Followers!

Wednesday, March 3, 2010

PERKENALAN BUKAN UKURAN PERCINTAAN


Bunyi geseran kereta yang kuat menarik perhatian anak gadis yang leka membaca di bawah pohon ru. Wajahnya jelas menunjukan yang dia terkejut melihat si pemandu kereta tersebut, dengan selamba pemandu kereta tersebut keluar dan berjalan perlahan kearah gadis tersebut.

“ Jom, masih ada sesuatu yang perlu saya jelaskan.” Selepas berkata dia terus berjalan ke keretanya dan si gadis hanya menurut sahaja tanpa bantahan.

Sunyi sepanjang perjalanan, membuatkan si gadis sedikit tertekan.

“ Kemana awak nak bawa saya ni?” akhirnya si gadis bertanya apabila tiada sebarang perkataan keluar dari mulut si jejaka.

“ Ke tempat yang sunyi tanpa gangguan, kisah kita masih lagi tergantung.”

Tempat yang dituju telah pun sampai, pantai tenangnya daku melihatmu. Deruan ombak yang perlahan namun apabila menganas mampu menggugat segalanya.

“ Kenapa jauhkan diri dari saya?” Masih lagi sepi. Si jejaka menanti si gadis berkata.

“ Awak dah kahwin Amran tapi mengapa awak masih bertanyakan soalan itu seolah-olah awak dan saya masing-masing bujang.” Jawab si gadis.

“ Awak tak boleh buat saya macam ni, awak tahu saya kahwin pun sebab pilihan keluarga, saya masih perlukan sokongan awak.” Jawab Amran dengan seribu kerutan di wajah.

“ Kenapa awak jadi begini Amran? Kenapa awak tak semai kasih sayang yang awak bagi saya dulu pada isteri awak?” Jawab si gadis setenangnya.

“ Nieda dah tak sayang Amran lagi ke? Nieda tahu Amran tak boleh beri kasih sayang yang kita bina dulu pada orang lain?” Amran bermain emosi.

“ Saya tak suruh awak berikan cinta kita tapi kuburkan cinta kita dan semaikan cinta baru iaitu pada orang yang benar-benar berhak pada awak.” Nieda cuba menindas mainan emosi yang di bawa oleh Amran.

“ Kalau saya ceraikan isteri saya boleh Nieda terima saya balik?” Soalan Amran memeranjatkan Nieda.

“ Jangan la buat kerja gila Amran walau apa pun yang awak buat pada isteri awak, saya tetap tak mampu menerima awak. Kenapa awak tak tolak permintaan ibubapa awak bila diajukan hal perkahwinan awak dengan Nilam? Awak tak sampai hati nak tolak tapi jika awak menceraikan isteri awak sekarang tidakkah iainya sama sepeti awak menolak permintaan ibubapa awak, jangan berlaku kejam pada isteri yang setia menanti awak Amran.” Hujah Nieda panjang lebar. Amran hanya mampu mendiamkan diri, dia sedar kesalahanya apabila menerima permintaan ibubapanya tanpa berterus-terang tentang hatinya dimiliki oleh seseorang.

“ Dah la sekarang Nieda nak Amran balik dan berubah, janji pada Nieda?” Nieda cuba menjernihkan keadaan yang kusut sedari tadi.

“ Nieda macam mana?” Soal Amran merasa bersalah kerana dia cinta yang terjalin antara dia dan Nieda terlerai begitu mudah. Cinta yang disemai sejak berada di tingkatan empat.

“ Nieda ok, cuma Nieda tak ada kat sini mulai esok. Nieda cuma mampu mengharapkan agar Amran berjaya menjadi suami yang baik dan bahagia dengan isteri tersayang.” Itulah kata-kata terakhir dari Nieda buat Amran. Dan kini dia perlu memikirkan rancangan esok.

************************************************************

“ Assallammualaikum..” Jerit Nieda memberi salam kepada kawannya. ‘Dia ni takkan tak bangun lagi, dah nak pukul sepuluh ni. ‘ Nieda mula bermonolog di dalam hati. Pada masa itu jugalah terjengul muka seorang gadis yang masih memakai baju tidur.

