Wednesday, October 21, 2009

ISLAM DAN VALENTINE

ASAL-USUL VALENTINE

Sejarah asal hari ini mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 Abad yang lalu. Perayaan ini pada mulanya di perkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan.

Antara lagenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya di percayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios Datuk Bandar Rom, pernah di susuli seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tenaga dan fikiran yang luar biasa.

Orang Rom menjadikan peristiwa yang berlaku pada tarikh 14 Februari itu, sebagai sejarah bagi perayaan tahunan mereka yang diadakan secara besar-besaran. Antara upacara rasmi pada hari itu ialah menyembelih anjing dan kambing betina, kemudian darahnya di lumur pada badan dua pemuda, kemudian di basuh dengan susu, sebelum mereka di arak di tengah-tengah Rom.

Ketika perarakan berlangsung, kedua-dua pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing yang di sembelih dan masih berlumuran darah, mereka mencalitkan darah itu kepada siapa sahaja yang sempat di calit. Anak-anak gadis bangsa Rom sangat suka jika badan mereka sempat di calit darah oleh dua pemuda itu, kerana dipercayai mereka mampu mengandung dan tidak akan mandul.

No comments:

Post a Comment