Sunday, April 27, 2014

Witch’s Romance Korean Drama




Title: 마녀의 연애 / Witch’s Romance
Chinese Title: 魔女的恋爱
Also Known as: Witch’s Love
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: tvN 
Broadcast Period: 2014-Apr-14 to 2014-June-03
Airtime: Monday & Tuesday 23:00





Synopsis

This drama is about two people who each have scars from past relationships, and the way their romance with each other heals those wounds.

Ban Ji Yeon (Uhm Jung Hwa) is a single 33-year-old woman. She works as a reporter and is very enthusiastic about her work. So much so that she is often called a “witch” at work. She doesn’t believe in true love, because of her past experience when her boyfriend disappeared prior to their wedding.

Meanwhile, Yoon Dong Ha (Park Seo Joon) is a 25-year-old young man who runs a small errand center with his friend. The errand center will do pretty much anything including sending out someone dressed as Santa Claus or provide security for an idol star. He looks like a happy guy, but he lost his girlfriend by an accident.

Cast

Uhm Jung Hwa as Ban Ji Yeon




Park Seo Joon as Yoon Dong Ha


Friday, April 25, 2014

Waktu kerja aku....

Waktu kerja aku adalah berlainan dengan orang lain... Rasanyalah...

Kilang yang aku kerja ni... Isnin sampai khamis jam 7-7 utk operator.. Jumaat, sabtu & ahad adalah cuti kalau kerja kira ot...

Best kan bunyinya... Makin banyak pulak cutinya... Dan kerja office Isnin sampai khamis jam 8-6, Jumaat 8-1...

Tapi penat pulak aku rasa kalau keja jumaat ni balik jam 1..

Sebabnya kerja untuk hari jumaat kena kejar cepat supaya tak da masalah...

Dan biasanya ada je masalah dan myebabkan aku balik jam 1.30@2pm...

Sama jelah dengan yang lain.. Walaupun penat tapi puas la sebab keja tak do pending...

Tapi kalau boleh nak la keja balik mcm biasa... Jumaat ingat dapat lah balik tidoq sat tapi dan tu aja ada prob...

Prob umah bukan opis yeee... Nak kena jadi driver mdm nak g mana2..

Penat ikut mdm kita, tapi seronok la layan kerenah diaorang nih... Dan kadang-kadang aku badmood je nak layan.. Penat punya pasal..

Kesian la kat orang terdekat aku kena layan mood gilo aku nih...

Dan kesimpulannya, lebih rela aku keja balik macam biasa supaya tak perlu terkocoh-kocoh nak buat kerja di hari jumaat... :-)

Wednesday, April 23, 2014

Reading is a worth thing. 59#


Kerana Mereka Aku Lebih Berhati-hati...

Kita memang takkan tahu sampai bila hubungan antara kita dan orang sekeliling akan bertahan cuma kita boleh mendoakan agar ianya berkekalan.

Sepanjang aku hidup aku susah nak jumpa orang yang tikam belakang depan aku... Bukan tak da jumpa ada tapi teramat lah jarang...

Yang biasa cakap lepas tak simpan pape dalam jiwa tu memang biasa... Kembali kepada topik hari ni...

Semalam ada satu group dari department 'x' datang office katanya tak puas hati dengan gaji... At first memang la pasal gaji dah lama-lama buka pulak cerita pasal si 'a' yang ada kat department tu..

Boleh ke diaorang complain cakap si 'a' tak buat kerja... Aku ni dengar dah rasa lain macam je topik ni... Sebab mereka ni depan si 'a' lain story, belakang lain... Kesian aku tengok nasib si 'a'...

Macam-macam la diorang cerita... Aku bukan nak menyokong si 'a' tapi pada ak apa yang diorang buat tu tak patut... Kalau rasa dia tak ok depan dia tak payah la nak baik sangat...

Aku memang menyampah je dengan orang macam tu... Disebabkan perangai mereka macam tu aku pun kena lah berhati-hati sebab aku tak tau bila orang akan tikam aku...

