Pemikiran bukanlah
sesuatu yang kita boleh jangkakan. Kadang kala apa yang kita fikirkan bukan tak
dapat nak di jangkakan, bagaimana pula dengan pemikiran orang lain.
Semakin lama kita
hidup semakin banyak yang dapat kita lihat dan makin bertambahlah
perkara-perkara yang kita tak faham.
Hari ni ak nak
cerita kan cara pemikiran seseorang yang kadangkala kita dapat kesan dari
pertuturan mereka. Tak tau la sama ada benar atau tidak tapi ini mengikut
andaian ak.
Bila seseorang itu
bertutur tapi apa yang dicakap seolah tiada isi umpama tin kosong yang jatuh. Bunyinya
kuat tapi tiada apa2. Begitulah seseorang yang bercakap tetapi tiada
isi/nasihat dalam setiap yang diperkatakannya.
Biasa nya orang macam ni Cuma dengar dari mulut ke mulut. Tanpa sebarang
bukti.
Ada juga orang yang
sentiasa ‘melindungi diri sendiri’. Apa yang mereka kata ada benar dan ada
tidak. Biasanya yang menjadikan mereka berbohong kerana ingin menyelamatkan
diri dengan meletakkan kesalahan atas bahu orang lain. Tapi pernah tak mereka
terfikir perbuatan mereka menyebabkan orang hilang kepercayaan pada mereka.
Dan bertuahnya kita
kalau jumpa orang yang sentiasa ingin melindungi orang lain. Mereka tidak akan
meletakan kesalahan atas orang lain. Melindungi pada yang tahu menghargai
kerana jika melindungi pada yang tidak menghargai memang pengakhirnya di pijak
kepala.
Golongan terakhir
yang sukar nak jumpa. Orang yang sentiasa berkata yang benar. Susah nak jumpa
orang macam ni. Sukar menunding jari
pada orang lain dan akan siasat seandainya sesuatu berlaku. Bukan mudah untuk
mencari pesalah dan bukan mudah juga untuk mencari yang kebenaran.
p/s : korang masuk golongan mana.
ko tlg bg tau ak termsuk dlm golongn mana? sbb ak sendiri tak pasti ... heheh
ReplyDelete