Followers!

Friday, December 5, 2014

Kerja Baru - Mood Baru

Aku kini telah bertukar kerja dan dah hampir dua bulan aku berada ditempat kerja baru.

Suasana baru dan semuanya baru untuk aku.

Tapi suasana agak tidak membebankan dan bos pun jenis yang agak memahami tidak terlalu pushy...

Bukan nak cakap tempat keja lama teruk tapi semua tempat kerja ada keburukan dan kebaikan tersendiri.

Macam yang lama nya aku memang dah tak gentar dengan bos sebab dah malas nak melayan kerenah mereka.

Jadi yang ini nampak bosnya ok dan aku rasa aku memang akan kekal menghormati mereka selagi mereka menghormati aku.

Kalau bos pun bila kita bagi pendapat kena dengar then only boleh cakap pendapat kita leh pakai ke tak..

Cuma kat tempat lama memang banyak sanagt keja... Sampai kan balik pun terfikir-fikir keja yang tinggal..

Macam yang ni keja memang banyak tapi balik rumah tak yah pikir apa.. Sebab keja dia just abis kat tempat keja..

Jadinya memang ok sangatlah tempat baru ni.  Dan aku teramatlah bersyukur aku dapat kerja ni.  Untuk masa depan.

In Shaa Allah semoga perjalanan yang aku lalui akan dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment