Tuesday, May 1, 2012

Cinta.. Hati.. Sayang.. Semangat.. Masa...

Cinta itu adalah perasaan untuk seseorang yang kita sayangi dan hati adalah tempat kita menyimpan segalanya tentang Dia yang penting dalam hidup kita.  Biasa nya kalau kita terluka akibat cinta ianya akan mengambil masa untuk sembuhkan hati kembali.  Seperti luka tatkala terhiris sesuatu.  Bezanya cuma 'masa'.

Masa adalah menentukan segalanya. Jika hari ini kita jatuh cinta esok mungkin kita akan putus cinta.  Saat cinta tinggalkan kita hati akan 'patah'.  Bila hati patah kita seakan hilang segalanya.  Kadangkala kita lupa Cinta meninggalkan kita keseorangan tapi 'Sayang' masih ada.  Sayang pada keluarga dan mereka yang sentiasa di sisi.

Kerana sayang lah 'Semangat' hadir dan semangat itu menyebabkan kita menerukan hidup.  Tatkala itu'Masa' telah melangkaui semua.  Pasti kita akan lupakan Cinta yang berlalu meninggalkan kita.  Kesan di Hati akibat Cinta akan sentiasa ada kerana itu adalah bukti untuk jejak-jejak hidup yang kita lalui.

Dan di sebabkan semuanya kita akan mula menghargai mereka disisi.  Yang sentiasa 'Sayang' kita adalah orang yang tak akan tinggalkan kita walau bagaimana keadaan yang kita lalui.  Mereka disisi sentiasa menasihati, memberi pendapat dan membuatkan kita rasa dihargai.

No comments:

Post a Comment