Followers!

Wednesday, October 21, 2009

MENGAPA VALENTINE DI HARAMKAN?

Perayaan dalam islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatinya oleh nabi. Dalam sebuah hadis, baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (Al-Bukhari 952, Muslim 189200). Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin atau penyembah berhala.

Sesiapa meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat Al-Quran dan hadis melarang amalan meniru seperti sabdanya: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu.

Percintaan yang dimaksudkan pada hari kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah berjalan di bawah payung iman dan takwa.

No comments:

Post a Comment