Friday, May 23, 2014

Wild Chives and Soy Bean Soup: 12 Years Reunion ~ Korean Drama



Details

Drama: Wild Chives and Soy Bean Soup: 12 Years Reunion (literal title)
Revised romanization: Dalrae Dwaen, Jangkook: 12nyeonmanui Jaehwe
Hangul: 달래 된, 장국: 12년만의 재회
Director: Kim Do-Hyung
Writer: Kim Yi-Kyung
Network: JTBC
Episodes: 50
Runtime: Sat & Sun 20:50
Language: Korean
Country: South Korea

Synopsis

This drama will depict humorous clashes between two families of a high school couple who become pregnant after a mischievous World Cup night in 2002 and are forced to marry but break up due to opposition from their families. They go separate ways and the girl goes so far as to change her name and face to live a completely different life. Then the couple reunite twelve years later and get entangled in each other’s lives all over again.

Cast

Yoon So-Hee as Jang Kook (2002)



Lee Won-Geun as Yoo Joon Soo (2002)



Lee So Yeon as Jang Kook/Jang Dal Rae (2014)



Namgung Min as Yoo Joon Soo (2014)



Note : This drama will keep you tear up in the beginning. Until episodes 13, it's very sad love story. But I look forward to the next episode because i'm really curious about what will happen next between both of them.

Wednesday, May 21, 2014

ISO Audit + Customer Audit

Dengar je audit semua pun tau macam mana rasanya...

Minggu yang agak sibuk dan tak sempat nak updated aktiviti ari ahad lepas...

T_T nak wat cam ne... Kalau updated blog means kerja smakin bertambah lah...

So sabar je la buat masa ni..

Nanti ada kesempatan akan ku updated aktiviti lastest...

Ni pun sebab customer dalam plant kalau tak memang tak merasa la nak updated...

Ok sampai berjumpa lagi...

:)... Selamat menjalankan tugas dan senyum-senyum selalu...

Monday, May 5, 2014

Aktiviti hari ahad...



Membakar Muffin Choc Chippp.... Sedapppp... :-)

Ke ALAM kita~~~


Semalam aku, mak dengan adik g ALAM... Melawat adik no 7..

First time masuk alam ni..

Cantik jugak kawasan nye...

Yang peliknya family kitaorang je yg datang..

Bila tanya adik aku dia kata semalam family yang lain dah datang...

Kesian adik aku... Kesepian kesorangan... Hihihi





Reading is a worth thing. 61#


Friday, May 2, 2014

Kekasih Abadi - Yusry & Lisa



Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku


Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata


Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati


Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi



Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi

Sunday, April 27, 2014

Witch’s Romance Korean Drama




Title: 마녀의 연애 / Witch’s Romance
Chinese Title: 魔女的恋爱
Also Known as: Witch’s Love
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: tvN 
Broadcast Period: 2014-Apr-14 to 2014-June-03
Airtime: Monday & Tuesday 23:00





Synopsis

This drama is about two people who each have scars from past relationships, and the way their romance with each other heals those wounds.

Ban Ji Yeon (Uhm Jung Hwa) is a single 33-year-old woman. She works as a reporter and is very enthusiastic about her work. So much so that she is often called a “witch” at work. She doesn’t believe in true love, because of her past experience when her boyfriend disappeared prior to their wedding.

Meanwhile, Yoon Dong Ha (Park Seo Joon) is a 25-year-old young man who runs a small errand center with his friend. The errand center will do pretty much anything including sending out someone dressed as Santa Claus or provide security for an idol star. He looks like a happy guy, but he lost his girlfriend by an accident.

Cast

Uhm Jung Hwa as Ban Ji Yeon




Park Seo Joon as Yoon Dong Ha


Friday, April 25, 2014

Waktu kerja aku....

Waktu kerja aku adalah berlainan dengan orang lain... Rasanyalah...

Kilang yang aku kerja ni... Isnin sampai khamis jam 7-7 utk operator.. Jumaat, sabtu & ahad adalah cuti kalau kerja kira ot...

Best kan bunyinya... Makin banyak pulak cutinya... Dan kerja office Isnin sampai khamis jam 8-6, Jumaat 8-1...

Tapi penat pulak aku rasa kalau keja jumaat ni balik jam 1..

Sebabnya kerja untuk hari jumaat kena kejar cepat supaya tak da masalah...

Dan biasanya ada je masalah dan myebabkan aku balik jam 1.30@2pm...

Sama jelah dengan yang lain.. Walaupun penat tapi puas la sebab keja tak do pending...

Tapi kalau boleh nak la keja balik mcm biasa... Jumaat ingat dapat lah balik tidoq sat tapi dan tu aja ada prob...

Prob umah bukan opis yeee... Nak kena jadi driver mdm nak g mana2..

Penat ikut mdm kita, tapi seronok la layan kerenah diaorang nih... Dan kadang-kadang aku badmood je nak layan.. Penat punya pasal..

Kesian la kat orang terdekat aku kena layan mood gilo aku nih...

Dan kesimpulannya, lebih rela aku keja balik macam biasa supaya tak perlu terkocoh-kocoh nak buat kerja di hari jumaat... :-)

Wednesday, April 23, 2014

Reading is a worth thing. 59#


Kerana Mereka Aku Lebih Berhati-hati...

Kita memang takkan tahu sampai bila hubungan antara kita dan orang sekeliling akan bertahan cuma kita boleh mendoakan agar ianya berkekalan.

Sepanjang aku hidup aku susah nak jumpa orang yang tikam belakang depan aku... Bukan tak da jumpa ada tapi teramat lah jarang...

Yang biasa cakap lepas tak simpan pape dalam jiwa tu memang biasa... Kembali kepada topik hari ni...

Semalam ada satu group dari department 'x' datang office katanya tak puas hati dengan gaji... At first memang la pasal gaji dah lama-lama buka pulak cerita pasal si 'a' yang ada kat department tu..

Boleh ke diaorang complain cakap si 'a' tak buat kerja... Aku ni dengar dah rasa lain macam je topik ni... Sebab mereka ni depan si 'a' lain story, belakang lain... Kesian aku tengok nasib si 'a'...

Macam-macam la diorang cerita... Aku bukan nak menyokong si 'a' tapi pada ak apa yang diorang buat tu tak patut... Kalau rasa dia tak ok depan dia tak payah la nak baik sangat...

Aku memang menyampah je dengan orang macam tu... Disebabkan perangai mereka macam tu aku pun kena lah berhati-hati sebab aku tak tau bila orang akan tikam aku...

Depan semua pun baik... Sebab tu lah aku lagi suka berkawan dengan orang yang straight forward... Tak la merana jiwa ak nak tau apa sebenarnya dalam kepala diorang...

Walaupun ramai kata orang yang cakap terus ni mulut jahat... Tapi pada aku yang pting hati... Kalau mulut baik cakap sopan tapi hati black...

Lagi susah kot... Pape pun aku harap aku takkan jadi macam diorang... In Shaa Allah..


**Ingatan untuk diri : Akan sentiasa berubah kearah kebaikan**

Monday, April 21, 2014

Reading is a worth thing. 57#


Hari ahad ~~ Aktiviti ak... :-)




Ni lah aktiviti di atas permintaan adik-adikku....

Sorang nak makan kek batik sorang lagi nak makan kek coklat lapis keju...

So layan je kan... Pasni lama la tangan ak rehat... :-)

Saturday, April 12, 2014

Dewasa.

Dewasa... Satu peringkat yang tanpa disedari kita sudah melaluinya...

Seperti mana aku melihat adik-adik aku yang begitu cepat membesar...

Kalau tengok gamabr dulu dan sekarang memang akan terasa betapa cepatnya masa berlalu...

Dan diri aku sendiri yang kini 29thn nampak jauh sangat dengan aku semasa masih bersekolah dulu...

Kalau di ingatkan perjalanan yang dilalui sehingga mencapai umur ni... Memang macam-macam...

Bila gembira kita ketawa, bila sedih kita nangis, bila rasa bersalah jiwa tak tenang....

Perjalanan aku sehingga hari ini kerana keluarga dan kawan yang memahami...

Aku amat berterima kasih kerana didikan ibu aku menjadi diri aku yang kini...

Dan aku bersyukur kerana yang sentiasa disisi aku tidak meninggalkan aku...

Dewasa adalah satu usia yang mana kita akan lebih memahami perasaan parents kita...

Dewasa adalah satu usia yang membuatkan kita berfikir lebih sebelum membuat apa-apa...

Dan dewasa adalah usia yang menjadikan kita lebih bertanggungjawab...

Macam karangan bahasa tak... Hihihihi

Cuma tak cukup patah perkataan je...

Sampai jumpa lagi nanti... :-)

Wednesday, April 9, 2014

8 Post je....

Salam April semua...

Dah lama aku tak melawat blog ni...

Tengok April punya post belum ada pun....

Dan Mar cuma ada 8 je post...

Masa tu baru aku sedar betapa jarang dah aku lawat blog sendiri....

So starting today aku akan pastikan aku nak updated tetiap ari...

Dalam kepala ni banyak benda nak update tapi tak tertulis je...

So jumpe esok yeeee.... :-)


Monday, March 24, 2014

Komputerku 'Hang'!

Pagi ni seperti biasa punch card sharp jam 8... Pekerja yang tidak berdedikasi sungguh aku ni kan... Sharp-sharp je punch...

2 bulan kebelakangan ni memang macam tu la tabiat aku... Kalau dulu masuk kul 8 tapi 7.15 aku dah sampai... Semangat katakan... Hihihi

Ok berbalik pada tajuk utama kita.. Komputer hang...

Pagi tadi macam biasa masuk je opis on switch... tekan button on kat cpu tuh...

mcm biasa masuk window.. pastu dah masukkan password...

Tunggu loading jap aku pun buka la email... pastu buka folder dah hang...

Pelik jugak pesal hang sebab last friday aku guna ok je...

Tak per nak try re-start... pun tak leh tekan start button kat bawah tu...

Pergh... Bengang plak aku... Pastu aku apa lagi terus tutup switch bawah... Tunggu sekejap...

On balik still sama jugak... Huh dah mula la pc ni... Macam mana ni....

Bos kat dalam pulak discussion tak abis... Dari la pagi sampai kul 10.30am aku buka tutup, cabut semua wayar pasang balik... Give up ak... Last option, nampak je bos tros panggil...

Komputer saya tak leh guna... hang... masuk window sampai desktop pastu hang.... aku explain kat bos ak... Dia pun tengok2 kejap pastu tros cakap.. Ko try la kalau tak boleh hantar pc world....

Huhhuhu... Senang sikit... Hntar je tros sbb mmg aku dah try kan tak boleh... Tapi memang melambatkan kerja la kena pinjam komputer orang belakang... Sib baik orang belakang lebih banyak menghabiskan masa dalam production...

Aku harap esok dah bolehlah aku amek komputer aku tu... Susah la data semua dalam tu yang aku backup pulak tak banyak...

Tak jangka benda mcam ni leh terjadi kalau tahu telah ku backup semua dataku... :-(

Saturday, March 22, 2014

Sokongan dan Penyokong!

Dalam hidup aku inilah adalah salah satu elemen yang penting... Kerana tanpa sokongan aku akan rebah dan tanpa penyokong tiadalah sokongan...

Orang yang paling aku hargai sepanjang aku hidup adalah keluarga aku.. Kerana keluarga adalah asas dan permulaan hidup kita... Terutama 'parents'.

Ibu adalah penyokong kuat aku dan pasti bukan aku sahaja... Kebanyakan orang akan cakap macam tu.. Mungkin sebab mudah untuk berkongsi pendapat dan nasihat yang mudah diterima..

Walaupun kadangkala aku akan memberontak tapi bila fikir balik memang apa yang ibu cakap ada benarnya...

Dan to my beloved brothers & sis.... They all the best supporters... They are the best.. Even sometimes we will argue with each other. But thats what make us more closely with each other...

And we can understand different opinion better than before...

