Followers!

Friday, October 26, 2012

Sudah 1 Minggu....

Masa terus berlalu tanpa aku sedari... Detik jam semakin pantas selari dengan minit-minit yang berlalu...  tanpa aku sedari sudah satu minggu aku tak tonton 'Korean Drama'. :-)

Begitu cepat masa kan... Tapi skang ni drama korea pun tak banyak yang menarik perhatian ak.. ada tak sesiapa yang buleh rekomen movie / drama...  Nak lepas gian negok online movie/drama.

Arap-arap ada la drama/movie yang best utk ditonton. :-D

Monday, October 22, 2012

Cakap belakang....

Siapa yang tak pernah cakap belakang dan siapa tak pernah dikata dibelakangnya... hmm semua akan lalui semua ini...  kenapa tak pernah cuba cari penyelesaian untuk masalah FACE TO FACE ni...

Kebanyakan yang ak kenal (termasuk ak la) akan cerita pada orang lain.. Kalau tak suka si A akan cerita pada si B.  Sebabnya mungkin si A ni anak seseorang yang tak boleh nak usik... Karang punah pulak masa depan hanya kerana berterus terang..  Dan mungkin si A ni jenis kalau cakap straight pon buat sakit hati jek..

Jenis yang tak paham la..(tak tau la kalau buat2 tak paham)...  Apa sikap kita bila tak nak g tau terus... upadated dalam Fb status untung-untung dia baca dan faham... GTH memang la dia paham tapi dia buat dont no jerk...  sebenarnya orang macam si A ni kadang-kadang rasa diri dah cukup sempurna sebab itulah diaorg tak layan pendapat orang lain..

Lagipun orang macam si A ni dia tak akan memahami situasi orang melainkan dia kena sendiri..  Bila dia kena situasi macam kita baru lah tau nak merungut... huhuhu (jadi kenalah memahami orang kalau nak orang memahami kita)...


Note : Nasihat daripada aku yang juga ada kekhilafan. :-D

Thursday, October 18, 2012

Jaga hati....


Nak jaga hati orang senang tak.  Dalam pergaulan seharian kita, pelbagai perangai kita dapat lihat disekeliling kita.  Kadang-kadang sampai makan hati bila jaga hati mereka.  :-) itulah hakikat yang kita lalui seharian.

Sebenarnya kita lebih tahu tentang diri kita berbanding dengan orang lain.  Sebab apa sifat yang ada dalam diri kita bukan semuanya kita pamerkan pada umum.  Kadang kala ada sifat dan perasaan yang kita sembunyikan.

Oleh itu kepada semua diluar sana termasuk lah diri ini.  Janganlah hanya nampak sifat seorang secara luarannya.  Menghakimi seseorang sebelum mengetahui sifat sepenuhnya adalah sesuatu yang salah dan tidak seharusnya kita lakukan!

Note : Kecuali kalau ada perubahan dalam sikapnya dan menyebabkan kita rasa lebih menjengkelkan.  Dan punca perubahan sikap itu lebih menjelekkan.

Thursday, October 11, 2012

Azam hari ni (Khamis)

Hari ini masuk keja cam biasa la relax2. Semalam dah prepare document untk spment hari ni. So minda ak ok je... :-)

Awal diorang kua.. Ak la paling bsyukur bila lori dh kua sbb xyah nk dok kelam kabut. Jam 12.00pm ak terus semat 1 azam. 

Azam ak hari ini nak balik 5.30pm sharp without miss one second. Hope so....

:-))

Monday, October 8, 2012

Dengar Tak???!!!

Ada sesiapa yang dengar HotFM pagi ini. Wahh topiknya "Wanita malaysia adalah yang ke-3 paling curang di dunia". Siapa sangka kan...

Aku rasa macam lelaki jek tapi patut ke akhbar menyatakan perempuan adalah diantara yang tercurang di Malaysia. Ak buat kajian ak sendiri. Apa pemahaman aku pada perkataan 'Curang'? Pada aku curang adalah sifat ketidakjujuran. Hmmmm curang itu tidak hanya pada pasangan sebab kita juga boleh curang pada Kerja.

Cuma curang ini lebih digunakan untuk pasangan-pasangan. Memang la ramai kot kat malaysia ni yang macam tu. Kadang-kadang kita tidak boleh hanya menyalahkan sebelah pihak. Sesuatu hubungan yang harmoni tidak akn berlaku "curang" antara mereka.  Sebab???

Jika dikatakan benar Yang Paling Curang No. 3 Di Dunia adalah Wanita Malaysia, kenapa??? Kenapa terjadinya perkara macam ni. Aku tidak akan dan insyaallah di masa akan datang cuma menyalahkan sebelah pihak. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati seseorang dan kita tidak boleh scan minda orang-orang disekeliling kita.

Hubungan yang terjalin haruslah kerana ikhlas menerima dia seperti adanya. Jika hanya kerana cantik, kedudukan, harta dll. Kita kalau nak hidup lama dengan pasangan kita haruslah kita tahu yang cantik tidak akan kekal lama, kedudukan hanya kepuasan dunia dan harta tidak akan ada kesudahannya.

Ak sentiasa berharap orang yang akan bersama dengan ak adalah orang yang menerima ak seadanya diri ak dan sebagaimana dia menerima ak sebegitu jugalah ak menerimanya.


p/s : selamat pagi :-D !

Thursday, October 4, 2012

Percaya atau tidak....

Permulaan minggu baru dan juga bulan baru... Nasib pun baru.. :-)  Kita tak pernah tahu apa akan terjadi pada kita.. so Always Be Ready!... Kuatkan hati dan jangan lemah semangat.

Hari ini percaya atau tidak (kita kembali ke tajuk utama)... Aku skip bfast and lunch.  Tak berapa ada selera la... (Cam gedix je kan.. 2 pon nak tulis dalam blog)... :-D
Semoga hari-hari esok atau yang mendatang akan dipenuhi dengan keceriaan. :-))


Wednesday, October 3, 2012

Selamat pagi rabu....

Assalammualaikum semua. Dah bape hari rasanya ak xupdated blog. Busy sikit la sbb baru nak myesuaikan diri dengan psekitaran di tempat kje baru ni. So kerja2 yg ak wat agk slow skit sbb xbiasa lagi. Biasanya brg keluar cuma khamis ngan isnin jek.

Minggu ni special sikit isnin,selasa dan ari ni (rabu). 2 yang bz tahap gaban 2. Mmg banyak giler brg yg kua. Semalam ak balik jam 6.30ptg. Huhuhuhu ponat....

Tapi semalam semua doc utk shipment ari ni dh siap so keja xla bz sgt cam pagi2 sblm ni.

P/s : harap hari ini semua berjalan dengan lancar. :-)