Depan semua pun baik... Sebab tu lah aku lagi suka berkawan dengan orang yang straight forward... Tak la merana jiwa ak nak tau apa sebenarnya dalam kepala diorang...

Walaupun ramai kata orang yang cakap terus ni mulut jahat... Tapi pada aku yang pting hati... Kalau mulut baik cakap sopan tapi hati black...

Lagi susah kot... Pape pun aku harap aku takkan jadi macam diorang... In Shaa Allah..


**Ingatan untuk diri : Akan sentiasa berubah kearah kebaikan**

Monday, April 21, 2014

Reading is a worth thing. 57#


Hari ahad ~~ Aktiviti ak... :-)




Ni lah aktiviti di atas permintaan adik-adikku....

Sorang nak makan kek batik sorang lagi nak makan kek coklat lapis keju...

So layan je kan... Pasni lama la tangan ak rehat... :-)

Saturday, April 12, 2014

Dewasa.

Dewasa... Satu peringkat yang tanpa disedari kita sudah melaluinya...

Seperti mana aku melihat adik-adik aku yang begitu cepat membesar...

Kalau tengok gamabr dulu dan sekarang memang akan terasa betapa cepatnya masa berlalu...

Dan diri aku sendiri yang kini 29thn nampak jauh sangat dengan aku semasa masih bersekolah dulu...

Kalau di ingatkan perjalanan yang dilalui sehingga mencapai umur ni... Memang macam-macam...

Bila gembira kita ketawa, bila sedih kita nangis, bila rasa bersalah jiwa tak tenang....

Perjalanan aku sehingga hari ini kerana keluarga dan kawan yang memahami...

Aku amat berterima kasih kerana didikan ibu aku menjadi diri aku yang kini...

Dan aku bersyukur kerana yang sentiasa disisi aku tidak meninggalkan aku...

Dewasa adalah satu usia yang mana kita akan lebih memahami perasaan parents kita...

Dewasa adalah satu usia yang membuatkan kita berfikir lebih sebelum membuat apa-apa...

Dan dewasa adalah usia yang menjadikan kita lebih bertanggungjawab...

Macam karangan bahasa tak... Hihihihi

Cuma tak cukup patah perkataan je...

Sampai jumpa lagi nanti... :-)

Wednesday, April 9, 2014

8 Post je....

Salam April semua...

Dah lama aku tak melawat blog ni...

Tengok April punya post belum ada pun....

Dan Mar cuma ada 8 je post...

Masa tu baru aku sedar betapa jarang dah aku lawat blog sendiri....

So starting today aku akan pastikan aku nak updated tetiap ari...

Dalam kepala ni banyak benda nak update tapi tak tertulis je...

So jumpe esok yeeee.... :-)


Monday, March 24, 2014

Komputerku 'Hang'!

Pagi ni seperti biasa punch card sharp jam 8... Pekerja yang tidak berdedikasi sungguh aku ni kan... Sharp-sharp je punch...

2 bulan kebelakangan ni memang macam tu la tabiat aku... Kalau dulu masuk kul 8 tapi 7.15 aku dah sampai... Semangat katakan... Hihihi

Ok berbalik pada tajuk utama kita.. Komputer hang...

Pagi tadi macam biasa masuk je opis on switch... tekan button on kat cpu tuh...

mcm biasa masuk window.. pastu dah masukkan password...

Tunggu loading jap aku pun buka la email... pastu buka folder dah hang...

Pelik jugak pesal hang sebab last friday aku guna ok je...

Tak per nak try re-start... pun tak leh tekan start button kat bawah tu...

Pergh... Bengang plak aku... Pastu aku apa lagi terus tutup switch bawah... Tunggu sekejap...

On balik still sama jugak... Huh dah mula la pc ni... Macam mana ni....

Bos kat dalam pulak discussion tak abis... Dari la pagi sampai kul 10.30am aku buka tutup, cabut semua wayar pasang balik... Give up ak... Last option, nampak je bos tros panggil...

Komputer saya tak leh guna... hang... masuk window sampai desktop pastu hang.... aku explain kat bos ak... Dia pun tengok2 kejap pastu tros cakap.. Ko try la kalau tak boleh hantar pc world....

Huhhuhu... Senang sikit... Hntar je tros sbb mmg aku dah try kan tak boleh... Tapi memang melambatkan kerja la kena pinjam komputer orang belakang... Sib baik orang belakang lebih banyak menghabiskan masa dalam production...

Aku harap esok dah bolehlah aku amek komputer aku tu... Susah la data semua dalam tu yang aku backup pulak tak banyak...

Tak jangka benda mcam ni leh terjadi kalau tahu telah ku backup semua dataku... :-(

Saturday, March 22, 2014

Sokongan dan Penyokong!

Dalam hidup aku inilah adalah salah satu elemen yang penting... Kerana tanpa sokongan aku akan rebah dan tanpa penyokong tiadalah sokongan...

Orang yang paling aku hargai sepanjang aku hidup adalah keluarga aku.. Kerana keluarga adalah asas dan permulaan hidup kita... Terutama 'parents'.

Ibu adalah penyokong kuat aku dan pasti bukan aku sahaja... Kebanyakan orang akan cakap macam tu.. Mungkin sebab mudah untuk berkongsi pendapat dan nasihat yang mudah diterima..

Walaupun kadangkala aku akan memberontak tapi bila fikir balik memang apa yang ibu cakap ada benarnya...

Dan to my beloved brothers & sis.... They all the best supporters... They are the best.. Even sometimes we will argue with each other. But thats what make us more closely with each other...

And we can understand different opinion better than before...

Tapi tak bermakna kawan tu tak penting... Mereka adalah antara yang rapat dan antara yang mencurahkan idea serta pendapat bila kita kebuntuan...

Dan adakala kita selesa memberitahu sesuatu yang keluarga tidak tahu kerana keserasian yang wujud tanpa pertalian darah.. So kawan adalah antara elemen2nya.

Kepada diri ini hargailah orang yang terdekat kerana kita tak tahu sampai bila kita dapat terus menghargai mereka. :-)

Mom teach adorable girl life lesson: " You have to say No"

Thursday, March 13, 2014

IPU SEMAKIN DAHSAT.... PLEASE WEAR UR MASK!



Assalammualaikum... Kepada semua pembaca blog ni...

Hari nak cerita pasal IPU... Pagi tadi tengok ok je...

Ni nak balik keja dah semakin tebal... Seram pulak tengok...

So nasihat untuk diri sendiri dan semua, anda haruslah memakai mask bila keluar dari rumah...

Elakkan kan segala aktiviti luar....

Jika mengalami kesesakan nafas segeralah pergi klinik...

UDARA BERSIH ITU PENTING UNTUK KITA MENERUSKAN HIDUP YANG SIHAT!

Saturday, March 1, 2014

Bride of the Century ~ Korean Drama




Title: Bride of the Century
Genre: Melodrama, Romance, Family, Fantasy
Episodes: 20 (To Be Confirmed)
Broadcast network: CSTV
Broadcast period: 2014-Feb-22 to 2014-April-27
Air time: Saturdays & Sundays 20:00


Synopsis

The Taeyang Corporation is the largest conglomerate in South Korea. The family that runs Taeyang has been under a curse for 100 years. The curse began when the first bride of the family’s first son died. Under this situation, a love like fairy tale occurs while conspiracies run rampant.

Cast

Yang Jin Sung as Na Doo Rim/Jang Yi Kyung







Lee Hong Ki as Choi Kang Joo





Preview :-



Friday, February 28, 2014

Last day of February 2014~~



Hope February is one of your memorable month...

Kini kembali...~~

~~ Salam Jumaat ~~

Kini aku kembali bekerja... Keadaan sudah semakin stabil (Hari ni half day so lagi stabil.. hihihi)...

And can be say lucky, audit dah abis... Hihihi secara tak langsung aku telah selamat...

Malas la nak terlibat dengan audit-audit ni...

Sakit kepala aku dibuatnya... Macam-macam benda dia nak...

Cuma keja banyak yang pending nak kena clearkan...

