Thursday, December 13, 2012

Kau boleh, Ak tak boleh~~

Pernah tak korang jumpe orang yang nampak salah orang jek. Tapi salah sendiri tak nampak..

Pe perasaaan korang kalau jumpa orang macam ni??????

Ak bengang tapi tak la sampai tahap cipan cume pelik dengan pemikiran macam ni.

Mungkin mereka selalu fikir positif pasal diri kita tapi bila kat orang lain nampak negatif je.

Sedangkan bila dah tegur kita nanti dia buat benda 2.

Memang pelik.  Nak tegur kang tak nak la dia kecik ati.

Tahan JeLa.... Susah betoi!

Sunday, December 9, 2012

Ujan lebat2....


Cheese kek

Hari ni duduk rumah mcm2 perancangan makan dalam kepala nih. Nak buat yong taufu, cendawan goreng & cheese kek. Sebenarnya cheese kek ni di lua jangkaan. Idea yg dtg tiba2 itu pun dr adik ku yg rajin buat kek.

Tada... Mmg sodap.


Friday, December 7, 2012

Breakfast....



Beberapa minggu lepas McD bagi breakfast free.

Minggu nih KFC pulok bagi 50% untuk breakfast.


Susah nak tengok bebenda gini.

Thursday, December 6, 2012

This is life...


When you woke up every morning ;

=> First thing (today's work!)



    => Slowly from bed go to bathroom (sometimes feel like want to crawl only)

=> No appetite for breakfast when remember a lot of work awaiting.

    => Arrived at office & doing our job.

=> Awaiting till lunch time. (Really hungry)



    => After take lunch......~~~~~~

=> when 5.30pm. keep looking at the clock. tik tok tik tok



   => wahhh... time's up!. going back with smile.

=> at home talking with family like forget about tomorrow.

==>> then start back @1 <===

~~End~~


Note : When you meet Friday you will happy like there's no monday.
          But if you think Monday you will surrounded by black aura everyday... :-D

Wednesday, December 5, 2012

How Was Today....


Hari ni ak betul-betul tak da mood.  Malas nak bercakap atau mendengar kata-kata.  Memang sampai pandang muka orang pun menyampah ler....

p/s : bila la nak balik ni.

Tuesday, December 4, 2012

Bz... Bz... Bz.... Ari isnin....


Hari ini merupakan antara hari tersibuk yang aku tempuhi sepanjang kerja disini... Bermula jam 7.20am aku rileks-rileks masuk ke opis.  Buka lampu, on komputer. Dalam jam 7.35 masuk warehouse nak buat packing. Tapi separuh dari packing ada orang dah buatkan jadi ini memudahkan kerja ak.

Next 8.00am. Masuk opis dan memulakan kerja-kerja dokumen. Kerja dokumen ni la yang boleh menyebabkan aku putus jari-jari. Nak kena wat semua cepat-cepat sebab driver nak kena keluar awal. Nasib baik la hari ni tak ada shipment ke johor... Singapore jek dah buat kelam kabut hidupku.

Ingat dah boleh tarik nafas lega. Tidak lagi rupanya. Aku masih dihujani dokumen-dokumen untuk shipment petang ni dan juga esok.


Selepas tengahari iaitu waktu lunch ak baru la dapat menarik separuh nafas.  Lepas lunch buat packing untuk barang keluar esok.  Aku buat barang yang senang jerk. Sikit 1 pallet.

Jam 3.30pm. Segalanya berakhir. Baru LEGA! Dan cuma menunggu waktu pulang....




Monday, December 3, 2012

On saturday....


Semalam aktiviti aku jadi driver utk bw org pergi karaoke. Sepupu aku masuk pertandingan sempena aktiviti belia dan sukan kat kawan aku. Untuk kali pertamanya aku pergi ke pertandingan macam ini. Mungkin sebab aku tidak berminat jadi ak memang jarang pergi ke tempat macam ni.

Kalau ikut dalam borang, pendaftaran peserta jam 8.00. Aku bangun jam 6.15am. Aku pergi beli sarapan sekali. Jam 7am aku pergi jemput sepupu aku, rumah dia dalam 20 minit perjalanan.

Kiranya sampai kat tapak karnival jam 8. Cari la kaunter pendaftaran. Patut ke ranya pendaftaran buka dalam jam 10am. Disebabkan daftar lambat kami pun balik dulu. Lapar tahap keterlaluan jadi balik rumah sarap dulu.  :-)

Jam 10 sekali lagi kitaorang pergi la daftar. Then start time will be around 12. Tunggu jela. Aku siap tido lagi memandangkan mata hampir tertutup.

Bermulala la jam 12. Peserta pertama tak ada. So proceed to second consestant. Sepupu aku no 4. Masa peserta kedua nyanyi kepala aku dah mula sakit. Mungkin ak tak biasa dengan situasi macam ni bising dan bingit.

Selesai sepupu aku nyanyi aku ajak dia balik dulu. Tak tahan skit kepala. Petang tu dapat call yang dia msk final top ten.

Malam jam 8.30 start final. Tapi kali ni aku tak hantar ak suruh adik aku.. Sebab kepala sakitnya tak elok ag. Dijadikan kesah dia tak menang just dpt no 6. Tapi dia happy sebab dia buat pun for fun.

Malam tu kul 10 ak dah melelapkan mata.

~~ the end ~~

Moral of story : Jauhkan diri dari karnival yang melibatkan nyanyian. ;-);-)

Wednesday, November 28, 2012

Susah kalau orang yg rasa dirinya PANDAI!

kITA hIDUP nI kENA lA rAJIN bERKOMUNIKASi... pAYAH lER kALO oRANG iNGAT kEPANDAiAN dIA mELBIHi oRANG lAIN.  sEMUA dIA yANG bETOL... sAMPAI aKU yANG tAK bERSALAH pON hARUS nAMPAK bSALAh.... sAKIT kEPALA lER...

lAIN kALI kALAU nAK oRANG wAT pAPER bAGITAU fULL dETAIL... mACAM mANA fORMULa yANG kO WaT bAGI mEMUDAHKAN oRANG yANG aKAN kEY iN dALAM wORKSHEET tUH... nI bILA tAK eXPLAIN nAK sALAHKAN aKU gAK kE.... tAK bISA kAN... kALAU dISALAHKAN aKU mMG lA aKU aKAN dIAM sEBAB mALAS nAK dENGAR oRANG bEBEL pANJANG2...

aKHIRNYA mEMANG aKU tAK dIMARAHI mUNGKIN kERANA sEDAR bAHAWA bUKAN sALAH aKU dALAM hAL nI. ~~

mORAL oF sTORY : kALO jUMPE oRANG mCAM nI yANG bOLEH mYEBABKAN mISS cOMMUNICATION aDALAH lEBIH bAIK kALO kITA tANYA dETAIL...

Monday, November 26, 2012

Aku mahu dia....


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Wednesday, November 21, 2012

Apa makna kawan?


Kawan hadir bukan untuk melukakan tapi menyembuhkan luka. 

Kawan bukan hanya ada semasa senang tetapi saat susah juga.

Kawan bukan seorang yang akan menikam kita dari belakang sebaliknya memberitahu kebenaran dengan berdepan.

Kawan orang yang akan mengembirakan hati kita saat lara.

Kawan juga sebahagian dari hidup kita seperti keluarga mereka adalah antara insan yang paling rapat.

Kawan menjadi sebati dengan jiwa tanpa kita sedari..

Dalam dunia mungkin ada orang yang tidak mempunyai kawan. Tapi orang itu adalah diantara orang yang terrugi. Kerana mereka tidak pernah cuba mendalami makna KAWAN. Aku tidak terkecuali. Kawan adalah antara insan yang penting tanpa ak sedari. Kerana mereka adalah orang yang memahami ak. Mengenali ak. Tahu sikap ak.
Jadi ak akan sentiasa cuba menghargai mereka!


Thursday, November 15, 2012

Awal Muharram


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa akhir tahun:  



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun.”

Doa awal tahun:     



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Sumber : mfadhlan

Thursday, November 8, 2012

Skip lunch.

Waktu lunch ak jam 1.00pm sampai 1.30pm.
    
Disebabkan ada keja nak ak selesaikan maka ak pun siapkan.  Sedar-sedar dah jam 1.40pm.  Huhuhuhuhu... Masa tu ok lagi perut masih tak lapar.
Sehinggalah jam 3.30pm.  Perut dah sakit, 
kepala dah pening dan tanda-tanda gastrik dah mari.
Masa tu pula supervisor ak ada.  Cam mana nak buat ni.  Fikir... fikir... dan fikir...
Ting.. idea!!! (xla idea sgt =) )
Terus je ak cakap dengan supervisor ak.  Ak lapar nak g makan kejap boleh tak... Dan jawapannya...

Tanpa menoleh kearah ku dia cakap pegi la. Dengan kepantasan tahap maksima aku melangkah laju amek bekal ak dan pegi makan dengan amannya.  Perghh sib baik dapat supervisor macam ni.  Baik sangat nasib. :-D


Kesimpulan : Dah kenyang & sib baik bawa lunch....
Moral of story : Don't skip lunch!

Wednesday, November 7, 2012

Jagalah Pertuturan!

Setiap hari bila kita bertembung dengan orang yang dikenali @ tidak dikenali akan ada satu perbualan secara langsung atau tidak langsung.  Dan setiap pertuturan yang kita ucapkan kadang-kala dengan sengaja @ tidak sengaja menguris hati seseorang.

Memang sedia maklum (termasuk diri ini) pertuturan kena jaga.  Nak cakap apa-apa pun bergantung pada situasi, kalau silap cakap habis la hubungan yang terbina.  Dapat lagi bila nak minta tolong orang, patut ke nak minta tolong orang tapi nak marah-marah.

Sungguh tidak patut.  Mood aku boleh hancus kalau jumpa orang macam ni.  Pada aku yang penting pertuturan yang SOPAN supaya lembut sikit hati orang mendengarnya. ^_^

Friday, October 26, 2012

Sudah 1 Minggu....

Masa terus berlalu tanpa aku sedari... Detik jam semakin pantas selari dengan minit-minit yang berlalu...  tanpa aku sedari sudah satu minggu aku tak tonton 'Korean Drama'. :-)

Begitu cepat masa kan... Tapi skang ni drama korea pun tak banyak yang menarik perhatian ak.. ada tak sesiapa yang buleh rekomen movie / drama...  Nak lepas gian negok online movie/drama.

Arap-arap ada la drama/movie yang best utk ditonton. :-D

Monday, October 22, 2012

Cakap belakang....

Siapa yang tak pernah cakap belakang dan siapa tak pernah dikata dibelakangnya... hmm semua akan lalui semua ini...  kenapa tak pernah cuba cari penyelesaian untuk masalah FACE TO FACE ni...

Kebanyakan yang ak kenal (termasuk ak la) akan cerita pada orang lain.. Kalau tak suka si A akan cerita pada si B.  Sebabnya mungkin si A ni anak seseorang yang tak boleh nak usik... Karang punah pulak masa depan hanya kerana berterus terang..  Dan mungkin si A ni jenis kalau cakap straight pon buat sakit hati jek..

Jenis yang tak paham la..(tak tau la kalau buat2 tak paham)...  Apa sikap kita bila tak nak g tau terus... upadated dalam Fb status untung-untung dia baca dan faham... GTH memang la dia paham tapi dia buat dont no jerk...  sebenarnya orang macam si A ni kadang-kadang rasa diri dah cukup sempurna sebab itulah diaorg tak layan pendapat orang lain..

Lagipun orang macam si A ni dia tak akan memahami situasi orang melainkan dia kena sendiri..  Bila dia kena situasi macam kita baru lah tau nak merungut... huhuhu (jadi kenalah memahami orang kalau nak orang memahami kita)...


Note : Nasihat daripada aku yang juga ada kekhilafan. :-D