Followers!

Saturday, April 28, 2012

Apa yang berlaku........

Kisah jumaat berakhir begitu sahaja bila aku terlelap tidur.. :-) Menjelang pagi aku tak boleh nak bangun. Kepala berat sangat tak tahu la kenapa. Jam 7.30 pun masih tak mampu nak angkat kepala begitu juga jam 8.30pg.

Sudahnya pakai cool fever kat kepala baru la ringan sikit dapat bangun jam 9.30pg.  Kepala masih sakit tapi tak seteruk pagi tadi. Sakit-sakit bangun dan duduk-duduk dulu tak larat la nak bangun masuk bilik air. Tengahari sikit dah ok. Pas tu makan paracetamool 650.. Pergh lega nya.... sampai la ni dah ok.  Tapi tak bermakna 100% ok ada la 90%.

Masa-masa cuti ni dah merancang nak tonton Love Rain tapi nampak macam hasrat terpaksa dilupakan memandangkan kesakitan kepala yang tak hilang lagi.

Berakhirnya sabtu akubegitu saja.

Friday, April 27, 2012

Jumaat

Assalammualaikum.....


Pagi jumaat ini sepatutnya aku tersenyum tapi lain pulak jadinyee...  Mood masih tidak dapat diperbaiki... kat tempat kerja jela.  Masih pening bila fikirkan tentang masalah barang dengan user.  Bab orang marah-marah aku bebel-bebel kat telinga ak dah biasa jadi dh kebal telinga ni. Tak suka pun dengar jela.

Pening kepala aku dengan supplier ni, macam mana aku nak berjawab dengan user.  Uwaaa... Uwaaa.... tolonglah.... ak kerunsingan akal.

Thursday, April 26, 2012

Korean Drama - Love Rain

First I watch the preview seems like it was a sad drama.  Even JGS is the main actor I rather skip than I crying in front of my comp.  But yesterday some recommend me this drama.  Quite sad but nice drama to watch.

Then tonight I made a decision that I will watch the first episode. Hope the drama as I have met my expectation. ^_^

No m00d~~

Tidak tahu mengapa rasanya hari ini bukan hari yang baik buat aku. Barang yang sepatutnya sampai ke sini kena re-order balik alasan supplier saya budak baru jadi budak lama tak handover kerja... ada ke macam tu.. pernah dengar tak jawapan macam 2....


Pelik bin ajaib aku rasanya... kalau company ciput2 tak apa la jugak ni company international. macam tak ada sistem dalam company tu.  Agak-agak la dah la aku cakap dengan manager bukan dengan budak berhenti tu...


Itu dah la satu kisah, selepas hadap supplier kena pulak explain kat user.  Masa ni lah boleh mencabar kesabaran aku.  Nak cakap tu kena pulak caranya sebab melibatkan reputasi kita kan.  Tapi macam mana cakap pun aku tetap kena beritahu 'the truth' yang supplier miscommunication.


Kena marah dengan boss lain cerita.  Rasa macam nak putus cuping telinga aku.  Dah la kata-kata buat aku tersentap sekejap.  Macam mana selagi tak settle selagi itu lah aku kena dengar 'recorder' from my boss.  Pada aku la baik aku khaskan seorang untuk handle benda macam ini.  Tak sanggup la aku.


Biarlah orang nak cakap kerja macam tu pun nak mengalah belum lagi yang pangkat tinggi-tinggi. Lagi tekanan.  Aku tak peduli sebab yang pangkat tinggi gaji tinggi memang la patut sangat kena hadap masalah macam ini. Yang aku ni kuli bawah sekali dan gaji ciput sekali (tapi alhamdulillah la dari takda kan) memang patut pun kalau aku tak boleh terima tekanan macam itu.


Aku berharap kes ni cepat la settle tak sanggup nak hadap user dan tak sanggup nak dengar boss bercakap saja.  Aku berdoa agar diberikan kesabaran yang lebih untuk melalui hari-hari yang mendatang.




p/s : punya la lama tak post bila post sekali panjang sangat pula. ^_^