Followers!

Tuesday, June 5, 2012

Bila Kita Akan Dijemput…





Yang hidup pasti akan mati…. Itu adalah lumrah.  Disebabkan lumrah itulah kita harus sentiasa ingat kematian tidak ada tarikhnya sama ada dekat atau jauh dengan diri kita.  Haruslah sentiasa ingat kematian itu sesuatu yang pasti.

Kematian tidak kenal tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa, cantik atau hodoh… Ada juga masih jahil mengenai perkara begini berfikri yang tua sepatutnya lebih banyak beramal dari yang muda..  “Rumah kata pergi, Kubur kata mari”… ayat itu bukanlah untuk yang tua tetapi lebih kan lah untuk yang muda…

Kematian itu tidak boleh di spesifikasikan mengikut umur.  Umur itu cuma kita yang menghitung, kematian itu pula cume hadir bila tiba masanya. Dan yang pasti kita tak akan pernah tahu bila masa itu akan tiba.

Oleh itu hendaklah kita tahu kematian akan hadir pada masa yang ditetapkan. Kita manusia tidak akan tahu bila…. Bagaimana…. Dimana….






No comments:

Post a Comment