Followers!

Tuesday, May 30, 2017

Peringatan pada diri sendiri..

Assalammualaikum,  hari ni merupakan hari ke empat berpuasa. Macam mana ya dengan puasa kalian semua. Semoga perjalanan ramadhan ini dipermudahkan buat kita.

Hari ni nak luahkan sikit perasaan. Mmg sekarang pun masih rasa marah lagi. Memang kena banyak sgt istigfar jangan ikutkan perasaan sangat. Tapi aku manusia biasa aku mmg xdpt nak buang terus perasaan ni.

Cuma ada lah berkurangan marahnya. Perlukah dia layan aku macam ni. Adakah pangkat yang menentukan dimana letaknya kita. Dan jenis orang yang suka ambil kesempatan ni tak ada rasa bersalah kah...

Tak ikhlas jadinya kerja bila kita buat dalam keadaan marah. Bulan puasa ni minta jauhkan lah perasaan cepat marah.. Permudahkanlah segala urusan.

Thursday, May 11, 2017

Recommended Slot Lestary - Raisha

Drama Raisha yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang menunggu cahaya mata selama 10 tahun dan dikurniakan anak perempuan. Dinama kan Raisha. Raisha dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pada umurnya 3/4 tahun ibu nya meninggal kerana kemalangan dilanggar kereta. Raisha dibesarkan seorang oleh bapanya.

Cerita ini mengenai bapa yang terlalu sayangkan anak sehingga apa sahaja yang anaknya buat walaupun salah tidak ditegur sehingga anak dewasa. Boleh layan la cerita ni. Pelakon dia main kan watak dengan jayanya. Best.

Antara pelakon yang membintangi adalah Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamanuri, Puteri Aishah dan ramai lagi.



Ost drama Raisha



Bukan Aku - Tasha Manshahar 

Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri

Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku

Wednesday, May 10, 2017

Kata-kata kadang kala melukai hati

Assalammualaikum.

Pagi ni terfikir pula.. Ada kala apa yang aku cakap melukai hati seseorang tanpa disedari atau dengan sedar. Apa tujuannya untuk aku berbuat begitu..

Seronok ke bila kita melukai hati orang especially hati orang yang kita sayang. Biasanya bila dah keluar butir bicara dari mulut baru la sedar yang kita cakap tu memang akan melukai hati mereka.

Sama jela even aku pun kalau orang cakap adakala aku pun boleh sentap. Ini kan pula orang yang bila aku terlepas kata. Apa yang paling ku kesali adalah bila aku cakap tanpa dengan sengaja dan ayat tu amat pedih untuk orang yang mendengar.

Lidah memang petah berbicara  jadi kita belajarlah mengawalnya. Jari pun makin laju menaip jadi semua tu perlu dijaga. Apa yang kita kata atau tulis mungkin akan jadi kebaikan dan juga membawa kemudaratan pada seseorang. Itu yang kita tak tahu.

Jadi berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Kita tak nampak masa hadapan dan kita pun tak tahu apa yang kita bakal hadapi. Dan setiap apa yang kita lakukan ada ada kesannya di masa akan datang. Berfikir dahulu sebelum buat. :-)

Tuesday, May 9, 2017

Apa yang majikan cakap pekerja tak perlu fikir..

Assalammualaikum.

Hi semua.. Ok malam yg dinihari ni nak la kongsi pendapat dengan kamu kamu semua..

Mengenai apa yang majikan cakap pekerja xperlu la fikir.. Just let them think what they want.

First of all...

OT aka OVERTIME.. Pernah tak kamu kamu semua dipersoalkan atau kamu menjadi tanda tanya pada majikan tentang apa kamu buat bila kamu datang buat ot.

Well actually it's commons in life. They keep asking and comparing why you and her is difference.. Why she can keep it up the work on working hours but you need to take the ot.

And you know what as an employer they must learn what aspect was the worker good at.. Maybe she was a fastest typist however when it's come to calculating she was slow..

Hello majikan semua jangan la asyik memandang pada kelemahan je.. Open your eyes.. Kenalah tengok in every aspect yang ad pada pekerja awak jangan la asyik nak pekerja bagi the best yang ada.

Dan pekerja semua tak payah fikir, just ignore it.. They were born to be a bos that's why they have more question than answer in their head.

Ok? Asalkan kita ot untuk buat kerja.. Kita dtg bukan utk memgular cukup lah.. Kita sendiri kena muhasabah diri jangan pulak datang ot tapi buat kerja lain.. Memang patut dipersoalkan. Ingat satu je bos kita xnampak tapi Allah nampak.. So careful ok.. Ingat ot bukan hanya untuk kejar duit tapi niat no 1 nak settlekan kerja. Biarlah bos nak kata ap yang rasa kita.

Ikhlas dalam setiap pekerjaan kita. In shaa allah kita akn tenang dan selesa dalam pekerjaan.