Followers!

Wednesday, May 10, 2017

Kata-kata kadang kala melukai hati

Assalammualaikum.

Pagi ni terfikir pula.. Ada kala apa yang aku cakap melukai hati seseorang tanpa disedari atau dengan sedar. Apa tujuannya untuk aku berbuat begitu..

Seronok ke bila kita melukai hati orang especially hati orang yang kita sayang. Biasanya bila dah keluar butir bicara dari mulut baru la sedar yang kita cakap tu memang akan melukai hati mereka.

Sama jela even aku pun kalau orang cakap adakala aku pun boleh sentap. Ini kan pula orang yang bila aku terlepas kata. Apa yang paling ku kesali adalah bila aku cakap tanpa dengan sengaja dan ayat tu amat pedih untuk orang yang mendengar.

Lidah memang petah berbicara  jadi kita belajarlah mengawalnya. Jari pun makin laju menaip jadi semua tu perlu dijaga. Apa yang kita kata atau tulis mungkin akan jadi kebaikan dan juga membawa kemudaratan pada seseorang. Itu yang kita tak tahu.

Jadi berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Kita tak nampak masa hadapan dan kita pun tak tahu apa yang kita bakal hadapi. Dan setiap apa yang kita lakukan ada ada kesannya di masa akan datang. Berfikir dahulu sebelum buat. :-)

No comments:

Post a Comment