Jika kamu di pihak yang meminta maaf
Maka
Minta maaflah seikhlas hati...
Kerana keikhlasan itulah menyebabkan kita lebih tenang..
Buangkan perasaan 'malu' yang tidak sepatutnya ada pada saat itu..
Untuk apa kita malu kerana sepatutnya kita bangga yang kita sedar akan kesilapan kita..
Secara tidak langsung kita tidak mengulangi kesalahan tersebut atau
tidak hanyut dalam apa kesilapan yang kita lakukan...
Saat perlunya malu adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain...
Jadi jangan lah rasa malu @ menpunyai ego saat ingin mengucapkan maaf...
Jika kamu di pihak yang memaafkan
Terima lah seadanya kerana manusia itu tidak sempurna...
Tidak ada satu orang pun yang terlepas dari perkataan kesilapan@kesalahan...
Kerana kita manusia biasa..
Andai kita menyimpan dendam kerana sesuatu perkara fikirlah..
Untuk apalah dendam itu...
Tidak ada faedah nya dalam perkataan dendam..
Sebaliknya cuma sakit hati dan tiada ketenangan..
Andai seseorang yang pernah sakiti kamu menghampiri kamu dan meminta maaf...
Maafkan lah mereka dengan hati yang redha...
Ketahui segala yang berlaku tidak akan mengikut kehendak kita..
Sebaliknya mengikut keadaan yang kita boleh terima dengan aturan dari yang Esa...
Maafkan lah dengan ikhlas..
Memang kita takkan tahu samaada mereka meminta maaf secara ikhlas atau tidak...
Tapi sekurang-kurangnya kita maafkan dengan ikhlas..
Untuk kebaikkan kita juga... :-)
No comments:
Post a Comment