Tuesday, May 30, 2017

Peringatan pada diri sendiri..

Assalammualaikum,  hari ni merupakan hari ke empat berpuasa. Macam mana ya dengan puasa kalian semua. Semoga perjalanan ramadhan ini dipermudahkan buat kita.

Hari ni nak luahkan sikit perasaan. Mmg sekarang pun masih rasa marah lagi. Memang kena banyak sgt istigfar jangan ikutkan perasaan sangat. Tapi aku manusia biasa aku mmg xdpt nak buang terus perasaan ni.

Cuma ada lah berkurangan marahnya. Perlukah dia layan aku macam ni. Adakah pangkat yang menentukan dimana letaknya kita. Dan jenis orang yang suka ambil kesempatan ni tak ada rasa bersalah kah...

Tak ikhlas jadinya kerja bila kita buat dalam keadaan marah. Bulan puasa ni minta jauhkan lah perasaan cepat marah.. Permudahkanlah segala urusan.

Thursday, May 11, 2017

Recommended Slot Lestary - Raisha

Drama Raisha yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang menunggu cahaya mata selama 10 tahun dan dikurniakan anak perempuan. Dinama kan Raisha. Raisha dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pada umurnya 3/4 tahun ibu nya meninggal kerana kemalangan dilanggar kereta. Raisha dibesarkan seorang oleh bapanya.

Cerita ini mengenai bapa yang terlalu sayangkan anak sehingga apa sahaja yang anaknya buat walaupun salah tidak ditegur sehingga anak dewasa. Boleh layan la cerita ni. Pelakon dia main kan watak dengan jayanya. Best.

Antara pelakon yang membintangi adalah Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamanuri, Puteri Aishah dan ramai lagi.



Ost drama Raisha



Bukan Aku - Tasha Manshahar 

Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri

Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku

Wednesday, May 10, 2017

Kata-kata kadang kala melukai hati

Assalammualaikum.

Pagi ni terfikir pula.. Ada kala apa yang aku cakap melukai hati seseorang tanpa disedari atau dengan sedar. Apa tujuannya untuk aku berbuat begitu..

Seronok ke bila kita melukai hati orang especially hati orang yang kita sayang. Biasanya bila dah keluar butir bicara dari mulut baru la sedar yang kita cakap tu memang akan melukai hati mereka.

Sama jela even aku pun kalau orang cakap adakala aku pun boleh sentap. Ini kan pula orang yang bila aku terlepas kata. Apa yang paling ku kesali adalah bila aku cakap tanpa dengan sengaja dan ayat tu amat pedih untuk orang yang mendengar.

Lidah memang petah berbicara  jadi kita belajarlah mengawalnya. Jari pun makin laju menaip jadi semua tu perlu dijaga. Apa yang kita kata atau tulis mungkin akan jadi kebaikan dan juga membawa kemudaratan pada seseorang. Itu yang kita tak tahu.

Jadi berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Kita tak nampak masa hadapan dan kita pun tak tahu apa yang kita bakal hadapi. Dan setiap apa yang kita lakukan ada ada kesannya di masa akan datang. Berfikir dahulu sebelum buat. :-)