Monday, September 30, 2013

Kalau Dah Namanya Perempuan...


Kalau dah namanya perempuan bila nampak barang perhiasan tak kiralah perhiasan rumah atau dia sendiri mesti rambang mata kan. Punya la pusing-pusing kat satu tempat pastu tengok punya lama dan pengakhiran belinya tidak... Hehehe

Fenomena biasa la tu.. Aku tak terkecuali dalam hal-hal macam ni.

Geng aku kalau bab shopping ni sama dengan mak ak. Adik aku yang perempuan kalut sikit la taste dia. Lari sangat dari taste aku. Jadinya aku dengan mak aku ni alah sikit dengan perkataan SALE... 70%.. 50%... 30%...


Nampak je perkataan percent2 itu kami akan masuk belek-belek, komplain2. Komplain bukan apa pun pasal warna, design... Yang mana tengok tak berkenan tu jeling2 jelah... hehehehe

Tapi selalunya window shopping je. Tak beli pape pun cuci mata je... Tapi kalau sekali beli... hmm plastic bag 4-5 kat tangan.. Tu pun macam tak cukup je...


Dulu terlalu jarang la keluar shopping ni... Tapi sekarang hmmm...


Memang tak boleh kot... Sebab window shopping ni release stress kerja... So even tak beli barang mesti nak kena pegi jugak... Cuci mata..

Mungkin kerana sifat semulajadi wanita. Kalau tengok barang yang berkaitan mcm tak nampak lagi suami kat mana kecuali masa nak bayar.. hikhikhik

Okies sampai sini je taipan jejari ak hari ni nak sambung keja... :-)



p/s : Gambar dari Mr G.

Reading is a worth thing. 41#


Thursday, September 26, 2013

Hari Jadi TYT dipinda...




Cuti TYT yang sepatutnya jatuh pada hari sabtu 12/10/13 telah dipinda pada tarikh 11/10/13 bersamaan dengan hari jumaat.

Company ak kerja ni kalau cuti jatuh ari sabtu dia akan pinda pada ari isnin dan secara kebetulan hari selasa raya haji.

So memang dah plan la nak g jalan2. Dan tiba2 terbaca pulok yang TYT ni tukar pada ari jumaat so management ak pun baru tau pasal benda ni.

So diaorang tengah discussion sama ada cuti isnin atau cuti jumaat. Hmmm mintak2 la cuti isnin.. Syok sikit.

Untuk info leh jenguk sini Cuti TYT...

Thanks to Yana Aina untuk info ni. :-)

Sunday, September 22, 2013

Yang sempurna atau menyempurnakan..

Kebanyakkan orang lebih suka mencari pasangan yang sempurna. Cantik, sopan, menghormati dan dengar cakap. Tapi tau tak korang mencari pasangan itu adalah lebih penting yang dapat menyempurnakan kita.

Dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna. Walaupun luaran kelihatan sempurna tetapi dalaman tak siapa yang tahu.  Namun begitu masih ada yang mencari kesempurnaan.

Kita pun kenalah tau jika pasangan kita cuma memilih kita kerana kesempurnaan adakah kasih sayang akan hilang jika kesempurnaan semakin luntur. Tubuh badan, muka, segala yang fizikalnya akan semakin kurang seiring dengan usia.  Manakala sifat dalam yang kita tidak ketahui juga mungkin akan berubah walaupun sukar nak berubah.

Jadi bersyukurlah dengan pasangan yang telah ditakdirkan oleh ilahi. Kerana pasangan itu mungkin seseorang yang tidak sempurna namun mampu mencintai, menyayangi dan memahami. Itulah yang terbaik.

Jauhi sifat merungut kerana tidak suka dengan sifat pasangan kita. Sebaliknya tegurlah pasangan kita untuk memperbaiki sifat mereka itu. :-)

Jangan sesekali mengata pasangan sendiri pada orang lain. What will people judge you when you talk about your own wife/husband. Cuba bayangan kalau pasangan korang buat macam tu. Depan punya la baik, i luv you la, sayang la tapi hakikatnya belakang cakap "aku tak selesa sangat la dengan perangai dia cam ni.". Just accept it!