Tapi tak bermakna kawan tu tak penting... Mereka adalah antara yang rapat dan antara yang mencurahkan idea serta pendapat bila kita kebuntuan...

Dan adakala kita selesa memberitahu sesuatu yang keluarga tidak tahu kerana keserasian yang wujud tanpa pertalian darah.. So kawan adalah antara elemen2nya.

Kepada diri ini hargailah orang yang terdekat kerana kita tak tahu sampai bila kita dapat terus menghargai mereka. :-)

Mom teach adorable girl life lesson: " You have to say No"

Thursday, March 13, 2014

IPU SEMAKIN DAHSAT.... PLEASE WEAR UR MASK!



Assalammualaikum... Kepada semua pembaca blog ni...

Hari nak cerita pasal IPU... Pagi tadi tengok ok je...

Ni nak balik keja dah semakin tebal... Seram pulak tengok...

So nasihat untuk diri sendiri dan semua, anda haruslah memakai mask bila keluar dari rumah...

Elakkan kan segala aktiviti luar....

Jika mengalami kesesakan nafas segeralah pergi klinik...

UDARA BERSIH ITU PENTING UNTUK KITA MENERUSKAN HIDUP YANG SIHAT!

Saturday, March 1, 2014

Bride of the Century ~ Korean Drama




Title: Bride of the Century
Genre: Melodrama, Romance, Family, Fantasy
Episodes: 20 (To Be Confirmed)
Broadcast network: CSTV
Broadcast period: 2014-Feb-22 to 2014-April-27
Air time: Saturdays & Sundays 20:00


Synopsis

The Taeyang Corporation is the largest conglomerate in South Korea. The family that runs Taeyang has been under a curse for 100 years. The curse began when the first bride of the family’s first son died. Under this situation, a love like fairy tale occurs while conspiracies run rampant.

Cast

Yang Jin Sung as Na Doo Rim/Jang Yi Kyung







Lee Hong Ki as Choi Kang Joo





Preview :-



Friday, February 28, 2014

Last day of February 2014~~



Hope February is one of your memorable month...

Kini kembali...~~

~~ Salam Jumaat ~~

Kini aku kembali bekerja... Keadaan sudah semakin stabil (Hari ni half day so lagi stabil.. hihihi)...

And can be say lucky, audit dah abis... Hihihi secara tak langsung aku telah selamat...

Malas la nak terlibat dengan audit-audit ni...

Sakit kepala aku dibuatnya... Macam-macam benda dia nak...

Cuma keja banyak yang pending nak kena clearkan...

Sepanjang aku mc macam-macam kisah jugak aku dengar...

Kisah dari ok sampai la tak ok... Nak buat cam ne dengar jela....

Nak cakap lebih pun malas... Perangai manusia ni macam-macam and we can't expect them to be like us.

Terima je la sebab tu cara pemikiran diaorang...

Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dalam hidup aku... :-)

~~MoRNinG ~~

Monday, February 24, 2014

MC for 2days

Benda kalo nak jadi manalah kita tau... Tapi alhamdulillah LA xda paper cedera Berat..

Jatuh motor man biasa LA melecet. Cuma Ada hentakkan sikit pada tulang Dada, badan2 n anggota kanan... Dan rasa letih je...

Perlukan rehat Dan tidooo.... No pun Mata no lelap je... Sib taip kt tipon...

So kawan2 yang mnunggang motor hati2 lah ye.... Jgn bawa laju2 dan yang penting periksa condition kenderaan sebelum gerak ke mana2... Nite.

Wednesday, February 19, 2014

Reading is a worth thing. 54#


Sebelum melakukan sesuatu...........

Sebelum memulakan sesuatu pastikan kamu menyediakan dokumen secukupnya untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam urusan yang dilakukan.

Inilah kata-kata ingatan supaya urusan kita tak stuck tengah jalan..

Tapi bukan semua orang akan buat advance preparation...

Tau tak kenapa mereka ni tidak membuat adv. preparation... Bukan kerana mereka tak tahu tapi mereka ingin memudahkan kerja untuk mereka...

