Followers!

Saturday, February 4, 2012

Ibu Bahagia vs Ibu Malang

Pagi membawa senyuman riang
Pada para ibu yang bahagia
Namun
Pagi yang ceria membawa duka
Tanpa anak-anak di sisi si ibu malang

Tengahari senyuman menawan
Kerna cucu pulang dari sekolah
Namun
Tengahari seribu satu duka derita
Penantian tiada penghujungnya

Petang suasana yang gembira
Dengan gelak tawa anak cucu tercinta
Namun
Petang suasana suram
Tiada gelak tawa cuma kesunyian

Malam penuh kenangan
Mengigat telatah cucu dan anak
Itulah kehidupan ibu bahagia
Namun
Malam hanya kegelapan
Bagi seorang ibu yang malang
Ditinggalkan anak keseorangan
Hidupnya berakhir dengan kerinduan
Yang sarat.

No comments:

Post a Comment