Wednesday, January 30, 2013

Bantuan Lesen 1 Malaysia



Mengenai BL1M

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.
Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.


FAKTA BL1M

Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali



SYARAT PENYERTAAN

1.
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2.
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3.
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4.
Sihat tubuh badan
5.
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6.
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7.
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepadainfo@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10.
Tiada cara pintas



PERMOHONAN SECARA ONLINE


Layari website : http://www.bl1m.my/daftaronline.html



Yang tak pernah mendaftar memula pilih negeri dan parlimen....




Bila dah pilih nanti akan keluar macam ni dan isilah maklumat korang.

Untuk mengetahui lebih maklumat sila hubungi wakil terdekat...


2 comments: