Thursday, October 24, 2013

Bank Rakyat Status...


Pagi ni buka lagi FB Bank Rakyat nak tengok status terkini...

Yelah dalam poket tinggal RM10 je... Tu pun pinjam dari adik...

Ak baru dapat tau yang Transaksi ATM/CDM sudah beroperasi seperti biasa...

Tapi untuk i-Rakyat masih belum boleh digunakan...

Tapi bersyukur la sebab dah boleh keluar duit... Itu yg pting...

Pas ni g test... :-)

Wednesday, October 23, 2013

Tuesday, October 22, 2013

Sistem Bank Rakyat Down!


Perkhidmatan ATM/CDM Bank Rakyat terganggu....

Mesti pening kepala orang2 yang menyimpan duit dalam bank rakyat...

Memang pening dapat ag kalo semua kat situ mana la nk korek duit kan...

Saat2 macam ni eloknya bank rakyat sekurang2 nya bagi estimate date bila sistem akan kembali ok...

Tak perlu la comfirmkan just estimate je bila blh settle.. Ak baca banyak komen dari pelanggan BR berkenaan dengan perkara ini...

Sabarlah wahai pelanggan semua ini bukanlah kehendak kita... Ak pun salah sorang jugak...

Tak pe lah yang penting BR kenalah buat yang terbaik supaya sistem akan pulih secepat mungkin & tidak akn mgalami masalah lg... :-)

Friday, October 18, 2013

Bermata Panda!


Panda memang cute tapi orang bermata panda menakutkan... hehehe

Mata panda ni biasanya di sebabkan tak cukup tidur dan menyebabkan keliling mata bergelang hitam macam panda...

Dan macam tu lah keadaan ak bila hari pertama bekerja sebab tak cukup rehat..

Mengantuk yang tidak dapat dibendung semua benda yang ak pandang dan berdouble-double lalu menjadikannya triple... :-)

Macam mana pulak korang lalui hari andai anda Bermata Panda....

Friday, October 11, 2013

Jumaat yang cuti tapi...~~


Kepada semua yang berkerja di Melaka... Selamat bercuti...

Sempena TYT melaka so semua cuti...

Tapi ak keja sebab kilang ak letak cuti TYT ni ari isnin...

Memandangkan raya haji hari selasa so seronoknya masuk ari rabu..

:-D... Memang happy je ni tak sabar2 nak cuti.. Ingat nak amek cuti rabu skali...

Tapi supervisor plak dh amek... Melepas tak submit cuti awal2... Rugi2...

Tak pe lah cik bg peluang kat dia untuk cuti lama sikit...

En Supervisor pun nk kena balik perak ngan wife dia... So xpelah perak kan bukan dekat...

Ok la gamba kat atas tu untuk semua yang feel bercuti...

Thursday, October 10, 2013

Untuk Sekelian Pemandu.....~~

Mesej khas untuk pemandu2 kenderaan..

Apa yang biasa digunakan semasa memandu :-

  • Brek
  • Pedal Minyak
  • Gear
  • Lampu
  • Aircond

 Apa yang jarang2/kadang2/xda langsung guna walaupun perlu digunakan semasa memandu ?

  • Signal lampu kiri/kanan
  • Hon
  • Cermin kiri/kanan
  • Cermin pandang belakang

Punca berlakunya kemalangan apabila pemandu menekan pedal minyak dan ingin memasuk laluan kiri tanpa menggunakan signal lampu kiri dan lebih dahsyat lagi tidak memandang cermin pandang belakang atau cermin kiri.

Bila berlakunya kemalangan mereka akan menyalahkan kenderaan yang berada dikiri sedangkan kenderaan tersebut tidak bergerak dari kedudukannya.

Kalau harap2 la xjumpa orang macam ni... Buat sakit kepala je...




Kenderaan kalau mahal je xda maknanya kalau bawa macam Lesen L je...

Sudahnya nanti orang lain yang seksa.. Kita kena juga fikir orang lain yang berada atas jalan raya. Kalau hanya kita je accidnt dan xmelibatkan nyawa orang xpe.

Nyawa ni bukan boleh bila dan boleh dapat bila minta...

Jadi untuk semua yang memandu termasuklah ak sila berhati2 smasa memandu. Gunalah setiap benda yang ad dlm kenderaan anda kerana benda yang diletakkan bukan sekadar hiasan.

Belajar Mencintai Sayur...

Aku kini dalam proses mencintai sayur... Bukan mudah ye bila anta pencinta daging ingin beralih arah menjadi pencinta sayur... Tapi xpe untuk kesihatan ak ak RELA!


Ni lah makanan ak malam tadi... Xda garam hehehe cuma masa masak guna mentega sbb tu xletak gram.. <No Rice>...

Sekali pandang macam susah je nak makan...


Tapi bila dah makan adik ak pun join jugak la... Yang poyonya tentang makanan ak ni ak letak aym sikit... hehehe... xleh la plak makan buta2 sayur jek... Tapi yang penting habis... Clean n Clear pinggan ak...

Hmmm Sedapppp... :-)

Monday, October 7, 2013

Mood ↥↧

Hari ni mood memang tunggang terbalik sangat...

Awal pagi bangun dah ad feel tak pegi kerja..

Bila disuarakan pada ibu ku... Ayat yang kuterima 'Berhenti je keja.' Semudah 123 ibu ak mengeluarkan ak tu... Huhuhu

Sampai tempat keja memang xda mood giler...

Tapi keja tetap kena buat la.. Siap la jugak report2 yang tak sepatutnya tertangguh...

Ermmm... Tapi bulan lepas ada HOD baru masuk tapi dia incharge dept lain la...

Cuma bos ak ad minta tolong buatkan dia satu benda... Dan just for once...

Tapi dia kejap2 datang minta tukar tu la tuka ni la...

Ak ni pun ad gak report nak kena siapkan takkan lah dia tak tau ...

Kebetulan ak tak suka dengan sikap dia...

Sombong semacam je... Tu apa yang ak rasa la.. Bila nampak orang yang berpangkat mcm bos ak baru kenal erti senyum...

Kalau ak nak panggil pun... Macam xda nama la ak ni dibuatnya...

So tempias pagi tadi kena kat dia...

Ak kena buat penyata bulanan sblm 10 nak kena submit... hmmm ari ni 7 kan.. biasanya 4/5 ak dah siap..

Pagi yang indah dia datang nak tukar format... Dan ak tanpa memandang muka dia cuma ckp 'Awak ad hard copy kan, just tulis je nak tukar ap nanti bg saya.'

Tu je yang ak cakap... Masa memang bengang dapat lagi bila fikir dia tu cuma senyum dengan ak bila ad lain2 HOD sebelah dia...

Tak kisahlah walaupun dia cakap ak kurang ajar... Sebab tu memang perangai ak... Ak bukan benci semua orang cuma ak akn benci kalau orang yg suka membezakna taraf..

Tapi ak rasa memang ak kerek gila masa tu. Ni lagi satu dept nak kena ambush ngan ak...

Acc dept... kenapalah suka susahkan orang untuk memudahkan kerja kamu... Dah la mulut tak da insurans... Jangan salahkan ak bila mulut ak pulak insuran terbatal... Memang kena tahan la kamu ye... Dengan mood yang up down ni yang salah sikit je mudah terguris hati ni...



p/s: Hmm hari ni sesi luahan perasaan btol ak... Klau ad yg rasa ak keterlaluan dengan HOD korang leh la komen tapi jgn lupa letakkan diri korang pada situasi ak... hehehe :-) peace...

Thursday, October 3, 2013

Always Need Sticky Notes!

Sticky Notes... Sapa tak tau benda nih..<Kalau tau pun korang buat la mcm xtau ok> Ak explainkan kat korang. Sticky Notes ni kertas berpelekat yang digunakan sebagai reminder sebab kita boleh tampal kat tempat yang mudah dilihat dan secara tidak langsung mengigatkan kita tentang perkara yang perlu dibuat.

Sticky Notes ni ad mcm2 kaler...


Dan kini kisah ak & sticky notes.

Seiring dengan peningkatan umur ak, memori ak juga semakin kurang ruangnya.. Kalau sebelum TB skang dh GB je... T_T

Ak semakin pelupa. Dan sticky notes la penyelamat ak.

Disebabkan kena selalu ingat schedule export... Ak risau ak akn lupa paperwork lain so jalan yang paling bagus ak tampal sticky notes ni kat tempat yang ak senang nampak...



Tempat paling senang ak nak nampak sticky note ni kat printer ak...

Sebelah jo printer.. Pastu duduk bangun memang hadap printer tu.. Menjadi mangsa la printer tu... Hehehe...

Tapi ak tak nak la bergantung sangat ngan notes ni kadang2 ak cuba ingat sendiri tetapi berakhir dengan lupa. Macam hari ni forwarder minta ak refax invoice. Kul 5 kot dia call. Ak kat warehouse...

Hmmm.. Memang sampai opis tak de nye ak ingat... Mlm ni ngah taip-taip baru ingat.. Hmm xpalah nak buat cam ne.. Dia kena la redha sebab ak ni memang pelupa. Esok jela ak fax kat dia... Arap2 tak da masalah la...

Jadi kepada kawan2 yang tahap pelupanya macam ak belajarlah mencatat TO DO List.. Mudah je.. :-D



p/s : Sib baik ingat jalan balik rumah.hehehe

Monday, September 30, 2013

Kalau Dah Namanya Perempuan...


Kalau dah namanya perempuan bila nampak barang perhiasan tak kiralah perhiasan rumah atau dia sendiri mesti rambang mata kan. Punya la pusing-pusing kat satu tempat pastu tengok punya lama dan pengakhiran belinya tidak... Hehehe

Fenomena biasa la tu.. Aku tak terkecuali dalam hal-hal macam ni.

Geng aku kalau bab shopping ni sama dengan mak ak. Adik aku yang perempuan kalut sikit la taste dia. Lari sangat dari taste aku. Jadinya aku dengan mak aku ni alah sikit dengan perkataan SALE... 70%.. 50%... 30%...


Nampak je perkataan percent2 itu kami akan masuk belek-belek, komplain2. Komplain bukan apa pun pasal warna, design... Yang mana tengok tak berkenan tu jeling2 jelah... hehehehe

Tapi selalunya window shopping je. Tak beli pape pun cuci mata je... Tapi kalau sekali beli... hmm plastic bag 4-5 kat tangan.. Tu pun macam tak cukup je...


Dulu terlalu jarang la keluar shopping ni... Tapi sekarang hmmm...


Memang tak boleh kot... Sebab window shopping ni release stress kerja... So even tak beli barang mesti nak kena pegi jugak... Cuci mata..

Mungkin kerana sifat semulajadi wanita. Kalau tengok barang yang berkaitan mcm tak nampak lagi suami kat mana kecuali masa nak bayar.. hikhikhik

Okies sampai sini je taipan jejari ak hari ni nak sambung keja... :-)



p/s : Gambar dari Mr G.

Reading is a worth thing. 41#


Thursday, September 26, 2013

Hari Jadi TYT dipinda...




Cuti TYT yang sepatutnya jatuh pada hari sabtu 12/10/13 telah dipinda pada tarikh 11/10/13 bersamaan dengan hari jumaat.

Company ak kerja ni kalau cuti jatuh ari sabtu dia akan pinda pada ari isnin dan secara kebetulan hari selasa raya haji.

So memang dah plan la nak g jalan2. Dan tiba2 terbaca pulok yang TYT ni tukar pada ari jumaat so management ak pun baru tau pasal benda ni.

So diaorang tengah discussion sama ada cuti isnin atau cuti jumaat. Hmmm mintak2 la cuti isnin.. Syok sikit.

Untuk info leh jenguk sini Cuti TYT...

Thanks to Yana Aina untuk info ni. :-)

Sunday, September 22, 2013

Yang sempurna atau menyempurnakan..

Kebanyakkan orang lebih suka mencari pasangan yang sempurna. Cantik, sopan, menghormati dan dengar cakap. Tapi tau tak korang mencari pasangan itu adalah lebih penting yang dapat menyempurnakan kita.

Dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna. Walaupun luaran kelihatan sempurna tetapi dalaman tak siapa yang tahu.  Namun begitu masih ada yang mencari kesempurnaan.

Kita pun kenalah tau jika pasangan kita cuma memilih kita kerana kesempurnaan adakah kasih sayang akan hilang jika kesempurnaan semakin luntur. Tubuh badan, muka, segala yang fizikalnya akan semakin kurang seiring dengan usia.  Manakala sifat dalam yang kita tidak ketahui juga mungkin akan berubah walaupun sukar nak berubah.

Jadi bersyukurlah dengan pasangan yang telah ditakdirkan oleh ilahi. Kerana pasangan itu mungkin seseorang yang tidak sempurna namun mampu mencintai, menyayangi dan memahami. Itulah yang terbaik.

Jauhi sifat merungut kerana tidak suka dengan sifat pasangan kita. Sebaliknya tegurlah pasangan kita untuk memperbaiki sifat mereka itu. :-)

Jangan sesekali mengata pasangan sendiri pada orang lain. What will people judge you when you talk about your own wife/husband. Cuba bayangan kalau pasangan korang buat macam tu. Depan punya la baik, i luv you la, sayang la tapi hakikatnya belakang cakap "aku tak selesa sangat la dengan perangai dia cam ni.". Just accept it!

It's your own choice don't blame other because you're the one who agreed to married. Your own decision!

Jadi terimalah dia, cintailah dia, apa yang kurang itu lengkapkanlah.


Note : Kalau ak nak cari pasangan ak pun nak yang sempurnakan, yang boleh menerima ketidaksempurnaan ak. Yang menerima ak seadanya ak. Nak suh ubah sikit2 boleh la.. hehehe :-)

Saturday, September 14, 2013

Berbaloi... Baloiiiiii.........


Bantal ini ditempah dari...




Bantal dibuat untuk kawan ak yang berkahwin pada 15.9.13..

Korang boleh tengok kat bantal tu ada tulis date...

Bantal ni memuaskan hati ak...

Since ak minta pun last minit sib baik cik Yana nak buatkan...

Cantik kan...

Wednesday, September 11, 2013

Sandiwara Cinta ~ Lirik

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis


Alasan yang sering kali ku dengar

Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku


Chorus

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati


Mungkin ini jalan yang engkau mahu

Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati

Sunday, September 8, 2013

Blueberry Cheese Cake...


Hari ini ak buat cheese kek sebab adik ak nak makan...

Sebelum dia balik KL ak buatkan la... kang kempunan plak adik ak..

Dan hasilnya seperti yang kamu semua lihat di atas...

Aku memang suka makan cheese kek ni...

Dah alang2 dia nak makan ak buatkan sekali...

Dia bawa bekal sikit dan sparuh lagi kat rumah...

So malam ni kita makan kek jerk....

Tuesday, September 3, 2013

Ops... Harga Minyak Naik!!!

Sumber : Google

Selamat pagi~~

Buat semua yang sudi membaca blog ak...

Tengok gamba di atas je dah tau kan kisah apa akan diceritakan hari ni...

Hmmm... Minyak naik...

Apa yang ak perasan kalau harga minyak naik..

Paling ketara >>>

Stesen-stesen minyak penuh dengan kereta...

Cuba nak jimatkan duit pada saat-saat akhir...

Hehehe...

Dalam keadaan macam ni semua ayat-ayat politik akan keluar...

Tapi ak takkan mengulas apa-apa mengenai perkara 'politik' ni...

Sebab kalau ak cakap apa-apa pun 'tiada apa yang berubah'...

Harga tetap naik...

Ak cuma sedih kalau harga barang macam beras, gula etc yang naik...

Dengar GST dah nak start...

T_T