Assalammualaikum..
Hari ni nak kongsi resepi pencuci mulut yang berasal dari india. Mak aku selalu buat dari kecik so sesekali nak la makan kan.
Hari tu dan alang-alang ada orang nak datang aku buat search balik resepi ni. Tapi dia ada dua 1 yang ada roti 1 lagi susu. Yang aku buat ni based on milk.
Rasa Gulab Jamun ni memang nice tapi tak boleh makan banyak sangat. Muak sikit sebab sangat manis.
Gambar dari internet, yang sendiri punya memang tak sempat nak snap.. Banyak keja tau2 habis sudah... Resepi adalah seperti dibawah :-
Bahan-bahan :-
1 cawan Susu Tepung
1/3 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu Baking Soda
1/3 cawan Buttermilk*
2 sudu Minyak
Bahan-bahan untuk air gula :
1 cawan Gula
3/4 cawan Air
Bahan-bahan Buttermilk :
1/4 cawan Susu Full Cream
1 sudu Cuka
Cara penyediaan :
1. Untuk buttermilk, campurkan susu full cream dan cuka. Biarkan sebentar.
2. Untuk air gula, masakan gula dan air sehingga pekat. Padam kan api dan biarkan ia sejuk.
3. Ayakan susu tepung, tepung gandum dan baking soda. Letakan ke tepi.
4. Campurkan buttermilk dan minyak.
5. Campurkan adunan no 3 dan no 4 sehingga doh sebati dan lembut.
6. Campurkan sedikit susu jika doh tidak bersatu.
7. Jangan adun doh terlalu lama kerana doh tidak akan dapat meresap air gula.
8. Letakan sedikit minyak di tangan dan bentukan doh bulat2 dan kecil.
9. Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry) sehingga warna kekuningan.
10. Setelah itu campurkan dengan air gula yang disediakan tadi.
Siap sudah. Maaf la kalau ada yang sukar nak faham step tu. Boleh je tanya melalui komen dibawah.
Jangan lupa cuba la buat. Sampai kita berjumpa lagi. :-)
No comments:
Post a Comment