Followers!

Thursday, October 8, 2015

SoRRy SoRRy SayangKu - Nomad (OST Hello Mr Perfect!)

Hello hello Mr Perfect
Siapakah kau? Cantikkah kau?
Perfect-kah mu untuk menjadi kekasihku
Namun ku tidak pernah mengalah
Tetap juga mahu bersama dengan aku
Akhirnya aku mula sedar
Yang aku mula menyintai mu
Tetapi disaat itu kau telah pergi

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

Sorry Sorry Sayangku,
Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku
I Hate You
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Maafkanlah aku sayang
Aku mengaku selalu curang
Selalu menyakiti hatimu
Selalu mencari salahmu
Ku tidak pernah menghargai kasih sayangmu
Namun kini segalanya telah terjawab
Baru ku tahu ku tidak boleh tanpamu
Dan sesungguhnya ku telah jatuh cinta denganmu

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

***
Sorry Sorry Sayangku
I Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku
I hate you
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Ulang ***

Kembalilah padaku





#Lirikcopynpaste#

Tuesday, September 22, 2015

Info - Bila Virus Shortcut Menyerang>>>

Assalammualaikum pada semua.

Ada sedikit info yang ingin saya kongsikan.  Disebabkan saya telah mengalami keadaan panik ini , rasanya perlulah saya kongsikan ilmu yang saya dapat.  Sy gelar virus shortcut dan tak tahu la apa nama sebenar virus ni.  Bila pendrive kita masuk ke dalam laptop seseorang dan bila kita tgk balik semua benda tak da.  Sebenarnya data kita ada cuma dah di'hide'kan dari system.

So bila berlakunya perkara macam ni tak perlulah panik.  First of all memula tutup semua program yang tengah run.  Lepas tu tekan Window+R dan akan  keluar window seperti dibawah.



Then taip 'cmd' lepas tu tekan enter.



Akan keluar window mcm dibawah.



Taipkan 'H:' (pastikan tengok pendrive samaada H/F dll) ikut mana drive yang kita nak unhidekan doc.


Lepas tu taipkan 'attrib -s -h *.* /s /d dan enter.  Bila dah keluar H:\> bermakna anda telah berjaya.



Selamat mencuba.  Tapi memang dah buat dan berkesan.  Bersyukur sangat masa tu sbb tau benda ni.  Maklumlah kalau dah simpan dalam pendrive mmg xmenyempat je nak backup tpt lain.  Tu jela satu-satunya yang ada. Dan harap info ni membantu semua. :-)

Monday, September 14, 2015

Drama - Bukan Isteri Sempurna


Drama yang di adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu yang kini ditayangkan di TV3 dalam Slot Samarinda.




TARIKH : Mulai 3 September 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
NOVELIS : Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd


SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA
 
Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang telah menodai anak perempuan pembantu rumah mereka.
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa berkorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Tuesday, September 8, 2015

Jerebu menyelubungi kembali...

Hari ini Index Pencemaran Udara (IPU) semakin tidak sihat.  Pada semua masa nilah kena cari balik mask... Dan mask akan naik harga sebab amat diperlukan.  Kurangkan aktiviti luar. Bacaan di melaka agak tinggi buat masa ini.


Tuesday, June 16, 2015

Reading is a worth thing. 66#



Ingat masa lalu

Assalammualaikum dan selamat pagi semua...

Memang dah lama tak update blog ni...

Sori la ingatkan dapat spent time untuk update however memang tak cukup waktu...

Masa sentiasa mencemburui kita... Dan sebab tu lah masa disama kan dengan emas... :-)

Pagi ni tengah dok fikir nak update pasal apa tetiba teringat masa lalu..

Memang masa lalu tu lah yang menjadikan diri aku yang sekarang...

Dulu kerja memang takda kesian tapi dengan pengalaman kerja tulah ak jadi lebih baik...

Tu pasal keja kalau ingat pasal kawan pulak... Memang rindu nak hang out dengan diaorg..

Yelah dulu boleh jugak le nak kua sbb dekat skang ni ssh pulak rasanya...

Padahal masih duduk 1 negeri lagi.. 

Tapi kenangan kita pada masa lalu memang tulah yang membuatkan kita ingat siapa diri kita...

Kita tau apa yang berubah pada diri kita... Kita lebih tahu apa yang kita mahu...

Kita tahu yang yang lebih baik dan tahu mana baik dan mana yang tidak sepatutnya kita follow...

So ingat masa lalu tapi jangan kembali ke masa itu... Fikir masa kini untuk masa hadapan....

Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu... I luv U...

Selamat hari ibu untuk semua ibu di dunia.  Kasih sayang ibu adalah sesuatu yang kita tidak akan dapat di mana2.. Pengorbanan seorang ibu adalah yang tersuci... Dari saat ibu mengandung sehingga kini.. Kita di besarkan dengan kasih sayang...

I just watch an advertisement on youtube for Mother's Day... It's really touching and it's was correct.. 

"KASIH IBU TIDAK SEMESTINYA APA YANG KITA NAMPAK TAPI APA YANG KITA RASA, IBU KADANGKALA TAKKAN TUNJUKAN KASIH SAYANG TAPI SAYANGNYA SEORANG IBU PADA SEORANG ANAK HANYA SEORANG IBU YANG TAHU"

I REALLY REALLY REALLY REALLY LOVE MY MOM. THANKS FOR EVERYTHING THAT'S YOU HV DONE.


Saturday, March 28, 2015

Setelah lama berehat....


Kini kembali dan akan updated kisah-kisah harian yang saya lalui..

So for now, blh bagi gamba ni je...

Memang rindu sangat-sangat kat blog ni....

Juga pada yang ad blogwalking kat sini... Thx to all...