Followers!

Monday, January 28, 2013

Pakej Komunikasi Belia (SKMM)



Apakah pakej komunikasi belia??? 

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Syarat-syarat untuk memohon pakej ini adalah :-

1.  Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
2. Pendapatan kasar RM3000.00 dan kebawah.
3.  Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.


              


Cara-cara untuk memohon :-

Korang bolehlah melayari website https://komunikasibelia.skmm.gov.my/. Dan mula mendaftar.

Penyedia perkhidmatan yang terlibat adalah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
Wakil sedia ada untuk memudahkan korang adalah Sen-Q & Sen Heng yang menawarkan U-Mobile.

Tuntutan rebat ini haruslah dibuat dalam masa sebulan dari tarikh pra-pendaftaran. Ianya akan terbatal jika tiada tuntutan dibuat. Dan korang boleh mendaftar kembali selepas sebulan.

Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan adalah I/c, kad polis,kad tentera dan kad pelajar.

Antara telefon pintar yang ditawarkan :-





SUmBer : SKMM

No comments:

Post a Comment