Thursday, May 11, 2017

Recommended Slot Lestary - Raisha

Drama Raisha yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang menunggu cahaya mata selama 10 tahun dan dikurniakan anak perempuan. Dinama kan Raisha. Raisha dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pada umurnya 3/4 tahun ibu nya meninggal kerana kemalangan dilanggar kereta. Raisha dibesarkan seorang oleh bapanya.

Cerita ini mengenai bapa yang terlalu sayangkan anak sehingga apa sahaja yang anaknya buat walaupun salah tidak ditegur sehingga anak dewasa. Boleh layan la cerita ni. Pelakon dia main kan watak dengan jayanya. Best.

Antara pelakon yang membintangi adalah Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamanuri, Puteri Aishah dan ramai lagi.



Ost drama Raisha



Bukan Aku - Tasha Manshahar 

Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri

Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku

No comments:

Post a Comment