Tuesday, September 22, 2015

Info - Bila Virus Shortcut Menyerang>>>

Assalammualaikum pada semua.

Ada sedikit info yang ingin saya kongsikan.  Disebabkan saya telah mengalami keadaan panik ini , rasanya perlulah saya kongsikan ilmu yang saya dapat.  Sy gelar virus shortcut dan tak tahu la apa nama sebenar virus ni.  Bila pendrive kita masuk ke dalam laptop seseorang dan bila kita tgk balik semua benda tak da.  Sebenarnya data kita ada cuma dah di'hide'kan dari system.

So bila berlakunya perkara macam ni tak perlulah panik.  First of all memula tutup semua program yang tengah run.  Lepas tu tekan Window+R dan akan  keluar window seperti dibawah.



Then taip 'cmd' lepas tu tekan enter.



Akan keluar window mcm dibawah.



Taipkan 'H:' (pastikan tengok pendrive samaada H/F dll) ikut mana drive yang kita nak unhidekan doc.


Lepas tu taipkan 'attrib -s -h *.* /s /d dan enter.  Bila dah keluar H:\> bermakna anda telah berjaya.



Selamat mencuba.  Tapi memang dah buat dan berkesan.  Bersyukur sangat masa tu sbb tau benda ni.  Maklumlah kalau dah simpan dalam pendrive mmg xmenyempat je nak backup tpt lain.  Tu jela satu-satunya yang ada. Dan harap info ni membantu semua. :-)

Monday, September 14, 2015

Drama - Bukan Isteri Sempurna


Drama yang di adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu yang kini ditayangkan di TV3 dalam Slot Samarinda.




TARIKH : Mulai 3 September 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
NOVELIS : Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd


SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA
 
Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang telah menodai anak perempuan pembantu rumah mereka.
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa berkorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Tuesday, September 8, 2015

Jerebu menyelubungi kembali...

Hari ini Index Pencemaran Udara (IPU) semakin tidak sihat.  Pada semua masa nilah kena cari balik mask... Dan mask akan naik harga sebab amat diperlukan.  Kurangkan aktiviti luar. Bacaan di melaka agak tinggi buat masa ini.