MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun
Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut
dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau
‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan
ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati
amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan
mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas
kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan
syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita
memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah
untuk melaksanakannya.
Doa akhir tahun:
“Segala puji hanya bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para
sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada
tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat
sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan
azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku
bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan
dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau
redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah,
Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para
sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam”
Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir
waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Kesusahan bagiku dan
sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan
membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan
Mengampunkan dosanya setahun.”
Doa awal
tahun:
“Segala puji hanya bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal
abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu
yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan
daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan
penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa
mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah
daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para
sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam”.
Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu
maghrib pada malam 1 Muharram,
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Telah amanlah anak Adam
daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat
untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”