Followers!

Sunday, May 19, 2013

Peluang keDUA

Apa maksud PELUANG pada kita dan apa yang membezakan PELUANG & PELUANG KEDUA....

Dari view aku peluang adalah sesuatu yang kita akan beri pada seseorang untuk dia membuktikan apa yang dikatakan benar atau tidak. Dan peluang KEDUA adalah sesuatu yang kita beri pada orang yang sama untuk membetulkan kesilapan yang pernah dibuat sama ada secara sengaja atau tidak.

Kali ni nak crita pasal peluang ke-2... Hmmm bukan semua orang dapat memberi peluang kedua.. Dan ak sendiri jika ingin memberi peluang pada seseorang, ianya bergantung pada situasi & sikap.

TETAPI pada ak Semua Orang Berhak Menerima Peluang Kedua. Seperti yang pernah dikata "Kesilapan cuma sekali dan layak diberi peluang tetapi jika perkara yang sama dibuat berulang kali itu bukan kesilapan tetapi kesalahan."

Bila dia buat kesilapan kali pertama kita berterusan menyalahkan dia, dan itulah silapnya kita. Bila terus-terusan tidak memberi peluang sebaliknya terus menerus menyerang bagaimana mereka ingin membuktikan yang mereka akan berubah.

Kesilapan yang mereka lakukan merupakan salah satu dugaan yang harus kita tempuhi. Jika benar mereka berubah kearah yang lebih baik & lebih menghargai itulah ganjaran buat kita.

So friends, bukan semua yang jahat itu tidak akan berubah menjadi baik. Dan bukan semua yang baik itu akan baik selamanya.

No comments:

Post a Comment