Wednesday, November 28, 2012

Susah kalau orang yg rasa dirinya PANDAI!

kITA hIDUP nI kENA lA rAJIN bERKOMUNIKASi... pAYAH lER kALO oRANG iNGAT kEPANDAiAN dIA mELBIHi oRANG lAIN.  sEMUA dIA yANG bETOL... sAMPAI aKU yANG tAK bERSALAH pON hARUS nAMPAK bSALAh.... sAKIT kEPALA lER...

lAIN kALI kALAU nAK oRANG wAT pAPER bAGITAU fULL dETAIL... mACAM mANA fORMULa yANG kO WaT bAGI mEMUDAHKAN oRANG yANG aKAN kEY iN dALAM wORKSHEET tUH... nI bILA tAK eXPLAIN nAK sALAHKAN aKU gAK kE.... tAK bISA kAN... kALAU dISALAHKAN aKU mMG lA aKU aKAN dIAM sEBAB mALAS nAK dENGAR oRANG bEBEL pANJANG2...

aKHIRNYA mEMANG aKU tAK dIMARAHI mUNGKIN kERANA sEDAR bAHAWA bUKAN sALAH aKU dALAM hAL nI. ~~

mORAL oF sTORY : kALO jUMPE oRANG mCAM nI yANG bOLEH mYEBABKAN mISS cOMMUNICATION aDALAH lEBIH bAIK kALO kITA tANYA dETAIL...

Monday, November 26, 2012

Aku mahu dia....


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Wednesday, November 21, 2012

Apa makna kawan?


Kawan hadir bukan untuk melukakan tapi menyembuhkan luka. 

Kawan bukan hanya ada semasa senang tetapi saat susah juga.

Kawan bukan seorang yang akan menikam kita dari belakang sebaliknya memberitahu kebenaran dengan berdepan.

Kawan orang yang akan mengembirakan hati kita saat lara.

Kawan juga sebahagian dari hidup kita seperti keluarga mereka adalah antara insan yang paling rapat.

Kawan menjadi sebati dengan jiwa tanpa kita sedari..

Dalam dunia mungkin ada orang yang tidak mempunyai kawan. Tapi orang itu adalah diantara orang yang terrugi. Kerana mereka tidak pernah cuba mendalami makna KAWAN. Aku tidak terkecuali. Kawan adalah antara insan yang penting tanpa ak sedari. Kerana mereka adalah orang yang memahami ak. Mengenali ak. Tahu sikap ak.
Jadi ak akan sentiasa cuba menghargai mereka!


Thursday, November 15, 2012

Awal Muharram


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa akhir tahun:  



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun.”

Doa awal tahun:     



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Sumber : mfadhlan

Thursday, November 8, 2012

Skip lunch.

Waktu lunch ak jam 1.00pm sampai 1.30pm.
    
Disebabkan ada keja nak ak selesaikan maka ak pun siapkan.  Sedar-sedar dah jam 1.40pm.  Huhuhuhuhu... Masa tu ok lagi perut masih tak lapar.
Sehinggalah jam 3.30pm.  Perut dah sakit, 
kepala dah pening dan tanda-tanda gastrik dah mari.
Masa tu pula supervisor ak ada.  Cam mana nak buat ni.  Fikir... fikir... dan fikir...
Ting.. idea!!! (xla idea sgt =) )
Terus je ak cakap dengan supervisor ak.  Ak lapar nak g makan kejap boleh tak... Dan jawapannya...

Tanpa menoleh kearah ku dia cakap pegi la. Dengan kepantasan tahap maksima aku melangkah laju amek bekal ak dan pegi makan dengan amannya.  Perghh sib baik dapat supervisor macam ni.  Baik sangat nasib. :-D


Kesimpulan : Dah kenyang & sib baik bawa lunch....
Moral of story : Don't skip lunch!

Wednesday, November 7, 2012

Jagalah Pertuturan!

Setiap hari bila kita bertembung dengan orang yang dikenali @ tidak dikenali akan ada satu perbualan secara langsung atau tidak langsung.  Dan setiap pertuturan yang kita ucapkan kadang-kala dengan sengaja @ tidak sengaja menguris hati seseorang.

Memang sedia maklum (termasuk diri ini) pertuturan kena jaga.  Nak cakap apa-apa pun bergantung pada situasi, kalau silap cakap habis la hubungan yang terbina.  Dapat lagi bila nak minta tolong orang, patut ke nak minta tolong orang tapi nak marah-marah.

Sungguh tidak patut.  Mood aku boleh hancus kalau jumpa orang macam ni.  Pada aku yang penting pertuturan yang SOPAN supaya lembut sikit hati orang mendengarnya. ^_^