Friday, June 30, 2017

Raya-raya dirumah jeeee...



Assalammualaikum.

Selamat hari raya pada semua. Pada yang telah memulakan kerja, kuatkan semangat walaupun mood raya lagi kuat.. hihi.. saya salah sorang yang hari rabu dah naik kerja. Tak da yang nak cover T_T

Dari raya pertama sehingga kini tak sempat la nak beraya rumah sesiapa pun sebab yang datang rumah tu tanpa henti.. Terus jeeee... Tak da brek. So kita dok bersilat didapur.

Malam ni ada lagi tetamu yang nak datang.. Seronok la bila ada orang datang bertandang ke rumah sebab orang yang jarang jumpa pun dapat jumpa pada bulan ni.

Pada yang dapat sambung cuti sehingga jumaat ni selamat bercuti ya. Jalan raya puas-puas nanti dah naik kerja susah nak cari masa nak g jalan raya ni. Dan naik nanti jangan lupa bawa kuih raya untuk orang yang awal dah mula kerja ni.

Pada semua yang mengenali saya "Makan dan minum minta dihalalkan cakap terkasar terlangsung minta dimaafkan. Dan jika ada perbuatan kasar juga mohon dimaafkan." Terima kasih pada yang masih lagi membaca blog ni.


Image result for smile

Selamat hari raya

Image result for selamat hari raya 


p/s: lambat sikit post. :-)

Thursday, June 8, 2017

Saat-saat indah bulan ramadhan

Assalammualaikum dan selamat berbuka puasa.

Bila puasa ni benda yang paling sweet adalah berbuka bersama. Masa ni la ikatan siratulrahim boleh bertambah erat.

Kalau kat rumah ni mmg masa berbuka la meriah. Berbagai gelagat dapat jumpa. Yang adik2 perangai macam2. Bagi yang sudah berkahwin pula gelagat anak2 yang tak tahan tengok.

Bila jenguk2 kembali rasanya saat2 indah cuma dapat dilihat pada bulan ramadhan. Rasanya mcam bulan puasa ni lebih indah dari hari raya.

Dan bagi yang tidak berpuasa masa ni la kena bahan + kena dera. Hahaha macam mana tak kena dera kudrat lebih sikit dari orang puasa. Mengecat, langsir, kerja rumah mmg pas la pada mereka.

Seronok kan bulan puasa ni bulan barakah yang kita cuma jumpa setahun sekali. Bersyukur lah pada Allah s.w.t. Bulan ramadhan ni adalah antara nikmat hidup yang takkan dilupakan. 😊

Monday, June 5, 2017

Macam mana feel bulan pose.. Sahur time!

Assalammualaikum. Tetiba hari ni rasa nak menulis. Bulan ramadhan yang cuma berkunjung tiba selama setahun sekali Alhamdulillah tahun ni merasa lagi.

Rutin harian kita akan berubah bila tibanya ramadhan. Breakfast yang biasanya jam 7-8pg kini menjadi sahur yang mana makan sebelum imsak. Dah masuk waktu imsak dah boleh berhenti mengunyah.

Dalam sahur tu ada keberkatan. Just makan je kan tapi itulah yang susahnya nak buat. Mmg selera tumpul sgt la masa sahur. Termasuklah diriku. Tapi bila dgr ustaz kata bangun la awal sebelum nak makan sahur. Mandi siap-siap dan rasa segar baru sahur memang la laju je makan.

Secara logiknya kita mungkin tiada selera makan sahur kerana bangun tido duduk kat meja makan still mood sleepy. Mcm mana you nak aspect mood makan datang. Kecuali memang org yang kena jugak makan kalau x xblh tido.

Tp for certain people yang penjagaan mata lebih biasanya perut terabai. Jadi nak dijadikan kisah mmg feel much more better kalau kita bangun awal mandi br la bersedia untuk makan. Sbb masa tu mata dah segar. Sy buat macam tu sbb sy nak sahur kalau x mmg xlarat.

Jadi pada semua yang rasa sukar nak sahur blh la cuba cara tadi. Salam ramadhan pada semua.