Apakah pakej komunikasi belia???
Pakej Komunikasi Belia adalah
salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan
Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat
terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan
yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi
terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Syarat-syarat untuk memohon pakej ini adalah :-
1. Pemohon berumur di
antara 21-30 tahun
2. Pendapatan kasar
RM3000.00 dan kebawah.
3. Sekiranya belum
melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan,
dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia
perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
Cara-cara untuk memohon :-
Korang bolehlah melayari
website https://komunikasibelia.skmm.gov.my/.
Dan mula mendaftar.
Penyedia perkhidmatan yang
terlibat adalah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn
Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
Wakil sedia ada untuk memudahkan
korang adalah Sen-Q & Sen Heng yang menawarkan U-Mobile.
Tuntutan rebat ini haruslah
dibuat dalam masa sebulan dari tarikh pra-pendaftaran. Ianya akan terbatal jika
tiada tuntutan dibuat. Dan korang boleh mendaftar kembali selepas sebulan.
Dokumen yang perlu dibawa
semasa tuntutan adalah I/c, kad polis,kad tentera dan kad pelajar.
Antara telefon pintar yang ditawarkan :-
No comments:
Post a Comment