapat lagi lelaki.

So lelaki2 semua kena lah berhati-hati bila bersuara. Sebab lagi sayang perempuan pada mereka lagi kuat cemburu... Cemburu ni lah yang dapat hapuskan sixth sense seseorang...

Lastly bila ada masalah dalam perhubungan lebih baik berterus terang dari cakap "tak ada apa-apa".



Note : Apapun yang ak coretkan walaupun merepek arap korang layannnn... Honest to yourself is the best way to treat our heart. ♥ PeAcE (^◡^ ) 

Reading is a worth thing. 35#


Tuesday, August 20, 2013

The Master's Sun ~ Korean Drama



Title: 주ꡰ의 νƒœμ–‘ / The Master’s Sun

Chinese Title: δΈ»ε›ηš„ε€ͺι™½
Also known as: The Sun of My Master / The Sun of the Lord
Genre: Horror, Fantasy, Romance, Comedy
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2013-Aug-07 to 2013-Sep-26
Air time: Wednesday & Thursday 22:00


Synopsis

The story revolves around a woman who can see ghosts and a man who tries to protect her, and is described as a drama with horror and romantic elements infused together.

Joo Joong Won (So Ji Sub) is a miserly, greedy and conceited CEO, who measures all human relationships through money. Meanwhile, Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) is a melancholy and tearful assistant, who is able to see ghosts after an accident and thus suffers from insomnia. She lives a very reclusive and closed-off life due to her ability.

The story is being touted as “soul healing” drama that brings together very different types of people: one who can see and hear things that no one else in the world can and another who only hears and see things he wants too. As Joo Joong Won starts to believe in Tae Gong Shil’s claim of being able to see ghosts, these two people will grow together in faith and in character.

Cast

Main Cast


So Ji Sub as Joo Joong Won / Joo-goon


L @ Kim Myung Soo as Joong Won (young)

Gong Hyo Jin as Tae Gong Sil / Tae-yang

Seo In Guk as Kang Woo

Kim Yoo Ri as Tae Yi Ryung

Sunday, August 11, 2013

Makanan Dipetang Hari.........~~~~~~~~~

Kerajinan membawa ak ke dapur untuk memasak telur gulung...

Makanan korea yang agak dikenali.. Kalau dok google cam ni la rupanya....


ak punya tak cantik mcam ni sebab tu amek dr google jerk..

First time buat telur gulung ni sebab nak rasa tengok orang makan sedap je...

Jadi ak pun cari dalam Mr Google...

Buat dia memang senang dan bahan pun depend la pada kita nak letak apa dalam telur tu....

Taste telur gulung ni... Hmmm sedap tapi tak berapa kena dengan selera ak... Walaupun ak peminat korea tapi tak semua makanannya ak masuk dgn taste ak...

Tapi korang semua boleh try sebab lain orang lain taste..


p/s : sekarang menunggu proses buat kimchi pulok... sume pun nak try.. citarasa korea...

Sunday, August 4, 2013

Running Man ~ Korean Variety Show


Gelombang Running Man yang kini mula menyelubungi negara-negara Asia memang dahsat....

Kalau orang yang tak pernah tonton Running Man mesti pelik kenapa la pengemar Running Man xpenah miss episode dan bila tonton mesti gelak dan tak nampak apa yg kelakar dalam variety show tu.. <inilah yg ada dalam otak aku bila ak tengok adik ak tonton RM dan gelak2 sbelum ak pun layan RM ni..>

Pada suatu malam semasa adik ak tengah layan RM ak pun tumpang sekaki... Dan jelasnya lama2 ak tonton ak pun dah jadi macam adik ak... Gelak2...




Hmmm mungkin yang menyebabkan RM ni best sebab actor & actress yg terlibat.  Cara pertuturan mereka diantara satu sama lain. Dan sikap mereka yang secara tidak langsung buat kita tersenyum.

Bukan semua orang minat korea stuff so I won't force people to watch it.. But just try it.. kita tak tahu kalau tak cuba tengok.. MACAM AK... :-)




















Tuesday, July 23, 2013

Buat aku tersenyum.... 2#

Hari ni ak pegi klinik kerajaan... Sebab utama ak pergi dah tak tahan sakit perut sebab gastrik... Dan secara kebetulannya ak ad temujanji doktor minggu lepas tapi aku tak pegi...

