Suatu malam yang sunyi dua orang kawan Amir dan Amirul sedang khusyuk study sambil memberi mesej dengan menulis di kertas. Di akhir mesej Amir telah meminta Amirul menolongnya….
‘ Mirul minta tolong boleh? ‘
Amirul pun membalas.
‘ Pe dia? ‘
Amir pun menulis dan memberinya pada Amirul.
‘ Esok kejut aku pukul 7. ‘
Amirul membalas.
‘ Ok.’
Amir pun mula melangkah ke katil selepas Amirul membalas surat tersebut. Amirul sesudah habis study pula melelapkan mata.
Keesokannya…
Amir mengesat-gesat mata melihat jam dan melihat Amirul sedang duduk di kerusi.
“ Wei asal kau tak kejutkan aku? “ Tanya Amir setelah melihat jarum jam tepat di nombor 9.
“ Dah penat aku kejutkan tapi kau buat tak tau je.” Kata Amirul mempertahankan diri.
“ Mana ada?” kata Amir.
“ Kalau tak percaya pergi kat atas meja tu.” Amir mula melangkah ke meja dan melihat
‘Wei bangun la…(3x) Ko ni degil nanti lambat aku tak tahu.’ yang cuma ditulis diatas sehelai kertas.
No comments:
Post a Comment