Followers!

Thursday, April 26, 2012

No m00d~~

Tidak tahu mengapa rasanya hari ini bukan hari yang baik buat aku. Barang yang sepatutnya sampai ke sini kena re-order balik alasan supplier saya budak baru jadi budak lama tak handover kerja... ada ke macam tu.. pernah dengar tak jawapan macam 2....


Pelik bin ajaib aku rasanya... kalau company ciput2 tak apa la jugak ni company international. macam tak ada sistem dalam company tu.  Agak-agak la dah la aku cakap dengan manager bukan dengan budak berhenti tu...


Itu dah la satu kisah, selepas hadap supplier kena pulak explain kat user.  Masa ni lah boleh mencabar kesabaran aku.  Nak cakap tu kena pulak caranya sebab melibatkan reputasi kita kan.  Tapi macam mana cakap pun aku tetap kena beritahu 'the truth' yang supplier miscommunication.


Kena marah dengan boss lain cerita.  Rasa macam nak putus cuping telinga aku.  Dah la kata-kata buat aku tersentap sekejap.  Macam mana selagi tak settle selagi itu lah aku kena dengar 'recorder' from my boss.  Pada aku la baik aku khaskan seorang untuk handle benda macam ini.  Tak sanggup la aku.


Biarlah orang nak cakap kerja macam tu pun nak mengalah belum lagi yang pangkat tinggi-tinggi. Lagi tekanan.  Aku tak peduli sebab yang pangkat tinggi gaji tinggi memang la patut sangat kena hadap masalah macam ini. Yang aku ni kuli bawah sekali dan gaji ciput sekali (tapi alhamdulillah la dari takda kan) memang patut pun kalau aku tak boleh terima tekanan macam itu.


Aku berharap kes ni cepat la settle tak sanggup nak hadap user dan tak sanggup nak dengar boss bercakap saja.  Aku berdoa agar diberikan kesabaran yang lebih untuk melalui hari-hari yang mendatang.




p/s : punya la lama tak post bila post sekali panjang sangat pula. ^_^

No comments:

Post a Comment