Sepanjang aku mc macam-macam kisah jugak aku dengar...

Kisah dari ok sampai la tak ok... Nak buat cam ne dengar jela....

Nak cakap lebih pun malas... Perangai manusia ni macam-macam and we can't expect them to be like us.

Terima je la sebab tu cara pemikiran diaorang...

Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dalam hidup aku... :-)

~~MoRNinG ~~

Monday, February 24, 2014

MC for 2days

Benda kalo nak jadi manalah kita tau... Tapi alhamdulillah LA xda paper cedera Berat..

Jatuh motor man biasa LA melecet. Cuma Ada hentakkan sikit pada tulang Dada, badan2 n anggota kanan... Dan rasa letih je...

Perlukan rehat Dan tidooo.... No pun Mata no lelap je... Sib taip kt tipon...

So kawan2 yang mnunggang motor hati2 lah ye.... Jgn bawa laju2 dan yang penting periksa condition kenderaan sebelum gerak ke mana2... Nite.

Wednesday, February 19, 2014

Reading is a worth thing. 54#


Sebelum melakukan sesuatu...........

Sebelum memulakan sesuatu pastikan kamu menyediakan dokumen secukupnya untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam urusan yang dilakukan.

Inilah kata-kata ingatan supaya urusan kita tak stuck tengah jalan..

Tapi bukan semua orang akan buat advance preparation...

Tau tak kenapa mereka ni tidak membuat adv. preparation... Bukan kerana mereka tak tahu tapi mereka ingin memudahkan kerja untuk mereka...

Agak-agak dah jem buatlah kelam-kabutnya tanya insan-insan yang terdekat.. Dapat insan baik yang rajin layan boleh la dapat aku kesian la...

Aku buat tak tahu je... Geram pulak rasanya nak senangkan dia menyusahkan aku... Cuba fikir sikit macam la ko sorang je ada keja abis aku ni nak melayan kerja ko jela...

Geram pulak kadang-kadang dengan minah sorang ni.... Bukan benda susah pun just buka je file semua ada... Ni tak bawa la kertas sehelai....

Apa aje ntah yang ditulisnya dikertas tu... So pastikan semua yang nak guna depan mata baru la buat call @ tanya orang... Jangan buat perangai kelam kabut macam tu...

Secara tak langsung menyusahkan orang yang kita nak tanya... Buang masa dia je ko tanya pastu ko tak cukup maklumat yang sepatutnya... Memamg waste time!

Wednesday, February 12, 2014

Amsyar & Repeat! ~ 1


Hari ni nak buka kisah Amsyar & Repeat!

First of all, kamu-kamu pastinya tak kenal siapa itu Amsyar...

Amsyar adalah adik aku yang no 8... Kini berumur 20...

Kisahnya Si Amsyar ni masuk form 6 (STPM)...

Sekarang katanya STPM pun dah pakai CGPA...

Dan kerana CGPA nilah Amsyar mengenali dunia 'REPEAT'...

Repeat paper... Hmmm apa lagi kaw kaw la kena dengan abang-abang dan juga kakak-kakak....

Yang tak pernah buat repeat paper...

Bukan nak kata berlagak tapi kadang-kadang rasa mungkin disebabkan kedudukan yang dah jauh... No 8 kot...

Dia macam tak ambil berat pasal belajar... Tapi tengok study sampai tak tidur...

Dimanakah silapnya... Itu Amsyar la kena cari sendiri... Mungkin cara belajar...

Since dia amek repeat dah siap ada meja repeat dia... Tak pe tengokkan je apa jadi...

Hmmm harap-harap ok la result ko STP nanti... Kalo tak g la masuk politeknik ke.. At least keluar dah ada jugak dip kat tangan...

GooD LuCk!

Tuesday, February 4, 2014

Reading is a worth thing. 53#


Bila panggilan tidak dijawab...~~

Memang saat yang paling stress... sebab tak tau apa jadi dengan orang yang kita call....

Dan dalam situasi ni carilah siapa yang follow orang tu...

Call pulak pastu kalau dah tau sebabnya... Lega sikit...