“ La kau rupanya Nieda. Kata nak datang esok asal pepagi lagi kau dah terjengul depan rumah aku ni?” Soal gadis tersebut yang masih mamai-mamai lagi.

“ Wei Mira ari ni ari sabtu la bukan hari jumaat tau tak, nampak benar kau nak menghalau aku. Kecik ati seh…” Kata Nieda dengan nada bergurau.

“ Eh sori masuk ar… Tapi aku nak minta maaf sebab abang aku tinggal kat sini sekali tapi jangan risau tak lama. Kau dah bagi penjelasan kat Amran?” Kata Mira sambil tersengih.

“ Dah aku rasa dia dah terima kot apa yang aku cakap.”

“ Kau macam mana, ok?” tanya Mira lagi.

“ For this time I’m ok. Luka dah lama terubat.” Kata Nieda dan fikirannya mula terkenangkan seseorang.

Malam ini merupakan salah satu malam paling boring yang aku lalui Mira keluar dengan Fazrul tapi nasib baik abang dia tak da kalau tak mampus aku kena tangkap khalwat.

Tengah seronok Nieda menonton tv terdengar pintu dibuka, Nieda menoleh dia terkejut seketika melihat lembaga dipintu turut memandang sepi kearahnya.

“ Awak ni sapa?” serentak pertanyaan tersebut keluar dari mulut mereka. Nieda segera bangun dan beralih kebelakang, bimbang jika sesuatu berlaku. Dalam saat genting tersebut Mira sampai.

“ Abang dah balik, kenapa tercegat je depan pintu ni? Oooo sori bang lupa nak bagitau, ni kawan Mira, nama dia Nurul Iznieda . Dia akan duduk dengan Mira buat sementara waktu ni.” Lalu Mira berjalan kearah Nieda pula.

“ Nieda meet my brother Zahif?” Mereka bersalaman dan Zahif merasa getar tangan Nieda. Saat itu juga jantung Zahif berdegup laju.

“ Abang naik dulu.” Ucap Zahif dengan senyuman mengakhiri pertemuan mereka.

********************************************************

‘Perasaan apakah yang berada diwaku ini. Kenapa dia hadir sekali lagi dan kenapa aku tak tahu yang dia tu abang Mira.’ Nieda bermonolog dengan dirinya. Saat itu otak Nieda berputar ligat memikirkan jawapan bagi persoalan tersebut. Deringan telefon menyebabkan segala yang berada diotaknya hilang seketika.

“ Helo asslamualaikum. “

“ Waalaikumusalam. Iz apa kabar? “ Nieda mula mencongak di dalam hati, siapa pulak ni.

“ Saya sihat. Boleh saya tau siapa yang bercakap? “ Tanya Nieda masih ragu-ragu dengan pemilik suara itu.

“ Aik cepatnya lupa kat saya? “ Jawab si pemaggil.

“ Zahif… “ satu perkataan yang keluar dari mulut nieda dan itulah identity si pemanggil.

“ Ingat lagi rupanya. Boleh Zahif jumpa Iz petang ni? “ pertanyaan Zahif itu membuatkan Nieda berbelah bagi, kini kata-kata Zahif suatu masa dahulu mula terngiang-ngiang di telinga Nieda.

‘ Kalau jodoh antara kita telah di tentukan walau saya kat kutub utara awak kat kutub selatan kita tetap akan bertemu.’ Itulah ayat yang sehingga kini tidak mampu dilupakan.


Petang yang sungguh indah kini lebih bermakna dengan suasana di dalam rumah Iznieda. Dia kini telah sah menjadi isteri kepada insan yang bernama Zahif.

Semua seakan sukar untuk dipercaya tetapi hati Nieda benar-benar rasa bahagia. Pertemuan mereka secara tiba-tiba, perkenalan mereka sebentar sahaja namun jodoh mereka hanya Allah s.w.t. yang menentukan.

‘Insyaallah semuanya akan berkekalan.’ Detik hati Nieda.

No comments:

Post a Comment