Wednesday, April 23, 2014

Kerana Mereka Aku Lebih Berhati-hati...

Kita memang takkan tahu sampai bila hubungan antara kita dan orang sekeliling akan bertahan cuma kita boleh mendoakan agar ianya berkekalan.

Sepanjang aku hidup aku susah nak jumpa orang yang tikam belakang depan aku... Bukan tak da jumpa ada tapi teramat lah jarang...

Yang biasa cakap lepas tak simpan pape dalam jiwa tu memang biasa... Kembali kepada topik hari ni...

Semalam ada satu group dari department 'x' datang office katanya tak puas hati dengan gaji... At first memang la pasal gaji dah lama-lama buka pulak cerita pasal si 'a' yang ada kat department tu..

Boleh ke diaorang complain cakap si 'a' tak buat kerja... Aku ni dengar dah rasa lain macam je topik ni... Sebab mereka ni depan si 'a' lain story, belakang lain... Kesian aku tengok nasib si 'a'...

Macam-macam la diorang cerita... Aku bukan nak menyokong si 'a' tapi pada ak apa yang diorang buat tu tak patut... Kalau rasa dia tak ok depan dia tak payah la nak baik sangat...

Aku memang menyampah je dengan orang macam tu... Disebabkan perangai mereka macam tu aku pun kena lah berhati-hati sebab aku tak tau bila orang akan tikam aku...

Depan semua pun baik... Sebab tu lah aku lagi suka berkawan dengan orang yang straight forward... Tak la merana jiwa ak nak tau apa sebenarnya dalam kepala diorang...

Walaupun ramai kata orang yang cakap terus ni mulut jahat... Tapi pada aku yang pting hati... Kalau mulut baik cakap sopan tapi hati black...

Lagi susah kot... Pape pun aku harap aku takkan jadi macam diorang... In Shaa Allah..


**Ingatan untuk diri : Akan sentiasa berubah kearah kebaikan**

1 comment:

  1. aku yg macamana erk? tp kalau mulut yg jenis takda insuran nie pon buat sakit hati jerk. cakp tak reti nk tapis..

    ReplyDelete