Sunday, June 22, 2014

Trip to Terengganu ~~ Part 4 - Balik -

Selepas habis jalan-jalan di pasar payang. Malam tu rombongan nak pergi ke Masjid Kristal tapi aku tak ikut sebab penat jalan kat pasar payang.

Esoknya kita bersarapan Nasi Dagang... Memang sedap la... Selalu nya beli kat pasar malam pun tak sesedap ni.

Bersiap tengahari pergi majlis. Abis je masjlis perkahwinan sepupu. Rombongan kami terus bergerak balik...

Memula jela banyak aktiviti pastu tak do dah... Nak rehat je dalam pala ni.

Wednesday, June 18, 2014

Trip to Terengganu ~~ Part 3 -Pasar Payang-

Pasar Payang agak terkenal diterengganu kerana menjual barangan seperti batik.

Dan disekelilingnya pula ada menjual barang makanan yang sedia dimakan...

Masa sampai situ memang agak terperanjat la sebab first time datang...

Pasar payang ni tak macam pasar yang aku bayangkan..

Ak bayangkan mungkin ada menjual barang basah & sayur tapi lain pulak.

Masa sampai naik ketingkat atas tapi tak habis pusing la.. Penat...

Tapi satu yang aku perasan memang susah nak minta kurang walaupun nak beli banyak...

Memang lain sangat dengan tempat aku...

Pastu harga dia kalau nak dibandingkan dekat sini, sini lagi murah kot...

Cam ne pun keropok losong dia memang sodaaappp...

Apa yang kitaorang beli di pasar payang cumalah key chain....

Tu je sebab adik aku nak bagi kat kawan2...

Yang lain semua tangan kosong...

Tapi pada sesiapa yang tak pernah pergi memang boleh la tengok mcam mana rupa pasar payang tu...

Lepas pasar payang balik ke homestay sebab dah jam 6 dan malam sambung ke Masjid Kristal.



p/s : Masjid Kristal tak banyak kisah sebab.......

Tuesday, June 17, 2014

Trip to Terengganu ~~ Part 2 -Arrived-

Sampai Seberang Takir, Terengganu dalam jam 8.30pagi....

Masa tu dah tak da rasa mengantuk sebab tidur dalam bas lama agaknya..

Cuma badan sakit-sakit sebab jalan yang bas tu ikut banyak lubang...

Sampai sana pihak pengantin lelaki dah sediakan 2 homestay...

Homestay yang aku duduk semua family ak... Selesa sikit...

Sarapan pagi nasi dagang dari pihak lelaki...

Memang sedap habis... Lauk nasi dagang dia memang sedap...

Tapi panasnya kawasan situ yang tak boleh tahan..

Selepas sembahyang jumaat rombongan kami pergi jalan-jalan...

Destinasi pertama.. Pasar Payang... Aku tak tau la apa yang best kat sana since tak pernah pergi kan...


Nampak tak circle hijau tu... Pergi ke pasar payang naik Penambang...

Memang first time la dalam hidup aku naik penambang ni...

Tapi moments yang paling seronok...

Naik penambang cuma mengambil masa 10minit untuk sampai ke pasar payang...









p/s: next akan updated apa cerita kat pasar payang... :-)

Monday, June 16, 2014

Trip to Terengganu ~~ Part 1 -Intro-


Assalammualaikum... Jumaat lepas aku mengikut rombongan menghantar pengantin ke Terengganu...

Dah alang-alang pergi sana dapat la juga pusing Terengganu.

Perjalanan mengambil masa 8 Jam.





Tempat yang dituju adalah Seberang Takir...

Memang terasa la jauhnya...

Naik bas badan sakit-sakit rasanya masa pergi...

Tapi driver bas tu memang bertimbang rasa sangat sebab ramai orang tua-tua ikut kan...

Banyak kali juga lah berhenti..

So aku akan sambung story what happen in seberang takir dan apa yang menariknya di sana...


p/s: nak sambung buat kerja dulu. :-)














Tuesday, June 3, 2014

Bertambahnya Usia...

Bertambahnya usia kita maka akan semakin matang kita menjalani kehidupan seharian.

Dan seiring dengan itu, kita akan berubah menjadi seorang yang lebih sensitif dan berfikir dengan mendalam.

Seperti diri ini yang mudah berkecil hati bila ada menuturkan sesuatu yang mengusik jiwa. Sebenarnya benda yang dituturkan agak biasa dan cuma dengan niat menegur. Tapi kata orang kalau dah bertambah usia ni bertambah mudah terguris hati.

Samalah juga dengan ibu kita. Bila berkata sesuatu walaupun dengan niat menegur jangan lah menggunakan bahasa yang kasar sebab jiwa ibu ni lembut.

Insan yang penyayang sebab tulah kalau untuk anak kita dapat lihat yang ibu banyak berkorban.. Dari melahirkan sampailah besar panjang dan dah pandai cakap lebih-lebih ni...

Aku sentiasa berharap dengan apa yang aku tuturkan tak akan membuatkan orang kecil hati. Sebab aku ni kalau marah cakap tak filter...

Tapi tu semua pada diri sendiri.. Nak pasang filter ke tak depend on us.. Sebab hanya kita yang mampu mengubah diri kita sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya..

We choose the best. Tapi kita pun akan semakin bertambah usia dan akan lalui feeling yang ibu kita rasai sekarang. Maka bertambahlah usia bererti banyak perubahan pada diri yang akan kita lalui.