Followers!

Thursday, May 30, 2013

Sheshido Black Mask...


Sape tau pasal Sheshido Black Mask....

Nak tau lanjut boleh click sini... Malas pulak ak nak taip.. hehehe


................................................................................................................................

Taipan ak hari ni mengenai produk ni sebab ak dah guna... Kira testimoni la ni...

Produk ni ak beli dari Yana Aina...

Ermmm first of all.... ak memang suka guna mask jenis ni...

Memang selesa lepas pakai dapat ag kalau keja environment macam ak...

Sesuai sangat... :-)

Sebelum ni ak pernah try brand lain dan apa beza brand yg ak penah guna ngan brand yang ini...

Memang sure la ada beza kan... Pada ak brand Sheshido ni lebih baik dari brand yang ak penah guna...

lebih kuat dan lebih selesa....

Memang rasa berbaloi la... tak rasa rugi pun pakai mask ni...

Sesekali kena lah memanjakan muka ni... Tapi ak pakai dalam 2-3 minggu sekali...

Jangan pandang packnya yang kecik sebab blh guna dalam 2-3orang...

Tapi ak puas hati ngan produk ni... So kalau korang rasa berminat dan nak cuba...

Boleh la usha2 kat blog ni....




p/s : statement ini adalah berdasarkan kulit muka ak. so kalau korang rasa tak serasi jgn pelik sebab struktur muka masing2 amatlah berbeza.  dan mungkin bergantung pada environment korang.. ~~sekian

Monday, May 27, 2013

Kenapa kalau 'BaDmOOd'.....

"Ini sekadar luahan perasaan ak di pagi isnin..."

Kenapa kalau korang badmood mesti nak tunjuk muka kat orang... Tak kesah la juga kalau buat muka... Yang paling ak sakit ati bila ak bercakap ko buat tak tahu je... Aik rasa macam tak wujud je diri ni... Ke ko ad masalah pendengaran....

Kalau ada masalah dengan orang lain dalam opis... Please... Just say direct to their face... For what you show a face like that... Like they care.. They didn't even feel anything... But I'm the only person that care because you are sitting next to me....

Semua orang pun ada masalah kan.. Kalau masalah tu boleh diselesaikan kenapa la nak di besar-besarkan... Cuma perselisihan pendapat je kan... Semua tu biasa berlaku disekeliling kita... Kalau kita tahu hormati pendapat dan keputusan orang MAKA orang pun akan hormati keputusan dan pendapat kita...

Tak pun kalau tak da mood sangat tampal kat meja tu besau2... macam ni...


Kan senang... satu opis tahu.. tak da la orang dok tegur ko...

Ak asa sampai sini jela kisah ak hari ni...

Pada yang badmood pagi ni... relax la bukan kamu seorang je badmood... ak pon ad mood jugak... pape pon bila nampak org senyum.. masalah belakang cerita.. :-)

Sunday, May 19, 2013

Reading is a worth thing. 22#




Sumber : Google, Facebook.

Peluang keDUA

Apa maksud PELUANG pada kita dan apa yang membezakan PELUANG & PELUANG KEDUA....

Dari view aku peluang adalah sesuatu yang kita akan beri pada seseorang untuk dia membuktikan apa yang dikatakan benar atau tidak. Dan peluang KEDUA adalah sesuatu yang kita beri pada orang yang sama untuk membetulkan kesilapan yang pernah dibuat sama ada secara sengaja atau tidak.

Kali ni nak crita pasal peluang ke-2... Hmmm bukan semua orang dapat memberi peluang kedua.. Dan ak sendiri jika ingin memberi peluang pada seseorang, ianya bergantung pada situasi & sikap.

TETAPI pada ak Semua Orang Berhak Menerima Peluang Kedua. Seperti yang pernah dikata "Kesilapan cuma sekali dan layak diberi peluang tetapi jika perkara yang sama dibuat berulang kali itu bukan kesilapan tetapi kesalahan."

