Wednesday, September 30, 2009

Soalan Yang Ditanya Oleh Imam Ghazali Terhadap Anak Muridnya

Imam Ghazali bertanya beberapa soalan kepada anak muridnya. Salah satu daripada soalan Imam Ghazali adalah ” Apakah paling dekat dengan kita di dunia ini ? ” Murid – muridnya menjawab ibubapa kita, guru, kawan dan sahabat. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ” MATI ”. Sebab itu sememangnya janji Allah S.W.T. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ayat 185 Ali Imran. Kita tidak boleh menolak kematian walau kemana jua kita lari.

Soalan kedua Imam Ghazali yang ditanya pada anak muridnya. ” Apa paling besar di dunia ini ? ” Murid – muridnya menjawab, gunung, matahari, lautan. Semua jawapan itu benar kata Iman Ghazali. Tapi yang paling besar ada di dunia ini adalah ” NAFSU” ( Al A’Raf 179 ). Maka kita harus berhati – hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Jangan nafsu membinasakan diri kita. Nafsu kalau tidak dapat dikawal memang buruk.

Soalan seterusnya yang Imam Ghazali yang ditanya pada anak muridnya ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini ? ” murid – murinya menjawab bulan, matahari, bintang. Maka Imam Gahzali menjelaskan bahawa apa yang mereka katakan itu benar. Tapi yang paling benar adalah ” MASA LALU ”. Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Sebab itulah walaupun kita rindukan masa lalu kita, ianya tidak akan kembali semula. Sebab itu lah setiap masa kita harus lakukan yang terbaik untuk hari ini kerana ianya akan menjadi masa lalu. Masa yang suatu hari nanti kita akan kenang pahit dan manisnya.

No comments:

Post a Comment