Yang penting pada ak selepas keluarga semestinya
kawan... Tempat ke-2 kita akan cari saat gembira @ duka... Kenapa kita perlukan
kawan jika kita ada keluarga disisi..
Pendapat ak, keluarga menjadi yang terpenting
tetapi bukan semua yang kita nak luahkan boleh diluahkan pada keluarga... Sebab
itulah kita perlukan kawan. Meminta pendapat yang lain dr keluarga supaya kita
mendapat lebih banyak pandangan.
KAWAN adalah orang yang kita tak rasa segan untuk
bertanya. Mungkin sebab keserasian atau pengalaman yang dilalui agak sama
menyebabkan kita berasa lebih selesa.
Tapi ingat juga itu tidak bermakna segala yang
berlaku dalam rumah kita harus beritahu. Sebab serapat mana pun kita, masa
hadapan bukan ditangan kita.
Apa yang akan terjadi sesaat @ seminit @ sejam @
sehari yang akan datang kita tak tahu. Sifat manusia sering berubah.
Kadang-kadang kita akan dapat kawan yang betul-betul ikhlas dan akan kekal
dengan kita TETAPI kadang-kadang kita akan dapat kawan yang baik di hadapan
kita je... Belakang kita hanya tuhan yang tahu apa yang dikata.
Semoga kita dijauhkan dari orang yang macam ni. Dan
pada aku pula kalau ak berkawan, ak akan berkawan dengan seikhlas mungkin. Dan jika
ak rasa orang yang ak kawan macam tak berapa nak ikhlas ak akn menjauhkan diri
dari dia.
Tak nak la selalu dipergunakan hanya kerana kita
berdiam. Pesanan ak pada korang nak cari kawan bukan pada penampilan sebb
manusia ni mempunyai ruang gelap yang membolehkan mereka menyembunyikan diri
dan cuma memperlihatkan apa yang indah tentang diri mereka sahaja.
p/s : peace! ^_^
susah nk cari kawan yg sejati ni..kawan ketawa ramai,kawan menangis susah nk cari
ReplyDeletebtol tu... sbb tu kalo ada seorang kawan pun sy dh bsyukur...
Deleteerr..nak tanye mlake are mane ye..hehe
ReplyDeletemasjid tanah... org melaka gak ke..
DeleteStuju...perlu berhati hati dlm berkawan...rietta sendiri pernah dtikam dr blakang dua kli...dan xmungkin rietta akan percaya dia lg....
ReplyDelete