Followers!

Wednesday, February 20, 2013

Tertusuk....

Orang yang kita percaya pabila tiba-tiba dia berpaling dan membelakangkan kita pastinya kita akan terguris.

Tapi lebih pedih dan menusuk bila dia berlalu meninggalkan kita.  Umpama di khianati.

Sesungguhnya itulah yang ak rasa beberapa hari ini.
Rupanya kasih sayang tak cukup sehingga dia sanggup memalingkan muka.
Apa yang penting pada dia ak pun tak tahu, kadang-kadang kita pula rasa bersalah walaupun bukan salah kita.

Dia sering menunding jari dan menyalahkan orang lain sebab nak menutup kesalahan sendiri. Apa yang ada dalam otak dia? Apa yang dia fikirkan sampai jadi begini? Apa dia tak deria ke untuk melihat, mendengar dan merasai kasih sayang.

Lebih dahsyat bila Wang jadi Ukuran... Aku terpana seketika. Adakah wang menjamin masa depan? Adakah wang boleh membeli kasih sayang?

Pelik kan... Aku selalu fikir apa yang mereka fikir dan bagaimana caranya mereka berfikir.

Tapi BUNTU! Aku tak menemui jawapan bagi persoalan yang bermain di benak ku.

Satu perkara yang aku mampu lakukan berdoa dan menerima apa yang laku ini dengan redha.

2 comments: