Monday, May 27, 2019

Astro Circle Retiring


Assalammualaikum..

Hari ni kawan ak tny psl redemption kat astro circle.
Pada sesiapa yang tak tahu kalau korang ada langgan astro memang ada dapat point..
Point ni boleh tebus movie, bill rebate dll..

Kisahnya astro circle nk terminated start 1 Jun 2019 so semua point akan expired.
Jadi pada sesiapa yang tak pernah redeem moh la kita settlekan point ni. Rugi kalau xbuat sekurang-kurangnya tebus lah bill rebate. Ada juga untung.. :-)

Mood Raya 2019

Assalammualaikum.

Hari ni nak cerita sikit pasal mood raya.. Seronok kan bila teringatkan raya..

Mau taknya buka radio pun lagu raya. Walaupun dah berumur 35tahun ni tetap raya seronok bila menjelang aidilfitri.

Lagi seronok bila bawa budak2 pergi beli baju raya. Tapi budak sekarang demand dia lain macam sikit. Tengok kat adik je baju nak trend je.

Masa ak dulu memang xla nak demand2 ni apa ada je pakai. Rezeki adik2.

Kuih raya tak payah cerita la tempahan memang la banyak... tempah kat luar xbuat pun tahun ni memandang kan masa lebih banyak di opis. Mak pun dah uzur jadi xperlu buat la kita beli je senang.

Kamu2 pulak raya macam mana.. apa preparation.. Semoga raya tahun ini lebih meriah dan dipermudahkan segala urusan.:-)


Thursday, May 16, 2019

Sesungguhnya - Alif Satar & Raihan



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip

Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Kucuba menghulurkan

Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya

Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip

Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu

Saturday, May 11, 2019

Semangat bekerja bulan puasa...

Assalammualaikum.

Bulan puasa tahun ni lebih bertenaga dari tahun-tahun sebelum. Dan sehingga hari ni alhamdulillah gastrik selepas berbuka. Memang syukur sangat la.

Dan nak tau apa mood bekerja bulan puasa ni. Aku mood memang ok sangat sampai ke petang rasa bertenaga lagi. Lagi pun bulan puasa ni dapat balik awal.

Kul 4 dah balik... So memang sempat sangat la bila ibu ku minta pergi ke mana-mana untuk beli barang.

Itu mungkin salah satu sebab semangat bekerja tu ada. Dan sebab paling besar adalah kerja yang tak pernah habis... Aku rasa la kan kalau keja ni dari tak da semangat kena gak pupuk semangat kalau tak memang lama dah kena buang keja...

Apa-apa pun jangan jadikan puasa alasan kita tak mampu bekerja. Ak memang respect orang yang buat kerja berat dan mampu berpuasa macam kerja kontrak, angkat gas.. Memang terbaik la kuat semangat korang dengan cuaca sekarang yang panas sangat.  Malu rasanya orang kerja dalam aircond macam aku ni kalau cakap tak larat kerja.

Aku cakap ni pada diri aku. Aku tak boleh nak samakan korang ngan aku. Ada orang memang daya badan dia tak tahan sejuk. Kesimpulannya setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Dah lari topik ni. Ok la selamat bekerja semua. :-)

Friday, May 10, 2019

Apa yang sukar dilupakan...?

Assalammualaikum..

Apa pendapat korang tentang topik hari ni. Sesuatu yang sukar untuk aku lupakan adalah KENANGAN. Dan pastinya semua orang ada kenangan. Saat-saat kita lalui hidup kita itulah moment yang sukar untuk kita lupakan.

Saat ku jatuh dan bangun, siapa yang ada disisi. Saat ku bersama-sama dan bila kau tiada disisi.  Saat bergembira dan saat bersedih siapa pengubat luka.

Kenangan adalah suatu kurniaan yang perlu kita bersyukur. Mungkin ad perkara kita nak lupakan tapi dari melupakan lebih baiklah menjadikan ianya pengajaran untuk diri sendiri. Adakala perkara begitu yang akan menyebabkan kita muhasabah diri.

Apabila aku memandang kembali ke belakang tanpa aku sedari dah jauh aku menapak dalam hidup aku. Dah jauh rupanya perjalanan aku. Dari masa aku belajar sampai kini aku dan bekerja dan setiap titian-titian masa yang aku lalui ak jadikan itu penguat untuk aku terus melangkah dalam hidup aku.

Bukan semua laluan yang kita lalui itu indah tapi itulah perjalanan hidup kita. Dan hanya kita yang tahu apa kita rasa.

Semua pun ada cerita dalam laluan kehidupan mereka. Semoga jangan dihentikan perjalanan kita sampai saat ianya perlu diberhentikan. Kuatkan hati dan semangat agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidup. 

Monday, May 6, 2019

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka 2019

Assalammualaikum.

Bertemu kembali. Selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang bulan ramadhan ini.

Hari ni cuma nak kongsi jadual waktu berbuka dan imsak.


Yang dipost cuma jadual negeri melaka. Untuk lain-lain negeri boleh semak disini http://www.islam.gov.my/pengumuman/1963-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-tahun-1440h-2019m

Itulah info yang boleh diberi buat masa ini. Lepas tengok la apa yang boleh kita update. Mungkin menu berbuka... :-)

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa