Tuesday, June 28, 2011

Kehiiiddduupppan

Kehidupan umpama perjalanan yang kita tak ketahui apa menunggu di hadapan.  Tapi kita harus terus melangkah, kerana setiap langkah akan meninggalkan jejak dan kesan pada diri kita.  Setiap perhentian yang kita lalui ada peristiwa yang tersembunyi harus kita harungi.  Tapi setiap kali kita terus melangkah dan setiap perhentian yang kita tempuh kita haruslah kuat, sabar dan tabah.

Kuat dengan setiap dugaan kerana dugaan itu hadir untuk menguji kita dalam masa yang sama memperkuatkan lagi diri kita.

Sabar dengan setiap yang ditempuhi sebab kadang kala kita akan menempuhi kata-kata dan percakapan orang sekeliling yang sentiasa menguji keimanan kita.  Oleh itu, kesabaran perlu dalam diri dan menempuhi sesuatu dengan kesabaran akan membantu diri menebalkan lagi SABAR.

Tabah mengharungi dugaan, cubaan dan cabaran.  Dalam kehidupan harian juga banyak yang harus lalui dengan tabah.  Tak kira dia rumah atau tempat kerja.

~~ Sekian ~~

No comments:

Post a Comment