Followers!

Tuesday, June 19, 2012

Demam Denggi

Demam denggi... sape tak pernah dengar... Kalau tak pernah dengar atau baca fakta mengenai demam ni rajin-rajin la ke google ye...


Ak nak kongsi tips kalau ada antara orang yang korang yang kenalan dapat demam ni. Demam denggi adalah antara demam yang boleh membawa kematian kalau tidak dirawat dengan segera.


Adik ak ada sorang kena demam denggi. Mula-mula ingat demam biasa, lepas tengok panas tak turun-turun ak suruh pergi klinik. Tup tup kena tahan wad demam denggi.


Sepanjang dia kena demam ni selera makan dia drop habis... dia susah nak makan.. masuk makanan dia nak muntah tapi paksa jugak la dia makan yang dia terlarat.  Pas tu suruh la adk lg sorang jagakan.


Suhu badan tak menentu kejap naik kejap turun. Setelah 2-3 ari selera makan drop, tahu apa lagi yang drop SEMANGAT untuk hidup. Jururawat kat situ kata salah satu punca kematian akibat demam ni sebab diaorang dah tak ada semangat nak hidup.


Aku tanya adik ak kenapa. Dia jawab "Yela, setiap hari minum 100, makan lepas tu masuk air. Makan ubat. Tapi tak elok jugak. Orang berserah jela kalau dah nak mati nak buat macam mana.." haaaa 2 dia jawabnya. Sebab apa semangat dah xda.


Nak naikkan punya la susah. Lepas beberapa hari jururawat ckp pulak platlet darah turun. Masa tu dia macam dah ok sikit. Setiap berapa jam dia amek platlet darah tapi semakin menurun.


Aku pun google la... Masa tu bersyukur ada kemudahan internet nih. Rupanya nak naikkan platlet darah minum air rebus pegaga paling cepat naik. Pagi tu jugak pegi cari pegaga. Dah rebus tros bawak air dia ke spital.


Adik ak minum pagi, petang platlet tros naik. Jururawat cakap sekali dah naik takkan turun. Dengan itu selamatlah adik aku dari penyakit ni. 


Rawatan paling bagus saat mereka tiada semangat adalah memastikan orang yang paling diperlukan berada disisi mereka.




p/s : demam yang nampak macam biasa itu bukan bererti demam biasa.

No comments:

Post a Comment