Tuesday, December 4, 2012

Bz... Bz... Bz.... Ari isnin....


Hari ini merupakan antara hari tersibuk yang aku tempuhi sepanjang kerja disini... Bermula jam 7.20am aku rileks-rileks masuk ke opis.  Buka lampu, on komputer. Dalam jam 7.35 masuk warehouse nak buat packing. Tapi separuh dari packing ada orang dah buatkan jadi ini memudahkan kerja ak.

Next 8.00am. Masuk opis dan memulakan kerja-kerja dokumen. Kerja dokumen ni la yang boleh menyebabkan aku putus jari-jari. Nak kena wat semua cepat-cepat sebab driver nak kena keluar awal. Nasib baik la hari ni tak ada shipment ke johor... Singapore jek dah buat kelam kabut hidupku.

Ingat dah boleh tarik nafas lega. Tidak lagi rupanya. Aku masih dihujani dokumen-dokumen untuk shipment petang ni dan juga esok.


Selepas tengahari iaitu waktu lunch ak baru la dapat menarik separuh nafas.  Lepas lunch buat packing untuk barang keluar esok.  Aku buat barang yang senang jerk. Sikit 1 pallet.

Jam 3.30pm. Segalanya berakhir. Baru LEGA! Dan cuma menunggu waktu pulang....




1 comment:

  1. mcm tue lh kerja kn ... time bz... smpai kaki pon kita nk guna kn klu boleh.

    ReplyDelete