Tuesday, July 30, 2019

Jom Buat Pokok Viral...~~~


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak share la sikit cara-cara nak buat pokok viral ni.

Kalau beli nak ratus juga la harga kan..

Jadinya buat sendiri je.. Barang pun senang nak dapat..

Tapi kalau korang nak belajar dengan lebih mudah klik je link ni


Memang mudah dan cepat… Terima kasih kepada yang sudi berkongsi ilmu

Mak ak memang obsess dengan pokok ni.. 

Itu yang ak layan kan jugak.. 

Memang puas la bila dah siap tu..

Kat atas tu gamba ak buat selepas siap.. settle.. adik2 ak igt ak beli… mmg idok la…


Ok nanti kalau dah ad yang buat n siap share2 la kat sini.. tata.


Saturday, July 27, 2019

Bidadari - Ismail Izzani (Lirik)



Bukan nak kurang ajar
Tapi ku tak sengaja
Kau pun tahu
Darah mu dah tersebar
Ku mau semuanya
Tuk hiraukan mu

Tak pernah pula aku fikirkanmu
Walaupun kau selalu fikirkanku
Asyik membuatmu derita
Nak pendekkan cerita
Ku tahu ku bersalah
Selalu sibuk melayan
Hatiku.

Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Dan tiada mati
Kasih kau dihati
Dan sepanjang hidupku

Kau terimaku seadanya
Biarpun kau sering ku luka
Bidadariku.
Bidadariku.

Berikan ku peluang
Silapku takkan ulang
Itu janjiku
I'll be your number one
And the light of the sun
Yang kau harapkan

Seharusnya selalu fikirkanmu
Kerena kau selalu fikirkanku
Takkan membuatmu derita
Nak pendekkan cerita
Ku tahu ku bersalah
Kan ku jaga tiap sudut hatimu

Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Kan tiada mati
Kasih kau dihati
Dan sepanjang hidupku
Kau terimaku seadanya
Biarpun kau sering ku luka
Bidadariku.
Bidadariku.

Harap kau maafkanku
Kau hidup dan matiku
Percayalah ku akan berada
Sentiasa hanya disisimu
Kau yang satu
Bidadariku...

Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Dan tiada mati
Kasih kau dihati
Dan sepanjang hidupku
Kau terimaku seadanya
Biarpun kau sering ku luka
Bidadariku.
Bidadariku.

#i'mdonotownthepictureandsong
#justformymom

Friday, July 19, 2019

Resepi Gulab Jamun (Indian Dessert)

Assalammualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi pencuci mulut yang berasal dari india. Mak aku selalu buat dari kecik so sesekali nak la makan kan.

Hari tu dan alang-alang ada orang nak datang aku buat search balik resepi ni. Tapi dia ada dua 1 yang ada roti 1 lagi susu. Yang aku buat ni based on milk.

Rasa Gulab  Jamun ni memang nice tapi tak boleh makan banyak sangat. Muak sikit sebab sangat manis.


Gambar dari internet, yang sendiri punya memang tak sempat nak snap.. Banyak keja tau2 habis sudah... Resepi adalah seperti dibawah :-

Bahan-bahan :-

1 cawan              Susu Tepung
1/3 cawan           Tepung Gandum
1/2 sudu              Baking Soda
1/3 cawan           Buttermilk*
2 sudu                 Minyak


Bahan-bahan untuk air gula :

1 cawan              Gula
3/4 cawan           Air

Bahan-bahan Buttermilk :

1/4 cawan          Susu Full Cream
1 sudu                Cuka


Cara penyediaan :

1. Untuk buttermilk, campurkan susu full cream dan cuka. Biarkan sebentar.
2. Untuk air gula, masakan gula dan air sehingga pekat. Padam kan api dan biarkan ia sejuk.
3. Ayakan susu tepung, tepung gandum dan baking soda. Letakan ke tepi.
4. Campurkan buttermilk dan minyak.
5. Campurkan adunan no 3 dan no 4 sehingga doh sebati dan lembut.
6. Campurkan sedikit susu jika doh tidak bersatu.
7. Jangan adun doh terlalu lama kerana doh tidak akan dapat meresap air gula.
8. Letakan sedikit minyak di tangan dan bentukan doh bulat2 dan kecil.
9. Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry) sehingga warna kekuningan.
10. Setelah itu campurkan dengan air gula yang disediakan tadi.

Siap sudah. Maaf la kalau ada yang sukar nak faham step tu. Boleh je tanya melalui komen dibawah.

Jangan lupa cuba la buat. Sampai kita berjumpa lagi. :-)



Tuesday, July 9, 2019

Aku, kereta dan petronas...

Alkisahnya bulan lepas ak ad kursus..

Otw masa nak balik minyak kereta ada 2 bar.. macam tak lepas...

Jadi singgah la Petronas isi minyak....

Sampai petronas macam biasa amik wallet pastu lock pintu and bayar di kaunter petronas.

Keluar je dari petronas... tekan alarm pintu tak boleh nak unlock...

Masa tu dh terkejut kejap.. Tapi tak pe relaks..

Isi minyak dulu.. Nasib la tangki dah buka kalau tak lagi la naya...

Masa isi minyak tu masih lagi mencuba untuk bukak pintu kereta... dan tak boleh..

Orang yang lalu pun dah mula pandang pelik.. Ada 1 brader ni nak tolong...

Ak tak kisah ak lagi suka kalau ada nak tolong...

Tapi kereta ni mmg lock and unlock guna remote.. Tak sama macam kereta lain...

Lock yang kat pintu tu tak leh digunakan.. Mmg 100% bergantung kat remote..

Tapi aku bagi jela try takkan nak tolak terus org niat dah baik..

Tapi memang baik la org malaysia ni kalau nampak org dalam susah tak la di abaikan je..

Ok berbalik kisah ak... Lebih tragis bila telefon dalam kereta... hmmm... mati akal kejap..

Ok masuk balik petronas dan cakap kat budak tu nak pinjam telefon sebab kereta xblh buka.

Alhamdulillah dipermudahkan budak petronas tu pun ok je. Dipermudahkan ingat no hp adik.

Dah call adik dia call bengkel suh dtg...

Sejam la juga tunggu dalam petronas tu... At last bila mekanik sampai memang alarm kat kereta yang problem. So endingnya cabut je alarm tu.

Pastu aku pun meneruskan perjalanan balik ke rumah letak kereta sebab keta xleh lock kang bw opis tak da jaminan keselamatan...

G balik opis adik anto.. Macam tu la kisah ak... Tapi ni kisah bulan lepas kot nk update xnyempat..

ok la nak jalan dulu.. Ada kesempatan nanti update cerita lagi.. assalammualaikum..