Bila dia buat kesilapan kali pertama kita berterusan menyalahkan dia, dan itulah silapnya kita. Bila terus-terusan tidak memberi peluang sebaliknya terus menerus menyerang bagaimana mereka ingin membuktikan yang mereka akan berubah.

Kesilapan yang mereka lakukan merupakan salah satu dugaan yang harus kita tempuhi. Jika benar mereka berubah kearah yang lebih baik & lebih menghargai itulah ganjaran buat kita.

So friends, bukan semua yang jahat itu tidak akan berubah menjadi baik. Dan bukan semua yang baik itu akan baik selamanya.

Thursday, May 16, 2013

Kenapa kita perlukan kawan???


Yang penting pada ak selepas keluarga semestinya kawan... Tempat ke-2 kita akan cari saat gembira @ duka... Kenapa kita perlukan kawan jika kita ada keluarga disisi..

Pendapat ak, keluarga menjadi yang terpenting tetapi bukan semua yang kita nak luahkan boleh diluahkan pada keluarga... Sebab itulah kita perlukan kawan. Meminta pendapat yang lain dr keluarga supaya kita mendapat lebih banyak pandangan.

KAWAN adalah orang yang kita tak rasa segan untuk bertanya. Mungkin sebab keserasian atau pengalaman yang dilalui agak sama menyebabkan kita berasa lebih selesa.

Tapi ingat juga itu tidak bermakna segala yang berlaku dalam rumah kita harus beritahu. Sebab serapat mana pun kita, masa hadapan bukan ditangan kita.

Apa yang akan terjadi sesaat @ seminit @ sejam @ sehari yang akan datang kita tak tahu. Sifat manusia sering berubah. Kadang-kadang kita akan dapat kawan yang betul-betul ikhlas dan akan kekal dengan kita TETAPI kadang-kadang kita akan dapat kawan yang baik di hadapan kita je... Belakang kita hanya tuhan yang tahu apa yang dikata.

Semoga kita dijauhkan dari orang yang macam ni. Dan pada aku pula kalau ak berkawan, ak akan berkawan dengan seikhlas mungkin. Dan jika ak rasa orang yang ak kawan macam tak berapa nak ikhlas ak akn menjauhkan diri dari dia.

Tak nak la selalu dipergunakan hanya kerana kita berdiam. Pesanan ak pada korang nak cari kawan bukan pada penampilan sebb manusia ni mempunyai ruang gelap yang membolehkan mereka menyembunyikan diri dan cuma memperlihatkan apa yang indah tentang diri mereka sahaja.

p/s : peace! ^_^

Friday, May 10, 2013

Hari Jumaatku....

Hari ni pagi-pagi bangun pun tak larat....

Kepala berat umpama ada sebijik kereta terhempap....

Tapi ku gagahi juga diri ini bangun mandi bersiap untuk g kerja...

Hari ni ada lain sikit... Pergi keja orang hantar...

Dan...............

Jam 12.45pm... Aku balik....

BALIK..... sebab...

Kepala goyang la... tak buleh tahan...

Kena gak ni balik untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.................

Tak sihat jadi kenalah merehatkan diri.....


Sunday, May 5, 2013

Kewajiban kita ~~ Rakyat Malaysia


Ayuh Rakyat Malaysia....

Pilihlah calon pilihan anda!!!

~~ Wahhh semangat ko hari ni... :-) Semangat2 pon hari ni ak pegi mengundi jam 4 petang... Lambat kan xpe ape yang penting undi kita...

Tapi kalau di tengokkan pilihanraya tahun ini agak sengit antara Barisan Nasional & Pakatan Rakyat...

Siapa pun pilihan korang pastikan korang undi untuk keamanan Malaysia.

Jangan sesekali terpengaruh dengan kata2 org.  Gunakan hak kita. :-)



p/s : Dah beberapa jam berlalu. Sekarang ni menunggu untuk tengok siapa akan menang.  Berdebar-debar pulak rasanya.. Pape pun yang penting pas ni Rakyat Malaysia akn terus bersatu dan saling membantu. Tak perlu lah sampai bergaduh dan juga rusuhan bagai... okay... :-D