Assalammualaikum.
Selamat hari raya pada semua. Pada yang telah memulakan kerja, kuatkan semangat walaupun mood raya lagi kuat.. hihi.. saya salah sorang yang hari rabu dah naik kerja. Tak da yang nak cover T_T
Dari raya pertama sehingga kini tak sempat la nak beraya rumah sesiapa pun sebab yang datang rumah tu tanpa henti.. Terus jeeee... Tak da brek. So kita dok bersilat didapur.
Malam ni ada lagi tetamu yang nak datang.. Seronok la bila ada orang datang bertandang ke rumah sebab orang yang jarang jumpa pun dapat jumpa pada bulan ni.
Pada yang dapat sambung cuti sehingga jumaat ni selamat bercuti ya. Jalan raya puas-puas nanti dah naik kerja susah nak cari masa nak g jalan raya ni. Dan naik nanti jangan lupa bawa kuih raya untuk orang yang awal dah mula kerja ni.
Pada semua yang mengenali saya "Makan dan minum minta dihalalkan cakap terkasar terlangsung minta dimaafkan. Dan jika ada perbuatan kasar juga mohon dimaafkan." Terima kasih pada yang masih lagi membaca blog ni.
No comments:
Post a Comment