Tapi aku akan kembali membalas dendam dengan tidak menjawab panggilan orang tu balik...

So fair la kan.... Aku rasa risau ko pun akan rasa... Hihihi....



Nota pendek : Untuk luahan perasaan malam ni.. :-)

Saturday, February 1, 2014

Hi February!

Dah berlalunya Januari... Hmmm cepat kan... Macam ni la tetiap bulan...

Bila fikir kerja... Report makin bertambah bila la nak cari masa nak buat report-report nih...

Bila fikir personal life... Memang dah macam tak da life aku ni... Nak jumpa kawan susah ntah bila je... Bila orang mesej aku nak reply pun tak sempat... Macam busy sangat kan...

Bila fikir pasal budget... Hmmm buat masa ni ok je... Semua boleh cover kot...

Bila fikir pasal masa depan... Ni la yang payah ni... sampai tak terfikir lagi dah... Merancang memang mudah tapi nak laksanakan tu mudah ke.... Hmmm nasib la badannnnnn.....

Tapi satu je yang pasti aku memang nak berubah... Menjadi lebih baik dari yang sekarang... Hmmm harap-harap jadi la....

Dan ak nak report aku sentiasa updated. Yups kerja kena tip top baru la boleh jump company lain... Huhuhuhu

Dan lastly aku nak pergi melancong sorang-sorang... Yang ni punya keinginan tak tau la dapat ke x... Sebab biasanya aku pergi mana-mana sentiasa ada ibu juga adik-adik yang kaki berjalan.... So tengok la mana dapat achieve dulu... Hope so~~~

Saturday, January 18, 2014

Kisah debit kad aku ~~ End

Ni sambungan kisah semalam..

Hari ni aku pergi caltex aku suh tolong re-checking sebab ak bayar RM30 tapi tolak RM100...

So diaorang cakap kena refer pada bank... Okay aku akan refer pada bank...

Tadi aku dah call maybank dan diaorang cakap kalau pam minyak dan masukan debit kad dekat mesin pam tu memang diaorang akan caj lebih sebab dia tak tau berapa kita akan isi.

Tapi kalau kita bayar kat kaunter dalam dia akan tolak ikut berapa kita nak. Semalam budak yang duduk kaunter tu suh aku  buat dekat pam...

So dia kata Maybank staff ckp depend on station... Kalau Shell Rm200, Petronas RM150, Caltex RM100....

Baru la aku tahu.. So masalah selesai... End~~~


Note : Kepada pekerja Caltex tu when we as customers ask for explaination, please ensure that your face is not like we(customers) asking for your money. If you can't smile then don't work in the environment where you need to communicate with people.

Friday, January 17, 2014

Kisah Debit kad Aku....

Semalam aku guna debit kad masa aku tuang minyak...

Aku minta tuang RM30.. Aku ni jarang menggunakn debit kad since semalam xda cash aku pun guna debit kad...

Kan memudahkan hidup tu...

Masa tu balance ada RM102...

Tapi pagi ni bila aku buka maybank2u aku korang nak tau balance aku tinggal berapa... hmmm RM2

Aik pelik aku tuang RM30 balance should be RM70... But O_o...

Pelik aku buka maybank2u... Check history for debit kad...

Hmm sah2 sangat masa aku tuang minyak tu budak tu tolak RM100...

Sepantas kilat aku cari resit semalam (Fuh selamat jumpa)... Aku call stesen minyak tu...

Dia suh ak datang sok dengan resit sekali.. Nanti diaorang check...

So I have to wait till tomorow... So will updated later regarding this... Now is sleeping time...


Note : Even it's just RM70 too others but for me it's a big amount... I can get full tank! Hope everything will be okay 2morow. Nite!

Monday, January 13, 2014

KFC & Aku... ~~ 1#

Kalau nak kata ni medan komplain KFC... Memang bukan la... Ni cuma saat-saat gembira atau duka bila ke KFC...

Hari ni masa aku ke KFC aku order snack plate ngan set burger...

Clearly aku cakap kat budak tu... Set burger aku nak bungkus dan snack plate tu nak makan...