Agak-agak dah jem buatlah kelam-kabutnya tanya insan-insan yang terdekat.. Dapat insan baik yang rajin layan boleh la dapat aku kesian la...

Aku buat tak tahu je... Geram pulak rasanya nak senangkan dia menyusahkan aku... Cuba fikir sikit macam la ko sorang je ada keja abis aku ni nak melayan kerja ko jela...

Geram pulak kadang-kadang dengan minah sorang ni.... Bukan benda susah pun just buka je file semua ada... Ni tak bawa la kertas sehelai....

Apa aje ntah yang ditulisnya dikertas tu... So pastikan semua yang nak guna depan mata baru la buat call @ tanya orang... Jangan buat perangai kelam kabut macam tu...

Secara tak langsung menyusahkan orang yang kita nak tanya... Buang masa dia je ko tanya pastu ko tak cukup maklumat yang sepatutnya... Memamg waste time!

Wednesday, February 12, 2014

Amsyar & Repeat! ~ 1


Hari ni nak buka kisah Amsyar & Repeat!

First of all, kamu-kamu pastinya tak kenal siapa itu Amsyar...

Amsyar adalah adik aku yang no 8... Kini berumur 20...

Kisahnya Si Amsyar ni masuk form 6 (STPM)...

Sekarang katanya STPM pun dah pakai CGPA...

Dan kerana CGPA nilah Amsyar mengenali dunia 'REPEAT'...

Repeat paper... Hmmm apa lagi kaw kaw la kena dengan abang-abang dan juga kakak-kakak....

Yang tak pernah buat repeat paper...

Bukan nak kata berlagak tapi kadang-kadang rasa mungkin disebabkan kedudukan yang dah jauh... No 8 kot...

Dia macam tak ambil berat pasal belajar... Tapi tengok study sampai tak tidur...

Dimanakah silapnya... Itu Amsyar la kena cari sendiri... Mungkin cara belajar...

Since dia amek repeat dah siap ada meja repeat dia... Tak pe tengokkan je apa jadi...

Hmmm harap-harap ok la result ko STP nanti... Kalo tak g la masuk politeknik ke.. At least keluar dah ada jugak dip kat tangan...

GooD LuCk!

Tuesday, February 4, 2014

Reading is a worth thing. 53#


Bila panggilan tidak dijawab...~~

Memang saat yang paling stress... sebab tak tau apa jadi dengan orang yang kita call....

Dan dalam situasi ni carilah siapa yang follow orang tu...

Call pulak pastu kalau dah tau sebabnya... Lega sikit...

Tapi aku akan kembali membalas dendam dengan tidak menjawab panggilan orang tu balik...

So fair la kan.... Aku rasa risau ko pun akan rasa... Hihihi....



Nota pendek : Untuk luahan perasaan malam ni.. :-)

Saturday, February 1, 2014

Hi February!

Dah berlalunya Januari... Hmmm cepat kan... Macam ni la tetiap bulan...

Bila fikir kerja... Report makin bertambah bila la nak cari masa nak buat report-report nih...

Bila fikir personal life... Memang dah macam tak da life aku ni... Nak jumpa kawan susah ntah bila je... Bila orang mesej aku nak reply pun tak sempat... Macam busy sangat kan...

Bila fikir pasal budget... Hmmm buat masa ni ok je... Semua boleh cover kot...

Bila fikir pasal masa depan... Ni la yang payah ni... sampai tak terfikir lagi dah... Merancang memang mudah tapi nak laksanakan tu mudah ke.... Hmmm nasib la badannnnnn.....

Tapi satu je yang pasti aku memang nak berubah... Menjadi lebih baik dari yang sekarang... Hmmm harap-harap jadi la....

Dan ak nak report aku sentiasa updated. Yups kerja kena tip top baru la boleh jump company lain... Huhuhuhu

Dan lastly aku nak pergi melancong sorang-sorang... Yang ni punya keinginan tak tau la dapat ke x... Sebab biasanya aku pergi mana-mana sentiasa ada ibu juga adik-adik yang kaki berjalan.... So tengok la mana dapat achieve dulu... Hope so~~~