Monday, September 14, 2015

Drama - Bukan Isteri Sempurna


Drama yang di adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu yang kini ditayangkan di TV3 dalam Slot Samarinda.




TARIKH : Mulai 3 September 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
NOVELIS : Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd


SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA
 
Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang telah menodai anak perempuan pembantu rumah mereka.
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa berkorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

No comments:

Post a Comment