It's your own choice don't blame other because you're the one who agreed to married. Your own decision!

Jadi terimalah dia, cintailah dia, apa yang kurang itu lengkapkanlah.


Note : Kalau ak nak cari pasangan ak pun nak yang sempurnakan, yang boleh menerima ketidaksempurnaan ak. Yang menerima ak seadanya ak. Nak suh ubah sikit2 boleh la.. hehehe :-)

Saturday, September 14, 2013

Berbaloi... Baloiiiiii.........


Bantal ini ditempah dari...




Bantal dibuat untuk kawan ak yang berkahwin pada 15.9.13..

Korang boleh tengok kat bantal tu ada tulis date...

Bantal ni memuaskan hati ak...

Since ak minta pun last minit sib baik cik Yana nak buatkan...

Cantik kan...

Wednesday, September 11, 2013

Sandiwara Cinta ~ Lirik

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis


Alasan yang sering kali ku dengar

Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku


Chorus

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati


Mungkin ini jalan yang engkau mahu

Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati

Sunday, September 8, 2013

Blueberry Cheese Cake...


Hari ini ak buat cheese kek sebab adik ak nak makan...

Sebelum dia balik KL ak buatkan la... kang kempunan plak adik ak..

Dan hasilnya seperti yang kamu semua lihat di atas...

Aku memang suka makan cheese kek ni...

Dah alang2 dia nak makan ak buatkan sekali...

Dia bawa bekal sikit dan sparuh lagi kat rumah...

So malam ni kita makan kek jerk....

Tuesday, September 3, 2013

Ops... Harga Minyak Naik!!!

Sumber : Google

Selamat pagi~~

Buat semua yang sudi membaca blog ak...

Tengok gamba di atas je dah tau kan kisah apa akan diceritakan hari ni...

Hmmm... Minyak naik...

Apa yang ak perasan kalau harga minyak naik..

Paling ketara >>>

Stesen-stesen minyak penuh dengan kereta...

Cuba nak jimatkan duit pada saat-saat akhir...

Hehehe...

Dalam keadaan macam ni semua ayat-ayat politik akan keluar...

Tapi ak takkan mengulas apa-apa mengenai perkara 'politik' ni...

Sebab kalau ak cakap apa-apa pun 'tiada apa yang berubah'...

Harga tetap naik...

Ak cuma sedih kalau harga barang macam beras, gula etc yang naik...

Dengar GST dah nak start...

T_T

Monday, September 2, 2013

Meminta maaf & Memaafkan...

Jika kamu di pihak yang meminta maaf

Maka

Minta maaflah seikhlas hati...

Kerana keikhlasan itulah menyebabkan kita lebih tenang..

Buangkan perasaan 'malu' yang tidak sepatutnya ada pada saat itu..

Untuk apa kita malu kerana sepatutnya kita bangga yang kita sedar akan kesilapan kita..

Secara tidak langsung kita tidak mengulangi kesalahan tersebut atau 

tidak hanyut dalam apa kesilapan yang kita lakukan...

Saat perlunya malu adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain...

Jadi jangan lah rasa malu @ menpunyai ego saat ingin mengucapkan maaf...

Jika kamu di pihak yang memaafkan

Terima lah seadanya kerana manusia itu tidak sempurna...

Tidak ada satu orang pun yang terlepas dari perkataan kesilapan@kesalahan...

Kerana kita manusia biasa..

Andai kita menyimpan dendam kerana sesuatu perkara fikirlah..

Untuk apalah dendam itu...

Tidak ada faedah nya dalam perkataan dendam..

Sebaliknya cuma sakit hati dan tiada ketenangan..

Andai seseorang yang pernah sakiti kamu menghampiri kamu dan meminta maaf...

Maafkan lah mereka dengan hati yang redha...

Ketahui segala yang berlaku tidak akan mengikut kehendak kita..

Sebaliknya mengikut keadaan yang kita boleh terima dengan aturan dari yang Esa...

Maafkan lah dengan ikhlas..

Memang kita takkan tahu samaada mereka meminta maaf secara ikhlas atau tidak...

Tapi sekurang-kurangnya kita maafkan dengan ikhlas..

Untuk kebaikkan kita juga... :-)