So sekali jalan la... Dan nak tau apa yang buat ak tersenyum sedangkan sakit... :-))

Tekanan darah ak ok... seems like normal... hehehe mestilah happy...

Sebab sebelum ni kalau jumpa doktor je mesti tinggi.. Doktor bising... Dan berat badan semakin turun..

Ak tak mengamalkan diet extrem ok.. Just mengurangkan nasi dari biasa...

Cuma mungkin bila berpuasa ni memang menghindarkan kita dari penyakit...


p/s : chaiyok... :-)


Reading is a worth thing. 30#


Monday, July 22, 2013

Sunday, June 23, 2013

Saturday, June 22, 2013

1st Mini GA by Random Rainbow



Dah lama rasanya tak join GA...

Ari ni jalan2 nampak plak GA ni, jom la kita sama2 memeriahkan GA ni...

Nak join click link dibawah ni...



Sunday, June 16, 2013

Jom kita balik....

Ada lagi 3jam stengah nak tunggu bas blepas.... Hmmm xpolah sape suh xbeli tiket smlm... So pengajrannya... Bli tiket awl kalo lbt kena la bsabar.. :-)

Saturday, June 15, 2013

Kisah Sabtu Aku ~~

Assalammualaikum semua... Ni kisah yang jarang didengar dari blog ak sbb biasanya ak updated kisah dalam melaka je...

Semalam ak ke KL... Niat nak g ronda2 dan mmandangkan adik ak rajin melayan ak jd kini ak di KL.

Bermula kisah sabtu ak dengan menaiki bas dari melaka ke tbs. Hmmm sampai tbs adik kena tunggu adik ak... Sempat la jugak ak bposing bagai kan... Asal boleh jek psing dpn tbs.. Heehe

Lepas dia sampai ak letak brg dlm keta so kitaorg gerak ke klcc naik lrt... First place klcc....

Sampai klcc perut dh lapar sgt sbb tak amik bfast. Jam pun dh dkat kul 11... Layan jela tros angkat lunch... Makn kat sushi king.. First time msk sushi king bedal jela menu ape pon yg adk ak angkat...

Tapi memang kenyang la... Dpt pulak layan green tea... Ak mmg suka green tea... Hmmm sodaapppp lunch ak...

Lepas g sushi king pusing2 ag klcc... Pastu sblm kua klcc g sat SF coffee.... And lucky for buy 1 free 1... Untungnya bdn.. Hehehe

Abis kisah klcc ak... Lepas g klcc ak g jln2 kat jln tar dan jln masjid india... Baru 3 tpt...

Next go to mid valley.... Imagine naik ktm pastu putra kalo xsilap ak la... Mak aii kalo lrt ad ksian la naik eskalator... Ini ktm nak putus kaki ak... Xpe bkn slalu exercise... Think +ve...

Lepas mid valley pegi pulak times square... Memang handal ak ari ni... Hmmmm

Dan tempat trakhir lepas times square adalah mines... Tapi mines ok lg la sbb naik keta dan dkat ngan umah adik ak... Xla ak dok asik trun naik tangga...

Smua tpt yg ak pegi ni nk usha hp n ronda2... Tapi dsbbkn mata ni kranjang sgt ak xbeli pon hp sdahnya.... Xtau nak amek yg mana...

P/s : kalo korang nak tau first time ak pegi tpt ni smua. Dan dlm 1 ari ak abis jln. Sib baik xjakun sgt kan...

Buat aku tersenyum.... 1#

13.06.2013

Masa ak nak balik keja sebenarnya ak moody sikit... sebab... hmmmmmm

Sebab yang tak bagus ak dah lupakan tapi skang ak nak story masa ak on the way balik keja dan masa ngah mood sangat2...

Selepas ak keluar simpang dari tempat keja kereta depan ak adalah kancil....

Dan kancil tu la punca ak tersenyum sampai rumah.... hehehe

Sebab dalam kancil tu ada dua orang budak comel...

Memula ak pandang ngan tak perasaan sebab moody...

Dah lama-lama tengok keletah diaorang ak mula tersenyum...

Dan budak-budak tu walaupun kitaorang duduk berlainan kereta boleh main cak cak ngan ak...

Memang ak rasa colourful kejap la dunia ak nih...

Masa tu ak fikir patut la orang kat tempat keja ak mana dah kawin dia rasa seronok bila nak blik dan nak pegi keja...

Sebab diaorang happy bila dapat tengok muka budak kecik...

Dan ak pun fkir kan syok kalau kat rumah ak ada sorang budak....

Arghhh mcm2 masa tu fikir yang indah je psl kanak2... Yela dah la comey...

Disebabkan budak2... disebabkan main cak cak... sampai skang ak masih senyum bila taip post nih....

Pada semua yang ada anak semoga hidup orang bertambah-tambah tambah bahagia... Sesiapa yang single mingle macam ak nih jom la g kaco anak orang... hehhe :-D

Reading is a worth thing. 28#


Friday, June 14, 2013

===> KISAH 4 LILIN <====


Ada 4 lilin yang sedang menyala. Sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata: “Aku adalah Damai."
"Namun manusia tak mampu menjagaku. Maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin pertama padam.

Lilin yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku. Tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran lilin ketiga bicara: ”Aku adalah Cinta.”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna. Mereka saling membenci. Bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “
Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala. Aku takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu lilin keempat berkata:
"Jangan takut. Janganlah menangis. Selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya."

”Akulah HARAPAN.“
Dengan mata bersinar,sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN . Jangan sampai kita kehilangan HARAPAN.





p/s : sumber FacebOOk... menarik utk dibaca & ada pgajaran disebaliknya.

Reading is a worth thing. 27#


Wednesday, June 12, 2013

Candy Crush ~ Games...


Candy Crush Saga... Ak rasa game ni ak tak yanh story pun memang korang tau...

Apa ak nak story arini pasal orang yang main game ni...

Sebenarnya agak mengejutkan ek... sebelum ni ak tgk game2 FB ramai juga yang main tapi ramai yang muda2...

Dan kebanyakan yang main semua yang biasa2 punye orang...

Dan agak mengejutkan ak bila ak tau rupanya game ni menjadi kegilaan orang yang even dah umur 50... WoW...

And guest what... bos ak pun main game ni... tak agak2 plak.. level diaorang kalo dengar tak kesian...

Level sumer nak ratus2 jek...

Tapi diaorang ni tak main kat komputer la tapi lebih pada ipad dan juga smartphone...

Ak ni pun main game tu jarang... pada ak game tu ok2 je... banyak kot game yang jenis cam tu dlm FB.. contohnya BB...

Tapi kenapa itu yang menjadi perhatian semua peringkat umur.... hmmmm...

PELIK...

p/s : tu je yang ada dalam otak ak pagi2 nih.. so tu jela yang ak bebelkn pagi ni at blog ak nih... to all readers kalo rasa mgarut layan jela... hehehe :-)


Sunday, June 9, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Aku rasa drama ni dah mendapat tempat dalam ramai hati rakyat m'sia.

Salah seorangnya ak. Kalau nak tau ak ni susah nak layan drama melayu. Tapi kalau novel melayu memang Fav. ak...

Drama ni adaptasi dari novel SSID. Kalau baca novel memang susunan cerita agak sama dengan drama.

Ak takkan ulas sipnosis memandang drama ni famous mana2 web pun memang ada sipnosisnya.


Punca ak tertarik dan hati aku terus terikat dengan cerita ni... Pelakon dalam drama ni memang pandai memainkan watak masing2. Lagi2 watak syaf.. Memang ak suka sangat tengok... Cute!

Cerita ni memang ak tak tinggal even ak dah abis baca novel dia ak suka tgk dramanya...

Tak sabar rasanya nak menanti episode yang seminggu sekali. Tapi ak tak layan drama ni kat TV biasanya ak layan kat website jek...

Kalau korang jenis macam ak yang tak da masa nak duk depan tv dan lebih banyak masa depan lappy jom layan web nih....


p/s : Kalo korang ada pape drama yang leh recommend jom kongsi kat kotak komen.. Tak kisah la drama malay ke, korea ke... ak layan je... :-)

Jom layan hasil ak & adikku.... ^_^


Ni hasil tangan adik ak... Green Velvet.. cam tu nama dia... tapi mmg sedap...




Yang membuat kek ak... yang mengias adik ak....




adik ak buat sempena ari ibu... dan kebetulan bezday adik jd dia dpt kek di bwh...




Apple pie... mmg sdap inti dia.. adik ak buat ak ni tukang makan je....