Followers!

Saturday, February 4, 2012

Nasihat Mereka

Mereka sering berkata
Syurga ditelapak kaki ibu
Hormatilah ibu
Kerna setiap percakapan ibu
Umpama doa buat kita

Mereka juga sering berkata
Jangan jadi anak derhaka
Sudahnya nanti masuk neraka
Tak kira amal berapa banyaknya

Mereka sering berkata
Jangan bohong ibu
Dosa perbuatan itu
Jujur dengan ibu kerna
Setiap perkara  mampu ibu
Maafkan

Mereka sering berkata
Sayangi ibu dengan ikhlas
Sebagaimana sayangnya ibu pada kita
Jangan pula nak dapat harta
Sayang ‘over-over’
Kena ada batasannya

Mereka sering berkata
Dan berkata
Tanpa jemu memberi nasihat
Supaya tidak kita mengabaikan
Ibu kita.

No comments:

Post a Comment