Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, November 12, 2019

Resepi Corndog

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak kongsi  resepi corndog. Dah lama nak post tapi tak sempat. Ini resepi yang kena dengan selera ak. Memang layan. Jom buat sesama...

Bahan-bahan :

(Bahan A untuk adunan tepung)
2cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder
1sudu gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu dutch lady

(Bahan B)

Hotdog
Mozarella Cheese
3 sudu Tepung Gandum
Bread Crumb
Kentang Goreng Spiral


Aku guna bread crumb yang ni.





















Cara-cara :
1. (Bahan A)
Tepung gandum, baking powder, gula dan garam dicampur dan gaul sebati. Lepas tu masukan susu dutch lady sampai adunan melekat macam video dibawah. Letak kan sebentar dalam peti sejuk.


2. Bahan B
Potong hotdog dan mozarella chesse ikut kehendak masing2. Cucuk kan ke lidi. Lumurkan tepung gandum macam gambar dibawah.



3. Celupkan hotdog dan mozarella (yg telah dicucuk ke lidi) ke dalam adunan tepung.

4. Salutkan dengan kentang goreng yang telah dipotong kemudian serbuk roti.




5. Panaskan minyak dan goreng. Hasilnya seperti dibawah. Ad sesetengah orang tak suka letak macam tu so boleh skip je kentang dan salut terus dengan serbuk roti.



 

Ok sampai disini sahaja perkongsian kami. Maaf aku tak sempurna. Jika ada sebarang pertanyaan boleh je comment dibawah. In shaa allah akan direply. Sampai bertemu lagi.

Tuesday, January 5, 2016

SpageTTi AgliO OliO





Bahan-Bahan:-

500g Spagetti
1kg seafood (Udang & Sotong)
1 cawan Minyak Zaitun
3 Ulas Bawang Putih
3 sudu besar Cili Flakes
3 sudu besar Oregano Flakes
3 sudu besar Parsley Flakes
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 kiub Pati Ayam
½ biji Lada Benggala
1 sudu kecil Garam

Cara-cara:

1. Rebuskan spaghetti sehingga lembut dan toskan.
2. Rebus seafood sehingga hampir masak & toskan.  Jangan buang air rebusan.
3. Panaskan minyak zaiton, tumis bawang putih dan lada benggala sehingga kekuningan.
    Jangan sampai hangit / terlebih masak.  Masukkan air rebusan 1 senduk.
4. Masukkan oregano, parsley, cili flakes,lada hitam, garam dan pati ayam.
5. Masukkan spagetti dan seafood.  Kacau hingga sekata.
6. Siap untuk dihidang.