Assalammualaikum.
Bulan puasa tahun ni lebih bertenaga dari tahun-tahun sebelum. Dan sehingga hari ni alhamdulillah gastrik selepas berbuka. Memang syukur sangat la.
Dan nak tau apa mood bekerja bulan puasa ni. Aku mood memang ok sangat sampai ke petang rasa bertenaga lagi. Lagi pun bulan puasa ni dapat balik awal.
Kul 4 dah balik... So memang sempat sangat la bila ibu ku minta pergi ke mana-mana untuk beli barang.
Itu mungkin salah satu sebab semangat bekerja tu ada. Dan sebab paling besar adalah kerja yang tak pernah habis... Aku rasa la kan kalau keja ni dari tak da semangat kena gak pupuk semangat kalau tak memang lama dah kena buang keja...
Apa-apa pun jangan jadikan puasa alasan kita tak mampu bekerja. Ak memang respect orang yang buat kerja berat dan mampu berpuasa macam kerja kontrak, angkat gas.. Memang terbaik la kuat semangat korang dengan cuaca sekarang yang panas sangat. Malu rasanya orang kerja dalam aircond macam aku ni kalau cakap tak larat kerja.
Aku cakap ni pada diri aku. Aku tak boleh nak samakan korang ngan aku. Ada orang memang daya badan dia tak tahan sejuk. Kesimpulannya setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Dah lari topik ni. Ok la selamat bekerja semua. :-)
No comments:
Post a Comment