Selamat pagi isnin... pg yg agk moody sebab cuti selama 2 ari. Pagi ni ak pegi keja jalan kaki biasanya naik motor tapi di sebabkan masalah yang tertentu jalan kaki la ak.. Huhuhu terasa seh dah lama tak jalan kaki. Ak asa cam dh lari dari tajuk plak.. ni sebenarnya nak tulis psl 'kerjasama'.
Mana-mana pun kita pergi dan apa pun yang kita buat kalau dah namanya kerja berpasukan kenalah bekerjasama. Kerja dekat pejabat pun sama kena la kerjasama kalau nak kerja cepat siap. Ini kalau seorang sahaja yang buat kerja tak payah la nak pelik kalau kerja tak dapat disiapkan dengan sempurna.
Tapi to tell the truth, kat tempat aku pun susah orang nak bekerjasama, suka merungut. Bosan pulak rasanya kerja kalau macam ini. Salah seorang yang suka merungut akulah.. hehehehe tapi aku ni rajin bekerjasama (puji diri sendiri nak tunggu orang puji memang la tak ada).
Bila kita ada masalah kita pasti perlukan kerjasama tak kisah la walaupun orang itu menyumbangkan pendapat. Dari orang yang macam kayu, pandang pun rasa macam sebal je jiwa ni. Daln Kerjasama ini jugalah tidak boleh mengungkit. Kalau tolong setakat nak mengungkit tak perlulah....
Jadi akhir kata bekerjasamalah dengan ikhlas bukan kerana nak menunjuk yang kita ni tolong orang.... Dan kalau tak ikhlas cakap sahaja ak tak nak tolong kau pergi cari orang lain.. senang lain kali confirm orang lain pun tak nak tolong kita.. Sekian. :-)
apa yang penting? kerjasama!!
ReplyDelete