Okay abis order dia amek duit sambil berborak dengan kawannya...

Bukan borak apa pun kawan dia suh dia g lunch...

So total aku ken abayar RM27.40... Tapi aku bayar RM57.40.. So balance would be RM30...

Tapi dia tak bagi balance dia terus g siapkan makanan aku...

Masa order snack plate aku minta 1ori 1hot&spicy...

Tapi masa nak amek ayam dia tanya aku nak spicy ke....

Aku dah la ngah lapar tahap gaban ni... So malas nak layan aku angguk jela...

Burger aku suh tapau nih... Dia bagi aku untuk hidangan makan... AKu pun cakap la ni nak bungkus...

Balance duit aku masih tak dapat lagi masa tu...

Masa order air aku minta Teh O Ais Limau tanpa air...

Sekali lagi dia tny aku... Air tadi teo ais limau ke...

Ak angguk sambil berkata... Tanpa ais...

Dah siap hidangan aku... Dia cakap ok dah...

Aku pandang dia aku cakap, duit balance belum dapat lagi...

Dia pelik, belum dapat lagi.. Dia tanya aku balik...

Pastu dia panggil bos dia... Nak pulangkn balance sebab dia dah tutup peti cashier tu...

Nasib la bos dia tak marah-marah... Just dia pulangkan duit... Minta maaf...

Hmmm pengalaman pertama aku cashier tanya customer... Belum dapat lagi balance...

Hati-hati la kerja tu dik... Nasib la mood sihat ari ni senyum je... Kalau tak memang pandangan maut la ko dapat...

Dan nasib baik jugak ko xdapat customer kaki komplain kalau tidak...

Camne pun pada kamu manusia semua buat silap... Aku sendiri bukan tak pernah kena marah... Cuma berhati2 nasib bukan selalunya baik... :-)






Walaupun sebentar tapi TENANG...

Hari ni memang agak bz sikit...

Dari pagi hinggalah kini... Tapi masih dapat curi masa nak meluahkan isi hati...

Tengok tajuk korang dapat agak tak apa yang berlaku... :-)

Hari ni adalah antara hari yang aku perlukan ketenangan...

Hmmm sebab aku penat la layan orang-orang ni punya kerenah dari pagi...

So lunch hari ni aku keluar lambat jam 1.20pm...

Biasanya bawa bekal tapi hari ni xda bekal...

So keluar la bawa diri keseorangan kesepian untuk makan...

Biasanya tapau tapi ari ni makan kat KFC... All alone... T_T

Tapi tak sangka walaupun makan sorang2 tapi macam tenang je jiwa ni...

Tak payah dengar cerita pasal keja... Tak payah pikir pasal tempat keja...

Tenang sangat kan... Memang tenang jiwa... Alhamdulillah.... :-)

Sunday, January 12, 2014

Bila nak jadi Suri Rumah ni....

Tajuk entry hari ni agak pelik sikit... Untuk aku la...

Sebab... Hmmm....

Tapi aku memang nak menulis pasal tu hari ni....

Sebab... Hmmm....

Aku dah tak nak kerja dan memang tak nak kerja lagi....

Kepala ni nak explode rasanya...

Kerja banyak sangat pending...

Nak MC tak sedap pulak...

Sebab aku ni kategori sihat tubuh badan tapi merana dalam jiwa...

Dalam jiwa macam mana merana pun siapa la yang nampak..

So MC is impossible...

DaN saaT iNi akU mulA fikiR....

Bila La naK jaDi suRi Rumah ni...

Dok umah layan suami je... Pastu kemas2 rumah...

Kalau tak pun aku buat kerja sambilan yang tak terikat...

Huh syoknya....

Tapi nak jadi suri rumah...

Calon lelaki pun tak de.... Ntah bila la jodohku akan tiba...

Hmm tak pelah... Tu semua bukan di tangan kita...

Buat masa ni sabar dan kuatkan diri... Kalau tak kerja sapa nak bagi makan... SO berusaha & bertahan sikit... Pesanan untuk diri sendiri... :-)